Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

September 18, 2009

BALIK JUGA AKHIRNYA..


Hari ni Jumaat..bestnya dapat balik kampung.Tapi aku sorang je yang balik lambat. Kawan-kawan serumah dah balik. Waktu bertolak di dalam tiket pukul 3ptg. Aku mesej kakakku.."Dah bertolak ke?"cadangnya dia nak hantar aku ke seksyen17. Maklumlah nak suruh aku bawa kuih muih yang dibuatnya.Dia reply,"belum lagi.sabor le.."mesejnya membuatkan aku risau ketinggalan bas. Jam menunjukkan pukul 2.30ptg..

"Abg ben dah sampai tu."kata kakakku di dalam telefon. Aku segera keluar. Melakukan tugas terakhir mengunci pintu rumah. Terasa sedih masa nak balik. Tak tahu kenapa. Bila keluar tengok kereta abg ben xde."aik,mana abg ben ni."kataku dalam kepelikkan. Aku lihat di rumah sebelah ada kereta proton saga mirip kereta abg ben."Abg ben ke tu?"tanya hatiku. Nak tegur malu takut salah orang. Maklumlah sebelum ni dah banyak kali tersilap orang. Tiba-tiba kereta tadi berhenti di depan rumah aku."Memang sah!abg ben salah rumah.hehe."aku ketawa kecil.

Oh tidak..jam menunjukkan pukul 2.45ptg..Abg ben memulakan pecutan. Tepat pukul 3ptg aku tiba di seksyen 17. Terus menuju ke kaunter tiket Eagle Ekspress untuk mendapatkan nombor bas.WHV 6040. Maka bermula episod menunggu bas..

Abg ben balik rumah dulu sebab nak amik kakakku. Tak tahu berapa abg ben pecut kereta.."bas dah sampai lum?"mesej dari kakakku."belum lagi"replyku ringkas. Aku pun menyandarkan diri di pondok telefon untuk mengelak dari sinaran matahari..Selang 10minit kelihatan akakku dan abg ben datang bersama beg yang perlu aku bawa ke kampung. Aku memang dah sediakan ruang lebih dalam beg. Mana tahu boleh sumbat..Jimat sikit nak bawak.

Last2 bawak 3beg juga.Beg baju,beg laptop,dan beg kuih raya.Takpelah..naik bas pun.bukan jalan kaki."ish..mana bas ni?"resahku sambil melihat jam di tangan yang menunjukkan jam 3.20ptg.

"Perhatian kkepada penumpang ke Johor Bahru yang menaiki bas eagle ekspress,bas di jangka lewat tiba.harap maklum."pengumuman yang kurang menyenangkan telinga aku. Berapa lama ntah nak tunggu.Mungkin jem kot..

Jam 3.45ptg,"ok..johor bahru!johor bahru."pekikan penjual tiket membuatkan aku teruja. Aku pun ikut penjual tiket tu."aik..naik bas tambahan.takpe la..janji balik."kataku. Aku pun memasukkan beg baju di tempat letak beg(bawah bas).Hanya beg laptop dan beg kuih aku bawa naik dalm bas.Aku melabuhkan punggung.."ermm..sedapnya"melepaskan penat setelah berdiri terlalu lama tapi rasa kurang selesa sebab tempat duduknya keras.Duduk disebelahku non muslim.lelaki..

Bas pun bertolak pada jam 4ptg.."mesti jem nanti.pukul berapa la agaknya sampai.hope sebelum buka pose."kata hatiku. Setelah difikirkan akan lama di dalam bas maka....bermula la episod pelayaran.hehe.TIDOR la...

Sedar-sedar je nak sampai yong peng.YAhoo...hehe..Tapi,"bas ni sampai lucky garden ke?"tanyaku.mungkin rasanya..Lucky garden merupakan tempat bas berhenti rehat.Tapi kadang-kala bas terus je.Sampai je di tol,rupanya dia tak masuk lucky garden. Bila driverbuat je u-turn aku pun gelabah la..cepat-cepat bangun."bang!berhenti bang!"jerit aku. Nasib baik driver tu dengar n serta aku tergolek dalam bas sebab abg driver tu berhenti mengejut.

Maka..aku pun turun la dari bas setelah 3jam berada di dalam bas.Aku pun menunggu abg ku,arif.Jam menunjukkan pukul 7.10ptg. Dah buka...

Akhirnya..aku pun tiba di rumah yang aku cintai.Yeahhh...

SELAMAT BERHARI RAYA SEMUA
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

September 16, 2009

BUKAN RAYA JE..TAPI KENA TAHU JUGA..

Lagi empat hari nak raya..tak sabar rasanya nak balik. Walaupun cuti seminggu je tapi berbaloi juga rasanya..nak raya sakan pun xboleh sebab puasa xcukup. Keuzuran ea..bukan sengaja.hehe..


Oklah..mungkin kita boleh berkongsi sedikit tentang hari raya.Bukan nak kongsi resepi kuih raya ataupun tips untuk mendapat duit raya.. Tapi nak kongsi..


Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa beribadah pada malam hari raya kerana mengharapkan redha Allah tidak akan mati hatinya pada hari di mana hati-hati semua mati.”


Perlu juga kita ketahui bahawa Iblis amat sedih apa bila tiba hari raya. Mereka berkumpul lalu berkata, “Wahai pemimpin kami, mengapa engkau marah?”Pemimpinnya berkata,”sesungguhnya Allah telah mengampuni umat Muhammad pada hari ini. Kamu semua mesti bekerja keras dengan menyibukkan mereka dengan kelazatan dan syahwat!”


