Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

February 28, 2017

Family Trip-Kundasang

Tuan homestay maklum yang Gunung Kinabalu dah seminggu tak nampak. Mungkin rezeki bawa mak ayah. Ketibaan kami di Kundasang pada petang itu disambut dengan Gunung Kinabalu. Kami pun terus ambil peluang untuk bergambar di Dairy Farm. Tempat yang paling hamper dengan Gunung Kinabalu dan view yang cantik. Sebelum ni awal pagi petang berkabus..Kali ini petang pula.
Ahli rombongan.hehe

mata bertentang mata

Gambar di ambil dari kedai makan di roundbout
Pemandangan dari Dairy Farm

Waktu ini jam 6.30ptg




Bercuti di Pulau Penang


Saya dan isteri serta keluarga(ayah,mak,adik dan syafiq) pergi ke Pulau Pinang. Tujuan utama untuk menghantar isteri saya ke Kepala Batas kerana dia ada kursus sambil belajar di USM selama 3 bulan. Bukan 3 hari ya. huhu...Jadi saya pun merancang dengan mak jika ingin berjalan-jalan di Pulau Penang memandangkan sebelum ini mak maklum untuk bawa syafiq jalan-jalan. Dia tak dapat ikut semasa kami semua berjalan di Bukit Tinggi sebelum ini kerana ada exam di UPM.

29/01/2016
Maka kami pun berangkat ke Kepala batas dari Shah Alam pada pagi Jumaat. Pukul 11pagi. Saya memandu Viva kerana isteri akan gunakannya semasa di USM nanti. Ayah pula memandu kereta honda city saya. Kami berhenti tiga kali di rnr untuk makan dan solat. Tiba di Kepala Batas pada pukul 4.30ptg. Perjalanan yang meletihkan sebab kerete tak boleh bawak laju (110km/h).

Tiba di rumah mentua saya, ayah mengajak kami ke rumah kawannya di Merbok, Kedah. Perjalanan mengambil masa 30minit dari Kepala Batas. Kami di jamu sate. Sedapppp. Kami pula waktu maghrib dan berehat memandngkan esok seharian nak berjalan.

Inilah kawan ayah. Pencen sebagai Guru Besar Pendidikan Khas


Rombongan dari Yong Peng

Mentari senja di ufuk timur


30/01/2016

Kami bergerak dari rumah Kepala Batas ke Pulau pada pukul 8.30 pagi. Terus menuju ke Bukit Bendera. Pukul 8.30pagi kami sampai di Bukit Bendera. Kami parking kerete di bangunan bertingkat dengan bayaran RM5 per entry. Inilah pertama kali saya ke Bukit Bendera.
* Tiket 6.30am-9.00am: RM3 (mykad)/ Selepas waktu tersebut; RM10(mykad)




Ayah pun pertama kali


Bersambung...





Cinta di Sabah-Rumah Terbalik


6 November 2016

Akhirnya ke Kundasang juga! Tiket telah dibeli hujung tahun lepas. Tiket return untuk dua orang lebih kurang RM300-RM400 (dah x ingat).

Kami bertolak dari rumah memandu menuju ke Putrajaya Sentral, kami parking kereta di situ memandangkan harga parking yg murah. RM4/day. Sangat berbaloi! Dari situ kami menaiki KLIA Transit menuju ke KLIA2. Tiket return seorang dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 ialah RM18.



Kami berlepas ke Kota Kinabalu pada pukul 9.30pg. Tiba di Kota Kinabalu pukul 12.30tgh. Kami sewa kereta Viva auto (RM90/day) dan isi minyak RM50 (full tank). Boleh la kereta viva untuk kami berdua. Sebelum ke Kundasang kami singgah makan di Tanjung Aru. Makan tengahari kami RM16. Boleh tahan ramai juga orang di kedai makan tersebut. Di tepi jalan, mudah untuk di access dan senang nak parking kereta. tak jauh.



Kemudian, kami terus ke Kundasang. Perjalanan dari KK ke Kundasang lebih kurang 90km. X terasa pun jauhnya. Perjalanan ke Kundasang kami singgah di Rumah Terbalik. Tiket masuk ke rumah terbalik RM10.60 seorang (GST tau!!). Bayar mahal tapi dalam rumah tak boleh ambil gambar. Hanya di luar sahaja dibenarkan. Xde apa yang menarik pun.








