Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

October 26, 2009

DOAKAN KAMI

EMAK, AYAH, adik beradik ku sekalian..doakan anakanda Khairul Anwar Bin Ateh yang akan mengambil peperiksaan pada 31 oktober hingga 8 november 2009. Doamu mengiringiku..

Juga kepada adikku Mohd Fitri Bin Ateh, yang akan mengambil SPM tahun ini, sirru ala barakatillah buatmu..Buat yang terbaik. Kami semua yakin awak boleh...

Chaiyok!! Chaiyok!!

October 16, 2009

TASBIH dan UKHWAH


Suatu masa terdapat seorang pendakwah yang akan memberikan sebuah muhadarah (ceramah ) tentang ukhuwwah dan hub (kasih sayang ) di jalan Allah s.w.t serta kepentingannya kepada para daie. Sebelum tiba waktu yang dijanjikan, pendakwah tersebut pun mula memikirkan apa isi kandungan yang akan di dalam muhadarah tersebut. Adakah dia akan menyampaikan sebagaimana yang pernah dia lakukan?. Mengumpulkan ayat-ayat dan hadith-hadith yang menunjukkan kelebihan ukhuwwah di jalan Allah, hak-hak serta kelebihannya serta ditambah dengan contoh-contoh daripada kisah para salaf soleh serta para rija-rijal dakwah yang terdahulu?

Tetapi kali ini dia rasa dia tidak ingin mengulangi apa apa yang dia telah sampaikan, lebih-lebih lagi apabila apa yang dia akan sampaikan telah diketahui oleh mereka malah mereka telah menghafalnya dengan baik. Tetapi walaupun dengan pengetahuan tersebut hubungan ukhuwwah diantara mereka masih lemah sehingga menghasilkan jiwa yang kering dan futur.

Pendakwah tersebut terus berfikir dan berfikir. Dia meminta pertolongan daripada Allah s.w.t sehinggalah dia diberi hidayah dengan satu idea yang baik. Dia menyimpan perkara tersebut dan tidak memberitahu sesiapa. Kemudian dia menyediakan apa yang diperlukan untuk melaksanakan idea tersebut dan bertolak ke tempat muhadarah.

Apabila tiba di sana, pendakwah tersebut duduk ditempat yang disediakan. Dia memulakan muhadrah dengan memuji Allah s.w.t, berselawat keatas rasulNya . Kemudian dia mengeluarkan dari poketnya seutas tasbih yang panjang dan bertanya kepada para hadirin apakah ia?. maka hadiri pun menjawab. kemudian dia terus menggerakkan tasbih tersebut kekiri dan kekanan dihadapan mata-mata mereka dan meminta mereka fokus kepada tasbih tersebut.

Keadaan senyap seketika, kemudian dia mengeluarkan dari poketnya sebilah gunting dan memotong tali yang mengikat biji-biji tasbih tesebut. Maka bertebaranlah biji-biji tasbih tersebut dibawah serta di kaki-kaki para hadirin. Maka mereka berasa pelik dan terkejut dengan apa yang belaku.

Ketika ini pendakwah tersebut memecahkan kesunyian seraya berkata : ” Keamanan yang tulen bagi dakwah ini -selepas hubungan dengan Allah s.w.t- adalah ikatan ukhuwwah. Ukhuwwah ada tali yang mengikat hati-hati anak-anak (pendokong-pendokong) dakwah. Ialah yang mengikat diantara mereka. Sekiranya ikatan tersebut tidak diketahui dan terputus maka akan bercerailah hati-hati tersebut dan menjadi jauh, dan itulah kesan yang paling buruk didalam dakwah ini.