AWAS semua!!Memang dasar IBLIS..MENYESATKAN manusia!


Awasi diri kita dari melakukan perkara yang mendapat kemurkaan Allah SWT pada hari raya kerana Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa membaca Subhana Allah wa bihamdihi pada hari raya,tiga ratus kali serta menghadiahkannya kepada kaum muslimin yang telah mati maka dalam setiap kubur akan memancar seribu nur dan ketika dia mati, Allah akan menjadikan untuknya seribu nur.”


Subhanallah..marilah kita sama-sama usaha kearah itu.



Ala..tahun ni aku pakai baju raya tahun lepas. Pakai selipar je..takde kasut raya.LA TAHZAN!! Jangan sedih..


Saidina Umar melihat anaknya pada hari raya mengenakan kasut. Beliau menangis .”Mengapa engkau menangis wahai ayahku?”Tanya anaknya. Umar menjawab,”Aku bimbang hatimu sedih di hari raya jika nanti anak-anak melihatmu mengenakan kasut baru.”Kemudian anaknya berkata,”Yang seharusnya sedih itu hanyalah orang yang tiada mendapatkan redha Allah atau menderhakai ibu bapa. Dan sesungguhnya aku berharap agar Allah SWT memberikan redhaNya kepadaku sebab redhamu.” Umar bertambah menangis lalu memeluknya dan mendoakannya.


Nah..cerita yang menarik bukan?Redha Allah itu yang utama..



Sambutlah Hari Raya dalam kesedrhanaan tetapi penuh tanda syukur kita ke atas nikmat pemberian Allah SWT.


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

September 14, 2009

NAK RAYA dah..

"Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan..."

"cukup..cukup. tukar lagu tu."kataku sadis.
"ala..rileks la bro.sesekali layan lagu ni."kasim cuba menenangkan.
"aku bukan apa..kepala ni pikir nak balik kampung je."kataku

Lagu raya mula kedengaran dicorong-corong radio..lagu yang mendayu..bisa mengalirkan air mata. teringat kampung halaman..bauan kuih muih..rendang ketupat..pehhh..sedapnya.

Tapi..
rasa sedih nak tinggalkan Ramadhan.Tahun depan belum tentu aku dapat bertemu lagi.Ramadhan kali ni bagi ku ada yang kurang. Seminggu dah xberpuasa gara-gara denggi..apatah lagi bila nak menjelang raya..ahhh..cabaran makin kuat.

Ramadhan..ya ramadhan..pemergianmu ditangisi.sementara masa masih ada..ayuh kita perhebatkan 10 malam terakhir..

September 10, 2009

muhasabah diri

Hari ni puasa yang ke 20.malam ke 21.dah masuk fasa yang ke-3 mencari malam lailatulqadar. Budak umah saya dua orang masuk wad sebab denggi. Jiran sebelah rumah pun denggi. yang kelakarnya doktor belakang rumah pun kene denggi jugak.hehe...

Bila direnungkan..nyamuk yang kecil mampu menumbangkan manusia yang secara zahirnya gagah berganda daripada seekor nyamuk.

xsabar rasanya nak balik kampung. walaupun tahu rayanya xsemua dapat berkumpul. ini juga fitrah kehidupan. kita juga pasti akan berseorangan akhirnya. maka bila mana kita masih bersama eratkanlah ukhwah serapi mungkin..elakkan dendam dan perselisihan faham.
apa yang aku bebel ni...

esok ada test elektrik.dah dua paper test xboleh jawab.maklumlah cuti seminggu.otak pun jadi lambat nak pickup.final bulan 10..risau yang amat sangat semester ni. cuti raya ni memang bawak balik buku tapi xpasti study ke tak..yang penting bawakk.

bulan puasa ni memang bulan ujian. sebab tu bulan rejab dan syaaban adalah bulan latihan..latihan xrapi maknanya ramadhan pun xseberapa la...mengeluh,mengumpat pun still go on lagi..astaga...

fasa ke-3 ni memang xde maaf bagiku.waktu untuk kita pulun ok..qiamullail buat!! huh..siang banyak tidur dah..belajar sikit..

Moga ada masa untuk kuberubah....
'islah diri'

September 7, 2009

KEMBALI NORMAL

Alhamdulillah..

Setelah seminggu 'berkampung' di hospital akhirnya saya keluar juga! DENGGI punya pasal la..

Ketika mencatat post ni saya sudah pun berada di shah alam. Lokasi bermulannya denggi..sampai je rumah,ada 4 orang mangsa terbaring longlai. Mereka juga mangsa denggi..

OH tidak!!!! jangan aku diserang lagi. Dimaklumkan lagi 5orang pulang ke kampung sebab denggi jugak. sorang masuk wad..rupanya lepas je saya balik kampung, semua budak rumah saya kena.huhu..

sebenarnya saya nak ceritakan pengalaman harian saya semasa di wad selama seminggu..saya ada buat catatan semasa di wad..boleh buat novel. Macam-macam pengalaman ada..lagi la bila duduk dalam wad sorang-sorang. nanti ada masa saya postkan la ok.

sekarang ni tengah sibuk siapkan asignment dan prepare untuk test! rasa malas yang amatttt..nak xnak kena lawan jugak.

Oklah..doakan saya dan kawan-kawan saya sihat ea semua. Post kali ni melalut sikit sebab memang nak melalut la..haha.

ok.wallahualam.

Taujihad