May 31, 2011
May 29, 2011
Mengorak langkah
ketika kawan-kawanku sibuk dengan cuti mereka,aku masih lagi di shah alam. Mengambil intersesi untuk subjek Thermal Engineering. Ada yang tanya aku tak habis belaja lagi ke?yang paling tak boleh terima,extend ke?huh..mintak jauh.
sebenarnya aku masih di dalam schedule. 4tahun tu...ingat kejap ke?tapi rasa kejap jugak.hehe...sekarang dah sem 7.lagi setahun je....yeahhhh!!!!chaiyok....insyalllah..doakan la ye..grade dgn cemerlang.
so,cuti 4bulan ni,bermula bulan 5 sehingga bulan 9.then nak watpe?sebab itu aku ambil intersesi selama 2bulan sampai hujung bulan 6.pastu nak watpe bulan 7 dan bulan 8?
sekarang ni,selain dari aku masuk ke kelas,aku bekerja sebagai imam di masjid tempat aku. Selain itu sebagai 'ustaz' bagi kuliah di masjid dan surau berdekatan. Adakah ini masa depan aku?wallahualam...Tapi rezeki aku buat masa ni.
Selain itu,aku juga terlibat sebagai motivator @ penceramah. memenuhi jemputan untuk program sekolah dan universiti. Alhamdulillah pun rezeki aku jugak..
bulan puasa nanti dah ada masjid mintak aku jadi imam. mungkin bulan puasa pun aku kat shah alam. seminggu sebelum raya balik la..hehe..boleh kan mak?
cuma kadang-kadang aku kecewa juga dengan diri aku sebab bila balik kampung,aku xdapat hidup macam kat shah alam. surau tempat aku xpernah ada kuliah.setahu aku la..g masjid pun kuliah pasal taharah dan ibadah..tak berkembang langsung..ini cakap lebih sikit politik..aduii..fikiran sempit sapa yang cakap mcm tu. takpe,nanti kita bahas kemudian.
sekarang ni,Kawan-kawan aku sekarang semua pakcik dan makcik di masjid.hehe..hari tu ada makcik suruh aku kenal dengan anak dia..belajar doktor.erkk...tertelan air liur aku.hehe
Sekarang ini aku cuba membina personaliti untuk masa hadapan. aku yakin rezeki itu dari Allah. Hebat mcmane pun belum tentu berjaya kalau Allah tak bagi. tapi mustahil..sebab Allah Maha Pemurah. Cuma aku yakin bila kita tolong agama Allah (berjuang di jalannya), Allah akan bantu kita. Tetapi kita perlu seiring dengan usaha dan bertawakal kepada Allah.
Alhamdulillah..kadangkala rezeki yang aku dapat tidak disangka-sangka.cuma aku nak kongsi dengan semua,amalkan solat sunat dhuha dan usaha untuk bertahajud di malam hari serta banyakkan sedekah. Insyallah...
Itu saja tentang diriku buat masa ini..=)
gambar hiasan

May 25, 2011
May 23, 2011
Sham Kamikaze Akademi Fantasia berubah
Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist.
Sham Kamikaze dikenali sebagai pemain gitar rock popular di Malaysia. Lahir pada 1976 di dalam sebuah keluarga berlatarbelakang muzik, dia terdedah kepada pelbagai jenis muzik sejak di usia muda. Dia mula belajar bermain gitar pada usia 12 dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.
Sebagai pemain gitar muda, Sham berterusan mengasah kemahirannya dan membantu ramai artis-artis utama di Malaysia dan luar negara selama bertahun-tahun; dia juga mengajar di Guitar Institute of Malaysia di Kuala Lumpur. Dia membentuk kumpulan Kamikaze pada 1999 dan merekodkan tiga album - Kontroversi, Inspirasi dan 3. Kesemuanya pernah dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik - iaitu sebuah Anugerah Industri Muzik Malaysia, sama seperti U.S. Grammy - dengan album Inspirasi memenangi anugerah AlbumRockTerbaik 2001. Sham pernah bermain dengan ahli-ahli muzik seperti Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens , dan bermain untuk persembahan pembukaan kepada Joe Satriani / Steve Vai / pelancongan Eric Johnson G3 dalam 2000.
Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gelang dan bersubang.
