Agama buat kehidupan di akhirat,harta buat kehidupan di dunia.Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara.-Saidina Abu Bakar As-Siddiq
"Aduii..sakit kaki aku.eee....."kata kita sambil 'memicit' semut itu yang sedang asyik menggigit kaki kita. Dengan pantas kita mematikan riwayatnya..
Apa yang kita perasan tentang seekor semut?tubuh yang kecil,berwarna merah dan hitam serta bersesungut..NAMUN,bisa membuatkan kaki kita kemerah-merahan dan berbintat.Walaupun seseorang itu berbadan sasa,mampu mengangkat bebanan sehingga 120kg,tapi hakikatnya tidak tahan dengan gigitan semut yang kecil itu.Hebatnya semut..
Tapi dengan kuasa yang kita ada,mampu untuk kita menyingkirkan semut itu. Bagi semut, kita adalah 'gergasi'.apatah lagi mahu melihat wajah kita.Seekor semut yang berada pada tubuh kita, baik di telapak kaki atau di kepala kita, kita bisa mengetahuinya dan pada saat yang sama kita bisa membunuhnya atau mencampakkannya keluar dari tubuh kita. Betapa besarnya kekuasaan kita terhadap semut saat itu.
Sekarang,pandanglah ke langit.Pasti kita tak akan mampu menjangkau wajah Allah, yang Maha Besar. Sungguh Maha Besar Allah, dengan pandangan biasa kita tak mampu menjangkau-Nya. Namun dengan pandangan akal yang diberikan-Nya kepada kita, kita bisa melihat-Nya..Melihat bukti-bukti kekuasaan Allah.Itulah yang dikatakan Allah Maha Besar.
Jika boleh kita berandai-andai bahawa Allah itu menyerupai bentuk manusia seperti kita, saat ini, ketika kita tak mampu menjangkau wajah Allah, mungkin saja kita ini tak ada bedanya dengan seekor semut kecil yang berada di bawah jari kaki kita. Kita tidak boleh mengatakan Allah itu menyerupai makhluk,tetapi Allah lah yang berdiri dengan sendiriNYA.bahkan Allah yang menciptakan makhlukNYA.Sungguh Maha Maha Maha BESAR Allah...barangkali kita lebih kecil dari seekor semut dari pandangan Allah.
"Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya Dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka Yang kamu seru dan sembah, Yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat Walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka,mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah Yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah Yang diminta (daripada menunaikannya).Mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan Yang selayaknya (sebagaimana Yang ditetapkanNya), Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa".(Surah Al Hajj:73-74)
Betapa tak berertinya kekuasan, kepandaian dan semua kelebihan kita terhadap Allah, dan memang semua itu adalah pemberian Allah. Kita tak memiliki apa pun. Kerana kita dijadikan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Hanya menjadi hamba kepada Allah SWT.
Allahuakbar! Allah itu sungguh Maha Besar. Sangat mudah sekali bagi-Nya untuk “membunuh” kita bila saja Dia mahu. Akan tetapi Allah tidaklah demikian. Allah telah menetapkan peraturan terhadap hidup matinya kita sebagai manusia ciptaan-Nya.
Justeru,kita harus mengerti kehidupan kita di bumi ini tidak lari seperti seekor semut..yang perlu meneruskan kehidupan di muka bumi ini dalam melaksanakan tugas yang di perintahkan oleh Allah SWT kepada kita..
Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.(Al Ankabut:2-3)
p/s:biarpun ianya kecil,tapi mampu menumbangkan yang besar.Jadilah seperti itu..TAPI hanya untuk kebaikan..
"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan[1313]. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir".
[1313]. Maksudnya: orang-orang yang mati itu rohnya ditahan Allah sehingga tidak dapat kembali kepada tubuhnya; dan orang-orang yang tidak mati hanya tidur saja, rohnya dilepaskan sehingga dapat kembali kepadanya lagi.
Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail: ' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya
dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita
= 20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT
sumber:MADAH
Cuti yang ada ini saya melakukan kerja amal di rumah sendiri.hehe..bersihkan dan repair kolam ikan. Ianya memakan masa selama dua hari.sungguh meletihkan..
19.aku xpandai baca quran.tapi xpernah mintak orang ajar.hebat sangatkah aku?
20.aku nak jadi anak yang baik.tapi kadang-kadang aku sendiri melawan ibu bapa.hebat sangatkah aku?
21.aku sibuk buat persediaan nak pergi jemputan.tapi Jemputan Allah xpernah aku bersedia!!hebat sangatkah aku??
Walaupun agak panas di baca tetapi inilah diri kita yang sebenarnya kecuali mereka yang benar-benar bertaqwa(takut dan gerun) kepada Allah..Marilah kita bermuhasabah sebentar.
"Nuar..amek adik."jerit ibuku yang mematikan lamunan mimpiku. "Ha..kul 4ptg dah."kataku ringkas. dengan kadar segera saya mengambil adik bongsu saya,nurul balik dari sekolah agama.
Setibanya saya di sekolah, dia tak keluar lagi.tunggu sekejap sambil memerhatikan sekolah yang juga meninggalkan seribu kenangan buat saya..
Teringat masa sekolah dulu,saya dan abg saya,arif satu kelas. Pergi sekolah naik basikal.hehe..Pernah satu hari tu,abg saya tinggalkan saya.dia dah kat depan tp masih dapat dilihat.boleh kejar ni..hehe.Tiba-tiba...
Abg saya kene gigit anjing.huhu..seluar sekolah dia koyak.saya dari jauh bawak laju-laju..sayang abg ni.ahakss...lepas tu tuan anjing datang bagi duit RM50..dan anjing tu berlalu begitu saja..nasib baik kau anjing!hehe...
Itulah salah satu kenangan yang saya ingat sampai bila-bila.hehe..saya ingat sebab bila amek adik saya mesti lalu jalan tu..
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda..(selanjutnya)
Kita xpernah menyangka bahawa kita akan dilahirkan di muka bumi ini..hanya yang kita tahu,lahir saja di muka bumi ini dengan menangis tanpa mengetahuia satu apa pun..
Ketika itulah kita dimuliakan dengan kalimah kebesaran..dilaungkan azan dan diiqamahkan.belum lagi mengenal hakikat kehidupan.namun bersuyukur sgt2 sbb kita dilahirkan sebagai seorang ISLAM..apatah lagi ditambah dengan kesempurnaan pancaindera..bagaimana mereka yang lahir dalam kekafiran..mereka yang bisu..pekak..cacat...sungguh hanya Allah yang mengetahui..Alhamdulillah aku dilahirkan dlm kesempurnaan
Khairul Anwar Bin Ateh, nama diberi.Lahir pada 23hb Disember 1987 di Hospital Batu Pahat.Anak ke-4 daripada tujuh orang.lebih mesra dipanggil nuar.
PENDIDIKAN:
*UiTM Shah Alam (Mechanical Manufacturing)
*Politeknik Johor Bahru (Mechanical Am)
*SMKA Segamat
*SMK Jln Kolam Air (RKA)
*SKSB, Yong Peng.
Selamat melayari Sebaik-baik Cahaya.