Kami tiba di Kundasang lebih kurang pkl 3 petang. Hujan lebatttt. Perjalanan naik ke Kundasang tu dh terasa sejuk sampai ke tulang. Jalan pun xberapa nampak sebab berkabus. Kami terus ke Yass Homestay. Asalnya saya booking untuk tiga malam di sini tetapi lepas tengok di FB macam kurang menarik. Saya pun booking untuk sehari sahaja. Sampai di Yass homestay andaian saya meleset..cantik dan selesa. Paling penting kedudukan yang strategik untuk melihat Gunung Kinabalu. Kedudukan homestay ni di atas bukit dan mengadap Gunung Kinabalu! Saya pun terus booking untuk dua malam. Rm80/day dan hari kedua saya dapat RM70. Alhamdulillah. Homestay ni sangat berhampiran dengan Pekan Kundasang. Kalau terasa nak ambil udara petang jalan-jalan kaki sangat dengan kedai-kedai sayur di situ. Bagi saya berbaloi dengan RM80 yang di bayar tu. (Maksud saya jangan expect suasana bilik homestay seperti menginap di Hotel Dream World) hihihi.

Yass Homestay. Ada 2unit. Satu untuk family (2 bilik) dan Satu bilik (asing).

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Yass Homestay pada pukul 5.30pg. Subahnallah

Pemandangan Kinabalu Pine Resort dari Yass Homestay


Pemandangan sun rise dari Yass Homestay



February 15, 2017

Cuti Thaipusam yang lalu saya balik Penang. Jumpa isteri. Maklum la PJJ. Isteri ajak saya makan tengahari di Kota Kuala Muda. Katanya murah. Kemudian boleh ke muzium tsunami.

Ni kedainya

Kedai makan ni menyediakan makanan tengahari seafood. Ternyata murah. Kami makan berempat harganya Rm41. Kalau kiraan saya mungkin Rm100.Gambar menu tak sempat di ambil sebab masing -masing dah lapar.

Kemudian kami ke Muzium Tsunami. Biarlah gambar berbicara





April 30, 2016

Naik Ktm ke Padang Besar

Cuti pekerja kali ni saya ke Pulau Pinang. Kebetulan isteri tamat kursus di USM selama 3bulan. Berakhir kehidupan bujang saya di Shah Alam.

Jadi hari ni,30hb april saya bersama isteri dan mentua ke Padang Besar, Perlis(PB). Kali ni naik Ktm dari Tasek Gelugor(TG) Dari Kepala Batas ke Ktm Tasek Gelugor hanya 20minit.

Kami sampai di Ktm TG pada pukul 8.20pg. Ktm ke PB tiba pada pukul 8.40pg. Tiket seorang oneway Rm10.40. Return Rm20.80 seorang.

Perjalanan ambil masa 1jam 45minit. Bila naik ktm ni faham je la. Hujung miggu pula tu. Saya kena berdiri sampai tiba ke PB. Mujur mentua dapat duduk. Warga emas.

Tiba di stesyen PB, ambil teksi untuk ke PB. Seorang Rm5. Jarak stesyen PB ke PB ada la dalam 1km lebih.

Sampai sahaja di PB, masa untuk shoping hanya 2jam. Ktm ke TG pukul 12.40tgh. Next 2.40ptg. So kena ambil yang 12.40tgh.

Hasil tangkapan hari ni adalah beg deuter Rm55.hehe..dan jersi bola untuk arif,wahab dan syafiq. Nak cari boot bola takde size. Bagi saya ada barang yg murah dan mahal jika dibandingkan di KL. Tapi memang la di PB ni mana ada yg ori. Untuk bergaya boleh la.

Habis shoping,kami call pak din teksi ambil kami. Sampai di ktm PB pukul 12.20tgh. Balik kali ni dapat tempat duduk. Apa lagi..tidur la..

Sampai di kepala batas puku 2.30ptg. Pukul 3ptg saya ke kenduri kahwin sahabat saya, Azril di Sg dua..

Isnin ni nak balik akan menempuh jem yang panjang..wallahualam

February 4, 2015

Tukar khidmat

Alhamdulillah,akhirnya saya dapat balik ke semenanjung setelah 2 tahun berkhidmat di Sabah.

Saya dipindahkan ke HQ, Delima Oil Products. Hari ini lapor diri. Maka bermulalah kehidupan baru hari ini.

Bangun pagi,isteri sediakan sarapan.
Pergi kerja,pukul 7pg dah keluar rumah. Sampai office pukul 9pg..balik pukul 6ptg.

Moga perjalanan hidup diberkati Allah

July 29, 2014

Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum semua.

Cuti raya dapat seminggu,25hb julai-5hb ogos. 26-31 akan berada di kepala batas, pulau pinang. Kemudian akan berada di yong peng sehingga 4hb.

Perjalanan yang sangat jauh..
25hb; flight ke KL. Jam 2pg sampai shah alam
26hb; flight ke penang. Jam 4ptg sampai kepala batas.
31hb; flight ke KL dan drive ke yong peng pula.3jam..
4hb; balik shah alam
5hb; balik sabah

Raya kali ni tema kami warna diraja. Kuning!! Memang menyerlah sangat. Tema ni zaujah yang pilih. I follow...

