Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

March 16, 2010

Jualan Buku Ustaz Farhan


Harga semua buku RM25.00

Kaedah Menghafaz Al Quran Jilid 2-Surah Al-Khafi, Luqman, As-Sajdah, Yassin, Ar-Rahman, Al-Waqi'ah, Al-Mulk, Al-Insan beserta tajwid. Asabul Nuzul, makna ayat, panduan dan latihan sistem 4 T (Tahsin, Talaqi, Tasmi',
tahfiz)

Panduan Berdakwah di Malaysia

Mencari Titik Persamaan dan Bukan Permusuhan

Boleh hubungi saya:0193486296 atau pesan disini.

March 10, 2010

Bersyukur..bukan berbangga


Menyedari hakikat diri, cukup sempurna. Aku punya tangan,kaki,mulut dan segalanya aku miliki. Malah dengan adanya mulut aku boleh bercakap. Ada mereka yang ada mulut tetapi bisu. Ada mereka yang punya telinga tetapi pekak. Begitulah istilah yang kita berikan kepada mereka..bisu,buta dan pekak.

Tetapi adakah mereka itu cacat?kita sempurna? Sesungguhnya segala ciptaan Allah tiada cacat celanya. Semuanya sempurna. Pada kita ianya cacat tetapi pada Allah itu sempurna bagi mereka. Subhanallah...cepat benar kita menilai seseorang pada mata kasar.

Tiada apa yang membezakan kita pada mereka melainkan taqwa kita disisi Allah. Adakah hari ini dengan Allah memberikan kita kelebihan untuk bercakap lantas kita gunakan untuk menyeru manusia kepada Allah? Adakah hari ini dengan Allah berikan kita tangan,kaki dan mata serta pancaindera yang ada pada kita untuk kita terjemahkan dalam pengorbanan kita pada agama Allah?

Apa yang kita sumbangkan pada Islam pada hari ini?ermmmm....perlu berfikir dulu untuk menjawab...

Renung-renungkan..
Selamat beramal..

March 5, 2010

PANAS YANG MELAMPAU




KALI pertama masyarakat Malaysia mendengar perkataan El Nino kira-kira 14 tahun lalu, iaitu ketika El Nino yang disifatkan paling teruk melanda negara dan rantau ini. Ia menyebabkan jerebu, kemarau dan kepanasan melampau dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius.

Ketika itu, ramai yang ketawa dan mempersendakan namanya biarpun ia jelas mencetuskan kebimbangan pihak terutama saintis, pakar kaji cuaca dan alam sekitar dunia. Kali ini El Nino muncul lagi. Amukannya menyebabkan cuaca dunia tidak menentu dan tempoh yang sepatutnya disifatkan stabil sebaliknya terus dilingkari keadaan kemarau, banjir dan ribut salji.

Tahun ini, fenomena yang sama kembali berulang, namun saintis menjangkakan kali ini tidak seteruk 1997-98 kerana ia dikategorikan sebagai El Nino Modoki, iaitu kategori sederhana.

Perubahan El Nino pertama kali dikenal pasti pada tahun 1999 dan ia dikesan berlaku setiap dua tahun sekali, malah, analisis rekod cuaca 1981 hingga 2009 mendapati bahawa ketika apa yang disebut Indian Ocean Dipole berada dalam fasa "negatif" iaitu dengan air panas di barat dan dingin di timur - maka peristiwa El Nino di Pasifik akan berlaku pada tahun berikutnya.

Nabi SAW bersabda:
"Pada Umat ini akan terjadi tanah runtuh,perubahan bentuk muka bumi dan kerusuhan. Lalu salah seorang daripada kaum muslimin bertanya,"Wahai Rasulullah,bilakah terjadinya hal itu?" Baginda menjawab,"Apabila disana sini telah banyak biduan(penyanyi) dan alat-alat muzik serta khamr(arak) sudah biasa diminum."
(riwayat At Tirmizi)

El Nino dan Malaysia

  • El Nino yang dikawal oleh Lautan Pasifik. Walaupun Malaysia begitu jauh daripada lautan itu tetapi ia masih boleh memberi kesan kepada negara kerana Malaysia terletak di kawasan benua maritim di tengah, antara dua lautan besar iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Dalam keadaan normal, kawasan ini mempunyai tekanan udara rendah berbanding di bahagian timur dan tengah Lautan Pasifik.

  • Kelembapan udara akan bertumpu ke kawasan ini dan ini merancakkan proses perolakan dan pembentukan awan. Bagaimanapun, apabila El Nino berlaku, pemanasan di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menyebabkan tekanan di kawasan ini menjadi rendah berbanding di kawasan rantau benua maritim.

  • Ini menyebabkan kelembapan akan bergerak ke bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menjadikan atmosfera di kawasan kita kering, stabil dan proses perolakan yang minimum. Imej satelit terkini menunjukkan kawasan di rantau benua maritim termasuk Malaysia kurang berawan berbanding di bahagian tengah Lautan Pasifik.

  • El Nino adalah fenomena semula jadi berskala besar akibat interaksi lautan dan atmosfera dan tiada teknologi yang boleh menghalang fenomena ini. Kekerapan ia berlaku adalah sekali dalam dua hingga tujuh tahun. Bagaimanapun kegiatan manusia terutama corak guna tanah boleh meningkatkan lagi impak fenomena ini.

  • Kegiatan manusia juga menerusi pembebasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global juga boleh mempengaruhi corak dan kelakuan El Nino.

  • Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) yang diterbitkan pada 2007, pemanasan global boleh menjadikan fenomena El Nino lebih kerap dan kuat di dekad mendatang dan juga ada kemungkinan sistem interaksi atmosfera-lautan di Lautan Pasifik menjadi `terkunci' kepada keadaan El Nino.