May 6, 2011
Printer Baru
Aku ke Plaza Alam Sentral tadi. Beli printer. Printer yang lama ni abg aku punya. Tapi tak boleh install pulak sebab aku guna windows 7. Printer ni pun versi lama punye. So,aku beli la yang 3 in 1. Aku beli ni pun sebab memang memerlukan sangat. Nak wat keje...harga RM 220 sekali dengan external ink. mahal ke murah?tapi itu yang termurah aku survey. printer ni jenis canon MP258...layan je la..
Orang kedai install external ink |
ni bilik aku.cantik x?tu semua buku yang aku baca waktu free.hehe |
yeahh..inilah printernya |
ofis aku..hehe.. sekian.... |
Kursus Imam Professional
Program: Kursus Imam Professional Daerah Petaling ,Gombak dan Hulu Selangor.
Anjuran: Pusat Latihan Pengurusan Masjid,ILDAS dan JAIS.
Tarikh: 4-5 Mei 2011
Anjuran: Pusat Latihan Pengurusan Masjid,ILDAS dan JAIS.
Tarikh: 4-5 Mei 2011
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini aku akan menghadiri kursus imam ini. Jadi selama dua hari ni aku didedahkan mengenai Imam dan peranannya, panduan solat berjemaah, integriti seorang imam, tahsin qiraat dan kaedah menghafaz al quran.
Aku pergi kursus ni sebab imam masjid di kawasan aku yang ajak. Sekarang ni aku imam masjid di seksyen 17. tempat tinggal aku sekarang. Besar tanggungjawab. Tapi aku bagitau awal imam ni yang aku tak boleh komit dengan jawatan imam ni. Maklumlah student.jadual pun tak menentu. Imam kata nak lantik aku jadi Imam ke-2. Imam ke-2 ni dibayar elaun oleh MAIS.tak silap aku rm800. Tapi dia kata,kalau macam tu lantik aku jadi imam ke-3. dapat elaun jugak.cuma aku tak tau berapa. Tapi aku xlah mengejar elaun tu. kalau ada alhamdulillah sebab aku pun segan nak amik. kadang ada,kadang takde.
Cuma aku rasa bertanggungjawab nak jadi imam sebab aku yakin dengan bacaan aku. Tapi tidaklah sampai tahap meminta untuk menjadi imam. Imam di tempat aku ni dah tua. baca pun tak cukup nafas. so,dorang tengah mencari pelapis.
Dalam kursus ni,aku sorang je imam muda.yang lain semua level ayah and atok aku. Tapi alhamdulillah aku ni dijaga macam anak-anak dorang.apa-apa memang imam muda kene dulu la.huhu...Bayangkanlah jadi imam solat kepada imam-imam..paham x?pastu bagi kuliah..boleh la jugak.Tapi yang kelemahan program ni penceramah dia semua old school.so, penyampaian sentimental. Aku pun ape lagi,merehatkan mata yang penat.hehe...
Aku paling suke slot tahsin qiraat. Slot ni nak check bacaan Al Fatihah kita. Kita baca, penceramah yang check. Penceramah ni memang pakar dalam bidang qiraat ni. Alhamdulillah,aku tahu mana kesilapan dalam bacaan Al Fatihah.Kita pun kene dengarkan Al Fatihah kita pada orang yang lebih tahu. Sebab AL Fatihah kalau salah baca,solat kita tak sah. So,kene check. Jangan malu daripada solat kita tak sah.betul x?
Aku sebenarnya tak nak jadi imam ni sebab aku banyak sangat dosa. Tapi aku amek jugak sebab mungkin Allah tak nak aku bazirkan masa dan jadikan aku manusia berfikir. Jadi imam ni orang pandang..Allah je yang Tahu. Tapi inilah sebahagian perjalanan hidup aku yang Allah dah susun. Cuma aku je yang kene redha dan sentiasa buat yang terbaik...Terima kasih ya Allah..
ni imam Shamsuddin yang bawak aku.Jawa!!
ni ust Hanapiah yang buat Tahsin Qiraat
carilah aku kat mana...hehe(klik gambar nak besarkan) |
May 3, 2011
Mengapa sembah Kaabah?
Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky.
Lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad.
Jacky:" Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
Ahmad: "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
Jacky: "Baitullah tu apa?"
Ahmad: "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
Jacky: "Allah ada dalam tu?"
Subscribe to:
Posts (Atom)