Semasa mendengar kuliah maghrib yang mengupas tentang akidah, seorang jemaah bertanya,"boleh ustaz ulas sikit tentang isu penggunaan kalimah Allah.."
"ermm..maknanya ni kena buka kuliah lagi satu.hehe."kata penceramah spontan memandang waktu sudah menunjukkan 9.00mlm. Walaubagaimanapun beliau cuba mengulas:
1. Kalau penggunaan Allah itu mereka(nasrani) mengakui Allah adalah sekalian alam maka ia dibolehkan. kerana memang benar sebagaimana yang kita sebut di dalam Al Fatihah yang maksudnya "segala puji bagi tuhan sekalian alam". Dari sudut mereka mengatakan konsep trinity dan sebagainya itu sememangnya sifat orag kafir sebab mereka memang tidak beriman kepada Allah. Begitu juga yang terjadi kepada umat-umat terdahulu mengakui keEsaan Allah tetapi menyembah berhala dan sebagainya..
2. Kalau penggunaan Allah itu merujuk kepada sesuatu seperti mereka mengatakan jesus yang bersalib itu adalah Allah maka itu dilarang dan perlu ditentang..Allah itu tidak meyerupai sesuatu.Allah tidak beranak dan juga tidak diperanakkan..maka ini perlu jelas kepada umat Islam.
Tetapi apa yang ditekankan beliau ialah..sebenarnya hari ini umat Islam sendiri sedang meruntuhkan akidah Islam itu sendiri. tak percaya?jom kita selidik...
1. program hiburan hari ini melambak dan melampau!! dari budak kecil sampai ke bapak budak. Masih tak percaya lagi?celikkan sikit mata hati kita. kalau dari kecik dah ajar menyanyi lepas tu ajar pegang-pegang tangan..agama mana yang ajar?dari kecik kita dah rosakkan akidah mereka.patutnya dari kecik kita bina akidah mereka..yang dah jadi bapak budak,ligat menari sedansa..mak budak pakai ketat. agama mana yang ajar??mana yang kita katakan islam itu cantik dan indah. tapi kita duk tayang maksiat pada orang. Yang kita semua pun sama pakat tonton...meraikan sama-sama untuk menjatuhkan akidah. wa nauzubillah...Bila isu Allah dipermainkan kita melenting. Isu hiburan melampau tak melenting ke wahai manusia??
2. kalau kita ada tengok iklan,ada satu iklan ni tentang budak-budak berlainan agama duk main kawin-kawin...nampak simple kan?tapi seolah-olah menunjukkan islam itu sama dengan agama lain. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam.. nilah padahnya bila kita duk sebut 1 Malaysia..sume bangsa dan agama nak disamakan..sambut krismas aritu pun duk sume agama ada rai...adakah kita mengamalkan pluralisme? patut kita agungkan Islam itu sendiri supaya mereka (kafir) nampak Islam itu indah. Bukan menyamakan semua agama...
setakat ni bincang dua perkara je ni dulu..lepas ni sambung.nak maghrib dah.