Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

September 1, 2012

Interview Engineer bertukar ke "pegawai agama"

Hari tu g interview engineer,xpenah aku kene interview selama 3jam.soalan kaitan post aku hanya setengah jam. masa yang berbaki adalah sesi "tanyalah ustaz".korang nak tahu soalannya?aku ada post di FB.Tapi kawan-kawan minta aku bagikan sekali jawapan.Aku sertakan sekali jawapan yang aku jawab masa tu. aku jawab kat sini xrefer mana2 pun sebab nanti korang kata aku copy paste.so,inilah jawapan aku.kalau salah boleh betulkan aku.




1. Agama lain menggunakan gelaran tuhan untuk tuhan mereka. dan orang Islam juga adakalanya menggunakan gelaran Tuhan dan bukan Allah..adakah waktu itu kita menyekutukan Allah?

Jawapan: kalau encik ingat sebelum ni ada isu penggunaan nama Allah oleh kristian.Banyak ayat dalam Al Quran cerita orang kafir apabila ditanya siapakah yang mencipta langit dan bumi lalu mereka menjawab Allah.kita boleh cari sama2 nanti ayat tu. Sebab orang kafir ini mengakui kewujudan Allah.Kalau kita belajar tauhid dipanggil tauhid rububiyah.hanya sekadar percaya kewujudan Allah. Tapi umat Islam bukan sekadar percaya tapi beriman kepada Allah dengan buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.ada konsep pengabdian. Jadi penggunaan kalimah Allah dan tuhan ini xmenjadi isu.melainkan kita sebagai islam berdoa dengan menggunakan nama Tuhan tapi mengakui tuhan kita (Allah) sama levelnya dengan tuhan agama lain. Sekalipun kita menggunakan nama Allah,tetapi tidak bersandarkan tauhid kepada Allah dan menyamakan Allah itu "Allah" kristian maka kita juga tetap mensyirikkan Allah...bagi saya encik,penggunaan tuhan ni bukan isu yang besar.tapi isu yang paling besar manusia xberiman kepada Allah.


2. Apa itu akidah?

Jawapan: Saya ni bukan ustaz encik.tapi insyallah saya cuba sampaikan. Akidah ni pada bahasa kita panggil akad..macam kita nak kawin.mesti akad nikah baru sah..baru halal suami isteri.ada lafaznya. maka bagi kita seorang muslim nak "sahkan" hubungan kita dengan Allah mesti ada "akad"nya iaitu syahadah. Barulah digelar Islam. orang kafir nak masuk islam kene mengucap dulu..bukan terus sembahyang.jadi akidah ni hubungan kita dengan Allah.apa yang kita buat kat atas dunia ni akan dinilai oleh Allah. akidah ni bukan sekadar percaya kepada Allah tetapi yakin kepada Allah. macam orang perempuan percaya menutup aurat tu wajib.tapi berapa ramai yang boleh tutup aurat?sebab tidak ada keyakinan.hanya sekadar percaya.yakin itulah iman yang dibuktikan dengan perbuatan,percakapan bukan sekadar hati yang kita mengatakan kita sudah beriman.

3. Antara Allah dan Muhamaad,mana yang lebih tinggi?tapi kenapa frame Allah dan Muhamad yang kita gantung kat rumah diletak sama taraf?adakah Allah dan muhammad setaraf?

Jawapan: bagus jugak soaln tu bang.saya xpernah terfikir pun.ia xjatuh syirik..selagi mana akal kita masih sihat mengatakan Allah itu Allah dan muhammad itu rasulullah..ia selagi mana kita berpegang kepada syahadah sebab dalam syahadah kita mengakui tidak tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..adapun yg digantung itu hanyalah seni..tanpa diniatkan lain. Ia boleh jadi syirik kalau kita gantung dgn niat allah dan muhammad itu sama..dan kita boleh gantung macamane sekalipun tapi xcantiklah dan nampak bodoh kita ni xreti gantung..dan syarat gantung juga perlu kepada adab..kita sendiri tahu bezakan..kalau encik la gantung frame tu,ada x encik niatkan Allah tu sama dengan Muhammad?