Dah kerja ni kita pula kena bagi duit raya..moga lebih berkat lagi rezekiku. Amin..

Selamat hari raya semua.
Taqabballah minna waminkum
Kul am wa antum bi khair
Maaf zahir batin.

July 12, 2014

Ramadhan 1435H

Tahun ini adalah tahun kedua saya berpuasa di lahad datu sabah. Tidak ditemani isteri.. moga tahun ini yang terakhir berpuasa di sini.

Saya akan pulang ke shah alam..

February 9, 2013

Jurutera felda

18hb feb 2013 saya akan berlepas ke felda sahabat,lahad datu,sabah. Keberadaan saya disana sebagai jurutera felda vegetable palm oil products sdn bhd.

Gambar di bawah adalah sebahagian aktiviti lawatan saya di FVPOP di kuantan, pahang.

Doakan kejayaan saya di sana...

Syukran.

Rawatan Islam Perdana

Assalamualaikum
Pada 3hb feb 2013,ahad, Darul Mualij telah menganjurkan rawatan islam perdana di masjis al amin seksyen 17,shah alam.

Seramai 14 perawat telah hadir dan bersedia untuk bertempur.
Pesakit yang hadir pada hari kejadian seramai 53org. Pelbagai jenis penyakit ditemui.Sememangnya masih ada lagi amalan khurafat yang diamalkan masyrakat kita hari ini.

December 25, 2012

Hukum Menyambut/Mengucap Krismas

Muqadimah


Tanggal 25 Disember  merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kita sebagai seorang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T.
Hukum Sambutan Hari Krismas untuk orang Islam

Jelas, perayaan ini disambut bersempena dua perkara ;
Pertama : Jesus sebagai anak Allah
Kedua : pengorbanan Jesus yang disalib demi menebus dosa manusia.

Persoalan : Adakah perayaan ini boleh disambut oleh orang Islam dan bagaimana jika kita hanya mengucapkan tahniah/memberikan ucapan kepada masyarakat Kristian?

Jawapan : Hukum sambutan krimas ini boleh dibahagikan kepada dua :

1) Hukum Menyambut Perayaan Krismas Bersama Orang Kafir :

    Ulamak bersepakat dalam PENGHARAMAN meraikannya atau turut serta dalam apa-apa sahaja bentuk sambutan yang berkaitan dengan perayaan orang kafir termasuk perayaan Krismas. Seperti yang telah diterangkan di atas, umat islam hanya mempunyai dua perayaan yang besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha.

    Imam ibnu Qayyim menerangkan didalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” tentang hukum sambutan perayaan orang kafir : (TIDAK HARUS bagi orang mukmin itu menghadiri perayaan orang kafir dengan persetujuan semua para ulama. Perkara ini telah dijelaskan oleh para fuqaha’ mazhab empat dalam kitab mereka, berdasarkan hadis riwayat Imam Baihaqi daripada Umar bin Al-Khattab berkata “Janganlah kamu masuk bersama orang kafir ke dalam gereja mereka pada hari perayaan mereka, maka sesungguhnya kemurkaan diturunkan kepada mereka”).

    Imam an-Nawawi juga menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu’ akan tegahan daripada bersama-sama dengan orang kafir di dalam majlis mereka kerana perbuatan tersebut memuliakan mereka dan dikira menyamakan kemuliaan orang mukmin dengan orang kafir, maka perkara tersebut adalah tidak harus.
    
Antara pendapat ulama dalam mengharamkan sambutan perayaan orang kafir adalah berdasarkan beberapa dalil antaranya :

>Sambutan tersebut menyerupai orang kafir

Pengharaman ini berdasarkan hadith baginda S.A.W. yang berbunyi :
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu An Nadhr berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdurrahman bin Tsabit berkata, telah menceritakan kepada kami Hassan bin Athiyah dari Abu Munib Al Jurasyi dari Ibnu Umar ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa bertasyabuh dengan suatu kaum, maka ia bagian dari mereka." “Barangsiapa yang menyerupai (meniru) suatu kaum (yang bukan Islam), maka dia tergolong dalam golongan mereka” (Hadith ke-3512 riwayat Imam Abu Daud)

>Penyertaan atau menyambut perayaan tersebut merupakan satu daripada tanda kita menyukai dan cinta kepada mereka

Allah S.W.T. berfirman :
Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim. (Surah Al-Maidah ayat 51)