  • Negara pernah mencatat suhu tertinggi 41.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 1998, sehingga menyebabkan kemarau panjang di sebahagian kawasan di negara ini. Namun, sejarah catatan suhu tertinggi itu masih kekal.

  • Catatan cuaca kini yang paling tinggi ialah antara 34 hingga 36 darjah Celsius dan masih dianggap fenomena biasa setiap Februari hingga Mac, setiap tahun.


INFO: El Nino
  • Dinamakan anak Jesus dalam bahasa Sepanyol (El Nino bermakna `The Boy' atau `The Child' (budak lelaki)) kerana ia mencapai puncak kuasanya sekitar perayaan Krismas.
  • Nelayan ikan bilis Peru sudah arif benar dengan fenomena El Nino (Christ Child) kerana ia memuncak sekitar sambutan Krismas. Tangkapan mereka menurun kerana air laut sejuk di perairan Peru menyebabkan ikan bilis berpindah ke kawasan lain.
moga kita dalam rahmat kasih sayang Allah...amin

sumber:berita harian

March 4, 2010

Ayah..

Moga Allah memberkati kehidupan ayah dunia dan akhirat

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AYAHKU
ATEH BIN SALIM

March 3, 2010

Kejadian hari ini..

Kejadian 1

Selepas menunaikan solat sunat ba'diah maghrib..

Saya : Eh,ada miscall.mak call. Ada mesej.

"Salam.tadi ada phone call dari london tanya awak.nanti dia call awak dalam english..awak berhati-hati juga. Ni pasal stady awak."

Saya pun mendail no hp mak..

Saya : Assalamualaikum..nape mak?

Mak: Tadi ada org call.cakap bi. memang loghat mat salleh la..tanya awak kat mana..belaja mekanikal ke. Mak bagi no hp awak.

Saya: Ermm..tak payah percaya la mak. Kalau betul dia akan hantar offfer letter.

Mak : Mak bagi no hp awak dah. Takpe ke? Macamane dia tahu awak belajar mekanikal?

Saya: Takpe..mak dah bagi pun no hp. Nuar tunggu dia call la. Sekarang ni senang je nak dapat profile diri kita. beli je database..takpe. Jangan risau la..

Sedikit perbualan saya dan mak. Agak terkejut memikirkannya. Mustahil..mustahil...tapi mungkin rezeki..mungkin...tunggu dan lihat saja nanti

Kejadian ke-2

Di trafic light padang jawa. Lampu hijau..

Saya : Eh,rantai orang tu jatuh.

Saya mengambilnya sebentar sedangkan lampu hijau. boleh saja kalau saya disondol dari belakang..Alhamdulillah selamat.

Saya : Eh,bukan rantai. tapi jam.

Ketika itu,mangsa sedang memecut laju.apa lagi...kejarrrrrr la...nasib baik ada trafic light kat depan.

Saya: Ni Awak punye ke?

Mangsa: Eh,a'ah saya punye. terima kasih.

Saya: Tercicir masa trafic light tadi.

Lampu hijau...jalan....


Kejadian ke-3

Berhenti menghantar sahabat di kolej

Saya : Eh,ni duit sapa?

Ketika itu ada 9helai duit RM50 dan dompet. Seorang brother turun dari motor dan mengatakan..mungkin kawan tu punye kot. Saya memandang ada seseorang sedang menuju ke tempat kejadian. Saya?balik la....

Hari ini segala-galanya telah tercatat di luh mahfuz....bagaimana esok?Wallahualam

March 2, 2010

Menjelang kelahiran ayah:Surat untuk Ayah 1

Ayahku,Ateh Bin Salim akan menyambut kelahirannya pada 4 MAC nanti. Maka genaplah usianya 56tahun.Belum pencen lagi...hehe. Maka, saya karangkan satu nukilan buat ayah bahawa Beliau telah membesarkan anak-anaknya seramai 7orang dengan penuh suka dan duka. Tidak malu untukku kongsikan disini kerana saya bangga mempunyai ayah seperti beliau!!


Ayah..
kalau ayah ingat lagi
waktu itu ayah kejutkan nuar dan arif pada pukul 4pagi
nuar bingung..yang nak ambil UPSR arif,bukan nuar
Tapi nuar buat juga sebab ayah nak anak-anak dia belajar dan berjaya
Alhamdulillah...Arif dapat 5A
nuar?dapat 3A 2B je...
Tapi ayah tetap puji anak dia pandai..
Terima kasih ayah..

Ayah..
kalau ayah ingat lagi
masa sekolah dulu nuar alergic satu badan
masa tu kita pergi klinik bakti kat batu pahat
satu biji ubat bersamaan rm10
Ubat tu memang berkesan
Kalau tidak,ayah akan nmpk anak ayah kemerah-merahan
Lepas tu kita pergi CLEOPATRA
ubat resdung kulit nuar..
Terima kasih Ayah..

Ayah..
kalau ayah ingat lagi
masa tu nuar tak pergi sekolah
sebab cari berus gigi..gara-gara bohong ayah..jahatnya!
balik mintak maaf
masa kecik juga..ayah pernah masukkan nuar dalam mesin basuh
huhuhu....jahatnya nuar..
Tapi anak ayah ni dah besar..faham kenapa ayah buat macam tu
Terima kasih ayah..

Ayah..
kalau ayah ingat lagi
masa tu nuar dan arif gaduh
dua-dua kene pukul
sorang duk dalam kereta,sorang duk kat penjuru rumah..hehehe
nasib baik mak uteh datang..bawak pizza..tak jadi merajuk.hahaha
Tapi ayah kasi anak dia duduk lagi kat umah
Terima kasih Ayah..

Taujihad