Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

July 31, 2009

SETELAH 10 TAHUN,akhirnya..

Kali terakhir adalah ketika saya berumur 12tahun. Itupun mengikuti rombongan sekolah. Masa berjalan semua dongak kepala..perghhhh..tingginya..besarnya..macamana diorang buatkan?

Semalam..saya ke Kuala Lumpur.Saja berjalan-jalan. Menemankan kawan yang ingin balik ke Perak. Saya dan dia bertolak dari PJ(Padang Jawa) menaiki KTM menuju ke Kuala Lumpur. Harga tiket RM3.80(kalau xsilap). Saya jarang naik KTM. Maklumlah di Johor mana ada. Bila belajar di Shah Alam barulah dapat merasai. Kali terakhir saya naik KTM pun masa umur 12tahun. Pergi ke rumah saudara saya di Segambut..

Semasa perjalanan menuju ke Kuala Lumpur keadaan di dalam tren agak lengang. Mungkin faktor ramai yang sudah masuk kerja. Masa tu pukul 9.30am. Di dalam tren saya duduk di tepi tingkap..Memerhatikan keadaan sekeliling...masa ni kepala dah mengelamun sorang-sorang..berangan..hehe

Sampai di Stesen Kuala lumpur sekitar jam 10.15am. Kami ke Puduraya dahulu untuk mencari tiket kawan saya. Saya tanya dia mana pudunye?rupanya saya kena berjalan dulu dalam 20minit nak sampai ke sana.Itupun kalau jalan 120km sejam. Masa ni dah mandi peluh. takpe...jalan-jalan punya pasal. Akhirnya sampai juga di Pudu. Kawan saya beli tiket jam 4.30pm. Layan la..
"Tapi nanti kalau ko balik Perak,aku balik PJ sorang la?"tanya saya sambil tertanya-tanya.
"Ye la..xkan nak hantar ko pulak".kata kawan saya simple je.
"Wa.....macamana?aku xingat dah."saya buat muke sedih.
"Ko masuk yahoo..pergi kat search.taip Padang jawa."kata kawan saya lagi simple.
"Maknanya ko mengalu-alukan untuk aku memukul ko.ko penah dengar kat berita orang mati makan kasut?"kata saya la..

Kami suka bergurau..kalau nak kutuk pun xde masalah sebab sama-sama kaki lawak. Sebenarnya xde masalah bagi saya untuk balik semula ke padang jawa sebab saya dah biasa jadi Long Renjer. Merayap sorang-sorang ni memang kerja saya. Lebih baik dari bawak awek. Banyak nak kena pikir.haha...

Lepas beli tiket kami pun ke KLCC. Yahoo!!! saya suka sangat. Maklumlah..kali terakhir pergi umur 12tahun. Kawan saya bawak naik tren. adui..pening jugak nak ke KLCC dari Pudu. tak ingat dah tren mana tapi yang pasti dua kali tukar tren. Sampai je di KLCC nak nangis pun ada. Gembira pun ada..

Masa ni nak zohor. Kami pergi sembahyang di Masjid Assyakirin. Masjid ni tengah renovate tapi masih boleh digunakan..Subhanallah..rasa seronok hari tu.

Selepas solat,kami menuju semula ke KLCC. Kami duduk di taman depan tasik tu. Memerhatikan pemandangan yang cantik. Melihat menara KLCC yang tersergam indah..
"Macamana diorang buat KLCC ni kan?"tanya kawan saya.
"Aku pernah tengok kat discovery. Tapi bukan orang Malaysia yang buat."kata saya.
"Macamana dalam kepala otak dia boleh buat bangunan macamni. Kagum aku."kata kawan saya sambil mengurut dagu.
"Tau takpe. Tapi sehebat-hebat manusia, hebat lagi Allah yang menjadikan manusia."saya cakap pulak.
"Itu memang xdapat dinafikan lagi..inilah bukti kebesaran Allah yang jarang sekali kita perhatikan."katanya lagi.
"perghh..macam ustaz da."kata saya sambil menoleh ke arahnya.
Kawan saya ni lagi brutal dari saya. Tp kadang-kadang cakap dia boleh buatkan kita berfikir.


Sementara menunggu pukul 4.30pm. Kami pergi makan di Pizza. Kawan kepada kawan saya belanja. Kawannya praktikal di Petronas. Budak account. Orang belanja makan je la..banyak juga saya makan.hehe..Lepas makan kami ke tempat pentadbiran petronas. Tempat kawan kepada kawan saya bekerja..Best jugak pergi walaupun hanya di pintu masuk sahaja. Fisrt time rasanya..

Xsangka dah pukul 4.00pm. Kami pun menuju semula ke Pudu. Akhirnya kawan saya pun selamat menaiki bas Kesatuan menuju ke Perak.

