January 6, 2012
February 2, 2011
Habis tenggelam segala projek segera
Ungkapan api ketika kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan , juga boleh disinonimkan dengan air. Air ketika sedikit boleh menjadi teman apabila besar dan banyak boleh memusnahkan kehidupan manusia.
Air dari segi saintifikinya terbentuk dari 2 molekul atom hidrogen dan 1 molekul atom oksigen, merupakan salah satu unsur terpenting di alam ini. Ia merupakan sumber kehidupan yang harus dihargai. Dengan air manusia hidup ,amalah lebih dari 70 % komposisi tubuh manusia di penuhi dengan H2O.
March 5, 2010
PANAS YANG MELAMPAU

(riwayat At tirmidzi)



KALI pertama masyarakat Malaysia mendengar perkataan El Nino kira-kira 14 tahun lalu, iaitu ketika El Nino yang disifatkan paling teruk melanda negara dan rantau ini. Ia menyebabkan jerebu, kemarau dan kepanasan melampau dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius.
Ketika itu, ramai yang ketawa dan mempersendakan namanya biarpun ia jelas mencetuskan kebimbangan pihak terutama saintis, pakar kaji cuaca dan alam sekitar dunia. Kali ini El Nino muncul lagi. Amukannya menyebabkan cuaca dunia tidak menentu dan tempoh yang sepatutnya disifatkan stabil sebaliknya terus dilingkari keadaan kemarau, banjir dan ribut salji.
Tahun ini, fenomena yang sama kembali berulang, namun saintis menjangkakan kali ini tidak seteruk 1997-98 kerana ia dikategorikan sebagai El Nino Modoki, iaitu kategori sederhana.
Perubahan El Nino pertama kali dikenal pasti pada tahun 1999 dan ia dikesan berlaku setiap dua tahun sekali, malah, analisis rekod cuaca 1981 hingga 2009 mendapati bahawa ketika apa yang disebut Indian Ocean Dipole berada dalam fasa "negatif" iaitu dengan air panas di barat dan dingin di timur - maka peristiwa El Nino di Pasifik akan berlaku pada tahun berikutnya.
Nabi SAW bersabda:
(riwayat At Tirmizi)
El Nino dan Malaysia
- El Nino yang dikawal oleh Lautan Pasifik. Walaupun Malaysia begitu jauh daripada lautan itu tetapi ia masih boleh memberi kesan kepada negara kerana Malaysia terletak di kawasan benua maritim di tengah, antara dua lautan besar iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Dalam keadaan normal, kawasan ini mempunyai tekanan udara rendah berbanding di bahagian timur dan tengah Lautan Pasifik.
- Kelembapan udara akan bertumpu ke kawasan ini dan ini merancakkan proses perolakan dan pembentukan awan. Bagaimanapun, apabila El Nino berlaku, pemanasan di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menyebabkan tekanan di kawasan ini menjadi rendah berbanding di kawasan rantau benua maritim.
- Ini menyebabkan kelembapan akan bergerak ke bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menjadikan atmosfera di kawasan kita kering, stabil dan proses perolakan yang minimum. Imej satelit terkini menunjukkan kawasan di rantau benua maritim termasuk Malaysia kurang berawan berbanding di bahagian tengah Lautan Pasifik.
- El Nino adalah fenomena semula jadi berskala besar akibat interaksi lautan dan atmosfera dan tiada teknologi yang boleh menghalang fenomena ini. Kekerapan ia berlaku adalah sekali dalam dua hingga tujuh tahun. Bagaimanapun kegiatan manusia terutama corak guna tanah boleh meningkatkan lagi impak fenomena ini.
- Kegiatan manusia juga menerusi pembebasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global juga boleh mempengaruhi corak dan kelakuan El Nino.
- Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) yang diterbitkan pada 2007, pemanasan global boleh menjadikan fenomena El Nino lebih kerap dan kuat di dekad mendatang dan juga ada kemungkinan sistem interaksi atmosfera-lautan di Lautan Pasifik menjadi `terkunci' kepada keadaan El Nino.
- Negara pernah mencatat suhu tertinggi 41.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 1998, sehingga menyebabkan kemarau panjang di sebahagian kawasan di negara ini. Namun, sejarah catatan suhu tertinggi itu masih kekal.
- Catatan cuaca kini yang paling tinggi ialah antara 34 hingga 36 darjah Celsius dan masih dianggap fenomena biasa setiap Februari hingga Mac, setiap tahun.