4. Adakah tulisan khat itu haram kerana mengubah bentuk ayat di dalam al quran?
Jawapan: macam saya katakan tadi la encik. Islam ni xrigid.ada seninya. tapi jangan melampau sehingga mengubah maksudnya. ia boleh jadi dakwah kepada bukan islam kalau lihat kesenian islam.

5. apa pandangan awak ttg politik?sebab bagi saya politik ni kotor.

Jawapan: Politik ni seni pentadbiran encik. encik beli barang ada tawar menawar x?ha...itulah politik dalam jual beli. sekarang politik yang encik tanya ni politik tadbir negara. dalam islam ajar bagaimana tadbir negara...orang skrg salah faham maksud politik..nak marah xboleh sebab depa xtahu...ok encik?

6. company yang awak apply ni orang putih.kafir.awak sanggup makan gaji dr orang kafir?

Jawapan: ada masalah ke encik?habis tu encik kerja sini dah berapa lama?hehe....dia macamni la encik. kerajaan guna cukai judi dan arak sebagai sumber kewangan. Mak ayah saya orang kerajaan,adakah mak ayah saya makan duit haram?orang yang berkaitan dengan jual beli arak dan judi sahaja yang haram...sebab tu kita nakkan pemimpin yang beriman...tahu halal haram..lagi satu,berapa banyak orang islam bukan company besar?kadang2 no choice...sebab tu kita kena maju...bukan hanya tahu kondem. kena laksanakan cara Islam..baru orang nampak..dulu nak buat bank Islam pun orang bising..skrg orang bukan Islam pun masuk jugak...

7. arak haram.tapi kenapa selangor dan kelantan masih jual arak?

Jawapan: betul encik arak haram.saya sokong. saya tanya encik, PR perintah selangor berapa tahun?UMNO perintah?berpuluh tahun..kilang arak ni baru 4tahun lepas ke tubuh?lama dah encik sejak zaman parameswara..hehe.(gurau). dan kita kena tahu,kilang arak ni bukan dibawah kerjaan negeri.tapi kerajaan pusat. so,kerajaan negeri xboleh senang2 tutup.tapi apa yang saya nampak di selangor,kedai seven E dah xjual arak..sebab situ je bidang kuasa kerajaan negeri.sekurangnya ada perubahan. zaman majapahit dulu ada?hehe...sebab tu penting kuasa ni encik...

8. kenapa iblis xnak sujud pada Allah tetapi Allah biarkan iblis menyesatkan manusia..

Jawapan: ada benda yang kita pikir logik akal...ada benda xboleh. sebab Islam ni agama wahyu.bukan Nabi Muhammad cipta. Allah lebih tahu kenapa Allah izinkan iblis menyesatkan manusia. kita xboleh nak kata Allah zalim...sebab tu Allah kuasa..kita ni hamba. Kalau gitu xadillah orang bukan islam xsembahyang...orang islam kena smbhyang.. Adil Allah dengan Adil manusia tak sama encik...sama macam hudud la...kecoh kata hudud Pas..bukan hudud Islam.PAS xkata pun hudud PAS.orang UMNO je kata.PAS cuma nak bawa hudud.ok apa dari UMNO yang kata pertahankan agama tapi xpernah nak usulkan hudud selama 55tahun perintah....ni kita bincang fakta ea encik..bukan nak politik sangat..tapi encik boleh pikir sendiri la..
9. Awak bagi kuliah di surau PAS?apa yang awak sampaikan?

Jawapan: eh,xlah...saya bagi kat surau al amin..masjid.mana ada nama masjid dan surau PAS..kan untuk semua..Islam untuk semua..kita je yg kategorikan..teruk kita ni kadang2..saya bawa kitab "Maza yakni.."apa?(xfaham)...apa ertinya saya menganut agama islam..hidup dah 40thn,20thn, claim kata kita ni islam tapi dari sudut akidah mcmane,ibadah,akhlak,jenayat...sebab islam ni luas.
10. Apa pandangan awak tentang diri saya?(soalan mati)

Jawapan: encik hebat..hehe...saya suka dengan orang yang boleh bawa bincang...(sambil dia menganggukkan kepala dan berkata "saya setuju dan puas hati dengan jawapan awak..baru saya jelas.")
Wallahualam

bersambung....ada kisah ttg perubatan islam,jin,karamah....hehe...

Taujihad