"eloklah balik..kurang sikit kesesakan jalanraya.haha.."kata saya.
"kuang aja' la tu.."katanya sambil menaiki bas.

Kawan dah balik..Saya nak ke mana lepas ni?? apa lagi balik la....saya pun berjalan menuju ke stesen Kuala Lumpur. Kali ni saya tambah speed 130km sejam sebab dah minum air red bull.haha..jadi makan masa dalam 10minit. Tapi berpeluh tak payah cerita la..
stesen Kuala Lumpur

Sampai je tren saya cari tempat duduk. Bila dah duduk je..zzzzzz...tido terus.hehe. Tau-tau dah nak sampai. Nasib baik tak terlepas..pendekkan cerita,sampai je kat rumah kaki saya macam nak tercabut. Penat yang amat sangat...solat asr dulu lepas tu sapu minyak sampai tetido.hehe..sedar je dah maghrib.itu pun kawan kejut..bangun je terus bersiap nak ke surau. Ada Ceramah Israk Mikraj..Layannn...best jugak.

Oklah..cerita tentang ceramah mungkin lain kali kot. Ada benda juga nak kongsi. Cuma posting saya kali ni nak bercerita tentang perasaan saya ke Kuala Lumpur..Terima kasih kepada kawanku yang membawaku berjalan-jalan. Namanya tidak dapat dinyatakan atas kehendak dirinya sendiri.
Kalau rasa tak best dengan cerita saya. Xpe..no problem. Blog saya..biarlah.hehe..ok.
Wallahhualam.

July 30, 2009

TSUNAMI VERSI H1N1

Semakin hari berita mengenai H1N1 semakin membimbangkan...sehingga menyebabkan hampir kesemua IPTA,sekolah-sekolah dan institut pendidikan ditutup..dan telah mencatatkan satu kes kematian di Malaysia dan 1125 di seluruh dunia..

Kehadiran penyakit ini yang bermulanya di Mexico telah menggempar dunia dengan 'aktif'nya merebak dengan cepat..terlalu cepat.

Penyakit ini mengingatkan saya kepada peristiwa tsunami yang lalu dimana telah mengorbankan beribu nyawa manusia. Namun, dengan kuasa Allah kali ini ujianNya bagi saya begitu halus dan berseni..hanya melalui udara mudah untuk dijangkiti berbanding tsunami yang menyebabkan bah besar...

Setiap penyakit ada penawarnya..namun dalam kesibukan kita mencari penawar,kita terlupa kemungkaran dimuka bumi ini semakin berleluasa. Sehingga datang kemurkaan di sisi Allah dan menurunkan ujianNya kepada kita semua. Di mana silapnya?kita menyalahkan babi..kesian babi tu xtau apa-apa.hehe...namun,kita juga pelu melihat dari konteks pengajaran dari Allah SWT.

Moga kita dapat mengambil pengiktibaran dari apa yang berlaku..dan Allah menjauhkan kita dari bala bencana.

Renung-renungkan
Selamat beramal..

sumber:Kementerian Kesihatan

July 26, 2009

THINK...TO BE A SMART

"Ingat mati nuar...kamu akan takut untuk melakukan kejahatan"kata ustaz kepadaku pabila saya bertanya bagaimana untuk mengelak dari melakukan kejahatan.

Bagaimana yang dikatakan orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati? Apa perasaan kita bila mendengar berita mengenai kematian?

Persoalan ini perlu hadir dalam diri kita sebagai persediaan menghadapi sakaratul maut. Mati dalam keadaan khusnul khatimah atau suul khatimah. Maka dua perkara ini membuatkan kita sentiasa berhati-hati dalam setiap gerak geri yang kita lakukan. Kerana Allah telah menentukan usia seseorang dan bisa mematikan dalam sekelip mata.

" Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi."(Yasin:81)
Kuasa Allah bisa mematikan saya ketika sedang menaip posting ini.
Kuasa Allah bisa mematikan mat rempit yang sedang berlumba di jalanan.
Kuasa Allah bisa mematikan penyanyi yang sedang mengalunkan lagunya.
Kuasa Allah bisa mematikan pelajar yang sedang menuntut ilmu.
Kuasa Allah bisa mematikan dai' yang sedang berdakwah menyeru kepada Allah.
Kuasa Allah bisa mematikan siapa saja....
Hanya perlu memilih,kita ingin mati yang macamana?

" Setiap jiwa akan merasakan kematian" (ali Imran 185)

Lantas,apa yang perlu dilakukan?hanya berdiam diri di dalam rumah?mati itu pasti. Maka ini yang perlu ditekan sebagaimana yang saya nyatakan pada awal tadi..Bagaimana yang dikatakan orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati..

Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa berhati-hati dalam percakapan dan perbuatannya. Sentiasa bimbang di dalam hatinya bila melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Bijak menyusun masanya dari melakukan perkara yang sia-sia. Bijak dalam melaksanakan ibadahnya kepada Allah.Bijak dalam menolak perkara yang bercanggah dalam Islam..Bijak dalam mencari jalan menuju keredhaan Allah SWT.

Bila dimaklumkan saja kematian seseorang,kita semua membacakan Al Fatihah. Lepas tu...konsert tetap konsert..seksi tetap seksi..jerit tetap jerit...(saya memerhatikan 'suasana' begini dalam satu rancangan televisyen). So..dimana bijaknya?dimana insafnya?Adakah bila kita menyanyi kita mengingati Allah?dalam keadaan terkinja-kinja..


Kita hanya meletakkan Allah bila solat,dan bila berbicara tentang agama saja. Bila nak solat kita(p) memakai telekung,tapi bila lepas solat tudung ditanggalkan..Golongan inilah yang dikatakan golongan JUMUD. Meletakkan Islam hanya pada tempat tertentu. Sedangkan Islam itu sempurna dan menyeluruh. Kita sering mengatakan mereka yang bertudung labuh itu jumud sedangkan 4jari yang menuding itu kembali kepadanya. Golongan inilah yang menggambarkan kepada kita sukar menjadi seorang muslim/ah.

Maka..terserah kepada kita dalam menentukan keadaan penghujung usia kita. Risau diri ini,,belum lagi mengubah langkah tapi Allah terlebih dahulu mengambil nyawa. Moga kita semua mati dalam keadaan khusnul khatimah.

"Dan sesungguhnya hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga sesungguhnya dialah yang benar benar beruntung. Sesungguhnya kehidupan didunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
(Ali Imran 185)

Tengoklah gambar ni untuk pegajaran..
Selamat beramal
Renung-renungkan..


July 25, 2009

CUTI !!!


Betul ke ni cuti?macam xpercaya je..seminggu pulak tu. Ermm..betul la..bukan sebab UITM Shah Alam ada kes H1N1 tapi sebab nak selaraskan cuti dengan semua kampus Shah Alam. Kampus Sri Iskandar dan Melaka dah ditutup sebelum ni sebab ada kes. So, kampus Shah Alam pun follow untuk selaraskan cuti. So..TNC dah bagi surat pekeliling dan maklumkan ini cuti adalah cuti semester. Huhuhu...layannnnn...

So,sekejap lagi nak balik.Tunggu abgku, arif..Naik kete dengan dia. Balik ni nak cium tangan mak..nak peluk mak seerat-eratnya..SayAnG MAkk...

SABAR DAN SAKIT


Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa sakit semalam,dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit,janganlah segera meminta sembuh."

"Barangsiapa ditimpa bencana,lalu dia mohon perlindungan daripadaKU, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,pasti Ku tutup pintu langit baginya."

Ada seorang lelaki fasik daripada Bani Israel. Orang kampung tidak boleh menerimanya. Lalu Alah memberitahu kepada nabi Musa as bahawa di antara bani israel itu ada seorang pemuda yang fasik. Kemudian nabi Musa mengusir pemuda itu dari kampungnya. Kemudian, pemuda itu pergi ke suatu kampung dan Allah SWT memerintahkan lagi kepada Nabi Musa as untuk mengusirnya. Sehingga pemuda itu pergi ke suatu tempat yang tidak mempunyai manusia,tanaman,binatang liar dan burung. Distulah dia sakit dan tiada yang menolong. Dia jatuh ke tanah dan meletakkan kepalanya sambil berkata,"Kalaulah kepalaku dipangku ibuku,tentulah dia mengasihiku. Kalaulah ayahku ada disini pasti dia akan menolong dan merawatku. Kalaulah isteriku ada disini tentu dia akan menangisi kematianku. Jika anak-anakku ada, tentulah mereka tersedu-sedu mengiringkan jenazahku lalu mereka akan berdoa, "Ya Tuhan,ampunilah ayahku ini. Yang lemah,fasik,derhaka yang terusir dari kampungnya ke padang yang gersang. Yang keluar dari dunia dan ke Akhirat tanpa harapan suatu apapun. Ya Allah Engkau telah memisahkan aku dari orang tuaku,anak-anakku dan isteriku. Namun janganlah Engkau pisahkan aku dengan RahmatMu.

Sesungguhnya Engkau telah membakar hatiku sebab berpisah dengan mereka. Namun, jangnlah Engkau bakar hati ini dengan NerakaMu kerana kemaksiatanku." Kemudian Allah mengutuskan bidadari menjelma menyerupai ibunya dan bidadari lain menjelma menjadi isterinya. Begitu ghiman (anak0anak syurga) menjelma sebagai anak-anaknya. serta mengutus malaikatt menjadi bapanya. Mereka duduk disisinya dan meratapinya. Maka lelagalah hatinya sehingga pulang ke rahmatullah dengan suci terampun dosanya.