Tempat tersebut senyap semula dan para hadirin mula dapat merasakan bahaya, mereka memahami mesej tersebut dengan baik. Kemudian mereka mengumpulkan semula biji-biji tasbih tersebut bagi mengikatnya semula dengan ikata yang kukuh. Mereka pun bangun menghampiri satu sama lain dan bersalaman dengan perasaan kasih sayang. Air mata mengalir, hati terharu, dada-dada lapang dan suci. Ketika mereka berada dalam suasana keimanan tersebut terdengar suara mengulang-ngulang firman Allah s.w.t ” Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu , nescaya akan terjadi kekacauan dimuka bumi dan kerosakan yang besar“. ( Al-Anfaal: 73)

Lisan-lisan mereka mula menyebut kami akan buat, kami akan buat…” apakah sebabnya? ” dikalangan mereka yang kering daripada sebarang manfaat dan ditengah jiwa-jiwa yang benar itu terdengar suatu suara yang kuat melaung dikalangan hadirin yang hadir bertanya tetapi apakah yang menyebabkan kelemahan ukhuwwah dikalangan kami? bukankah keadaan kami pada masa dahulu lebih baik daripada sekarang? kami melaksanakan kewajipan-kewajipan ukhuwwah dengan segenap usaha kami. ziarah menziarahi, saling bantu membantu dan memberi khidmat kepada saudara-saudara kam, sering bertanyakan khabar-khabar mereka sehingggalah setiap hajat-hajat mereka dapat dicapai tetapi kenapa berlakunya halangan ini?

Sekali lagi keadaan kembali sunyi, masing-masing seakan-akan sedang mengimbas kembali ukhuwwah mereka yang tejalin dengan baik pada suatu ketika dahulu, dan masing-masing memikirkan persoalan ” Mengapa ukhuwwah diantara kita tidak kembali seperti dahulu? “. Pelbagai jawapan timbul daripada lisan-lisan mereka. Diantara mereka ada yang berpendapat ia berpunca daripada kesibukan dengan kehidupan dan mengatakan bahawa kehidupan sekarang telah menjadi lebih kompleks daripada sebelumnya dan tanggungjawab semakin hari semakin banyak dari waktu yang ada.

Pendakwah tersebut mendengar setiap pendapat-pendapat ini dan kemusian berkata : ” sekiranya inilah yang merupakan sebab-sebab hakiki( yang sebenar ) kepada masalah ini bermakna hilanglah impian untuk mengembalikan semula ikatan ukhuwwah yang kuat, lambat laun tasbih ini akan terputus terus. Tetapi sekiranya kita kembali kepada Kitab Allah s.w.t dan sunnah RasulNya kita kan dapati bahawa ukhuwwah diikat oleh satu ikatan yang kuat yang kamu semua tidak sebut iaitu iman seperti di dalam firmanNya : ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara ” ( Al_Hujurat : 10 ) dan juga di dalam firmanNya : “ Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.” ( At-Taubah ; 71 ).

Kita cuba ingat kembali bahawa perkara pertama yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w ketika tiba di Madinah adalah membina masjid yang merupakan simbol keimanan, kemudian baginda mempersaudarakan diantara muhajirin dan ansar, ukhuwwah kena selari denga keimanan, sekiranya iman tinggi ukhuwwah akan tinggi dan begitulah sebaliknya. Iman naik dengan kataatan dan menurun disebabkan maksiat. Begitu juga ukhuwwah akan menjadi kuat dan tersemat dihati-hati sekiranya kita melaksanakan hak-haknya dan akan menjadi lemah sekiranya kita mengabaikannya dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hak-haknya.

Jadi penyelesaiannya adalah kita kembali menyedarkankan iman dihati kita yang telah dikenakan bius atau dadah. Sekirannya iman kita sedar perasaan ukhuwwah itu akan kembali hidup, diberi makan dan berkembang.”

Para hadirin mengetuk kepala mereka dan berkata benar apa yang kamu katakan, sebenarnya bukan ukhuwwah sahaja yang menjadi lemah disebabkan lemahnya iman, tetapi disana terdapat banyak lagi fenomena-fenomena yang rosak disebabkan kelemahan iman. Sekiranya kita tidak bersegera memperbaharui iman di hati-hati kita dan menyedarkannya fenomena-fenomena tersebut akan semakin membesar dan menjadi satu penyakit yang semakin sukar untuk dirawat.

Marilah kita sama-sama memperbaharui dan menyedarkan iman-iman di hati-hati kita. InsyaALLAh…

October 13, 2009

IKTIBAR DARI AL QURAN



1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Saya menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt

Sumbangan Ustaz...

Taujihad