>Perayaan merupakan hal keagamaan dan aqidah kaum tertentu

seperti dalam hadith Nabi S.A.W. :
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami 'Ubaid bin Isma'il berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam dari Bapaknya dari 'Aisyah berkata, "Abu Bakar masuk menemui aku saat itu di sisiku ada dua orang budak tetangga Kaum Anshar yang sedang bersenandung, yang mengingatkan kepada peristiwa pembantaian kaum Anshar pada perang Bu'ats." 'Aisyah menlanjutkan kisahnya, "Kedua sahaya tersebut tidaklah begitu pandai dalam bersenandung. Maka Abu Bakar pun berkata, "Seruling-seruling setan (kalian perdengarkan) di kediaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam!" Peristiwa itu terjadi pada Hari Raya 'Ied. Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum memiliki hari raya, dan sekarang ini adalah hari raya kita." (Hadith ke-899 riwayat Imam Bukhari)

    Perayaan krismas menunjukkan akan aqidah mereka yang salah serta mensyirikkan  Allah, maka tidak harus kita menyertainya.


2) Hukum Mengucapkan Tahniah/Memberikan Ucapan Perayaan Kepada Mereka :

    Berhubung permasalahan mengucapkan tahniah kepada orang kafir pada perayaan mereka, terdapat perselisihan pendapat ulama. Ada yang membenarkan dan ada pula yang mengharamkan tindakan ini.

    Imam Ibnu Qayyim mengharamkan ucapan tahniah ini dengan katanya dalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” pada Bab Ucapan Tahniah Kepada Ahli Zimmi : (dan adapun ucapan tahniah terhadap  syiar yang telah dikhusukan kepada orang kafir adalah haram secara sepakat, seperti ucapan tahniah terhadap perayaan dan puasa mereka, dengan ucapan : Eid Mubarak ‘Alaika / tahniah atas perayaan ini, atau sebagainya).

    Tetapi menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, beliau mengharuskan tindakan ini selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan. Pendapat ini bersandarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

Maksudnya : dan apabila kamu diberikan penghormatan Dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu Dengan Yang lebih baik daripadanya, atau balaslah Dia (dengan cara Yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisaa’ ayat 86)

Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Surah Al-Mumtahanah ayat 8)
   
  Namun, perlu diingat bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka. Sikap ini dari satu sudut menunjukkan Islam merupakan agama yang mengamalkan sikap toleransi dengan penganut agama yang lain dengan menjaga batasan syara’ yang telah ditetapkan.

Kesimpulan : Agama Islam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain. Namun, dalam masalah yang berkaitan dengan soal akidah, perkara ini adalah lebih utama. Berdasarkan kepada perbahasan yang telah diletakkan, kita dapat melihat penyelesaian kepada permasalahan adalah seperti berikut :

1. Haram menyambut perayaan orang kafir disebabkan kesalahan aqidah yang dianuti oleh mereka. Secara umumnya, perkara ini disamakan seolah-olah kita turut sama menyokong pendirian dan pegangan mereka.

2. Dibolehkan memberikan ucapan atau tahniah pada hari kebesaran mereka dengan syarat bukan disebabkan kita berasa redha dengan perayaan ini tetapi  ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti.

    Apa yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan.

Rujukan :
1. Al-Quran Al-Karim.
2. Sahih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Sahih Muslim, karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
4. Sunan Abi Daud, karangan Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani.
6. Al-Majmu’, karangan Imam An-Nawawi.
7. Ahkam Ahli Zimmah, karangan Imam Ibnu Qayyim.
8. Al-Bidayah Wa An-Nihayah, karangan Imam Ibnu Kathir.
9. Tasamuh Fi Hadarah Islamiyah, karangan Dr Ikrimah Sobri.









December 21, 2012

Berhijrah ke Johor

Sudah lama rasanya saya tidak blogging. Banyak yang ingin dikongsikan tapi barangkali kekangan masa yang tidak mengizinkan. Mungkin lepas ini akan mencatit juga walaupun ringkas.

Sekarang saya bekerja bersama Kejuruteraan Astra Sdn Bhd. Bukan Astro. Company terletak di Shah Alam tetapi Projek banyak di Johor. Oh ya, syarikat ini merupakan konsultan dalam bidang aircond dan fire protection. Saya sebagai Project Engineer dalam bidang fire protection. Jujurnya memang tiada langsung pengalaman dalam bidang fire protection. Cuma setahu saya, saya suka main api masa kecil dulu.hehe..


Saya perlu belajar dengan cepat dalam bidang ni. Terlibat secara langsung dalam construction. Bersama dengan konsultan dan juga main contractor yang lebih berpengalaman menjadikan saya mangsa buli mereka. Itu lumrah dalam pekerjaan. Saya terima sebagai pengalaman dan ilmu.


Sekarang ini tugas saya menguruskan projek di Imperia, Puteri Harbour di Nusajaya. Apartment 8 tingkat yang akan dibina. Saya akan menetap di Nusajaya dan akan berbakti di sana..Pasti akan rindu Shah Alam.

Doakan kejayaan saya dunia akhirat

Taujihad