INFO: El Nino
- Dinamakan anak Jesus dalam bahasa Sepanyol (El Nino bermakna `The Boy' atau `The Child' (budak lelaki)) kerana ia mencapai puncak kuasanya sekitar perayaan Krismas.
- Nelayan ikan bilis Peru sudah arif benar dengan fenomena El Nino (Christ Child) kerana ia memuncak sekitar sambutan Krismas. Tangkapan mereka menurun kerana air laut sejuk di perairan Peru menyebabkan ikan bilis berpindah ke kawasan lain.
sumber:berita harian
February 28, 2010
Tanda-tanda kiamat: Banyak terjadi tanah runtuh,Perubahan bentuk bumi dan rusuhan
LEBUH raya berhampiran Santiago runtuhmenyebabkan kenderaan terhumban
akibat gempa bumi yang
melanda Chile, semalam. - Foto AP
(riwayat At tirmidzi)
sebuah kereta jenis Kia Picanto yang dipanduseorang wanita selepas terjunam dalam
sebuah lubang sedalam semeter akibat
paip bocor di Jalan Abdullah, Indera Mahkota, Kuantan
Sabda Nabi SAW lagi:
(Sunan Ibnu Majah,kitab Al Fitan.Hadith Sahih)

Peringatan dari Allah juga menyedarkan kita akan perlu tahu bahawa kiamat telah dekat dan bahawa tidak ada tempat berlindung daripada azab Allah melainkanNya jua.
Ada hadith yang berupa ancaman kepada ahli maksiat,iaitu pemain muzik dan peminum arak dengan tanah runtuh,perubahan bentuk bumi dan rusuhan.
Runtuhan jalan utama dari pekanKelian Intan ke bandar Gerik, Perak yang
berlaku sejak setahun lalu semakin serius
sehingga mencecah 18.27 meter.
(riwayat At Tirmizi)
HAKISAN tanah di laluan air ke anakSungai Rinting di Jalan Tembusu 15 Taman Mega Ria,
Johor Bahru mengancam penduduk di kawasan sekitar.
Hakisan semakin lebar setiap kali hujan lebat.
"Sesungguhnya akan ada manusia-manusia dari umatku yang meminum khamr(arak)dan menamakannya dengan nama lain,dan kepala mereka dipenuhi alat-alat muzik. Allah akan menimpakan tanah runtuh pada mereka dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi."
(Sunan Ibnu Majah)
p/s: di shah alam banyak flat.rapat-rapat. runtuh satu,mesti yang lain runtuh...nauzubillah..
October 13, 2009
IKTIBAR DARI AL QURAN

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Sumbangan Ustaz...
June 23, 2009
7 AMAZING HOLES
Subhanallah..tak pernah tengok pun sebelum ni. So untuk u all,tengok-tengoklah kebesaran Allah ni. Oh ye,maklumat ni dapat di blog akuandnasihat. Korang boleh terjah kat blog tu untuk 'pendetailan'..lagi satu,dah tengok tu jangan lupa sebut Subhannallah..ok.Layannnnnn
1. Diavik Mine, Canada
2.Glory Hole - Monticello Dam, California
3.Great Blue Hole , Belize
4.Kimberley Big Hole - South Africa
5.Mirny Diamond Mine , Serbia
6.Sinkhole in Guatemala
7.Bingham Canyon Mine, Utah
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Ali Imran: 190-191)
June 7, 2009
BERHATI-HATI
Firman Allah SWT:
Firman Allah SWT:
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah Yang tersebut di dalamnya) Bahawa Sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang Yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.(Surah Ibrahim:52)
Moga kita mengambil pengiktibaran dengan apa yang berlaku. Lepas ni pikir 2 3 kali sebelum ke Genting Highland. Nak g ke tak?hehe..