Allah memberikan wahyu kepada nabi Musa as,"pergila ke suatu padang di sebuah tempat di sana. Di situ telah mati seorang wali. Maka hadir dan uruslah dia." Ketika Musa as datang,beliau mendapati itulah pemuda yang diusir keluar dari kampungnya. Lalu baginda berkata,"Ya Tuhanku,bukankah ini pemuda yang aku usir dari kampungnya?" Allah berkata,"Wahai Musa,sesungguhnya aku telah merahmati dan mengampuninya. Sebab dia meratap ditempatnya. Dia tinggalkan kampung,kedua orang tuanya,isterinya, bahkan anak-anaknya. Sesungguhnya jika orang meninggal di tempat jauh, maka ahli bumi dan ahli langit akan menangis mengasihinya. Lalu bagaimana aku tidak mengasihinya sedangkan Aku Maha Pengasih?"

Wallahualam.
Renung-renungkan..
Selamat beramal..



July 21, 2009

MAAF PUAN..

"Maaf puan saya lambat. 'Alarm' tak berbunyi.."kata seorang pelajar yang lewat 90minit.
Pelajar di dalam kelas terkejut dengan kehadiran pelajar tersebut yang terus melulu masuk ke dalam kelas seperti dikejar hantu.

Peristiwa ini berlaku semasa saya menghadiri kelas Hubungan Etnik tadi. Kelas bermula jam 8.30am. Tetapi pelajar yang lewat itu hadir jam 10.00am...Lambat yang amat sangat..

Tertanya dalam hati saya,kalau alarm tak bunyi,azan subuh tak dengar ke?confirm subuh hai-hai bye-bye...Lantas Pn Zaleha terus bertanya.."Subuh pun terlepas la ye?".Pelajar terbabit tidak menjawab tapi hanya memberikan senyum kambingnya saja..

Inilah yang membimbangkan hari ini..dalam kita menuntut ilmu pada masa kita mengundang kemurkaan Allah..di mana keberkatannya?

Dalam belajar kita sering sibuk menekankan...
"bila nak stady ni..."
"ishh...kau je la pergi kuliah.aku nak stadi"
mak kita pun sering tanya,"stady macamane?"

Tapi kita sering lupa menekankan..
"ish..mana la masa aku dengan Allah.asik stady je.."
"macamane ibadah kau..solat x?"

Barangkali ada yang tidak menyokong kenyataan saya. Tetapi dalam kehidupan kita punyai hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia..Apa-apa saja yang kita lakukan kerana Allah adalah ibadah. Apatah lagi dalam menuntut ilmu,sekiranya kita mati dalam menuntut ilmu,mati kita adalah mati syahid. Tapi kalau xsolat mati syahid x?

Inilah silap kita bila beranggapan kejayaan adalah milik manusia semata-mata tanpa urusan Allah SWT. Hanya perlu belajar bersungguh-sungguh tanpa memikirkan soal ibadah dan pengharapan kepada Allah. Sedangkan semuanya adalah milik Allah.

Mana satu yang kita inginkan?Keberkatan atau kemurkaan?

Dalam mengejar kejayaan hidup kita sering terlupa kejayaan di akhirat yang memerlukan kerja lebih..Maka kita terlupa ada tanggungjawab yang perlu kita tunaikan. Bukan sahaja tanggungjawab sebagai orang yang menuntut ilmu tetapi sebagai hambanya yang sentiasa mencari keredhaan hidup di muka bumi ini.

Justeru..dalam menjadi seorang pelajar muslim. Seharusnya pengharapan kita kepada Allah mestilah diletakkan di atas sekali. disamping usaha-usaha yang perlu dikerjakan.barulah betul..Usaha,doa dan tawakal...

Renung-renungkan..
Selamat beramal..

July 15, 2009

JANGAN DIULANG KESILAPAN INI

Teringat masa zaman sekolah saya..nakal,mungkin juga boleh dikatakan jahat.huhu. Akibat mengikut nafsu amarah dan kawan-kawan yang xseberapa akhirnya saya dikenakan tatatertib oleh sekolah selama seminggu. Saya ditahan sehingga jam 5petang selama seminggu dan berada dibawah pengawasan pengetua. Bunyi macam kritikal.....hehe

Sebenarnya saya dihukum sebab memukul pelajar tingkatan satu. Jahatnya!! dalam erti kata yang lain hanya melempang. Sebab budak tu curi duit saya!! nasib baik tak potong tangan.huh..Tapi sekolah ada undang-undangnya..silapnya disitu,buat hukuman sendiri. Saya inga lagi nama budak tu,Syafiq. Macam nama adik saya..Kat mana ntah budak tu sekarang.

Kisahnya..seminggu sebelum tu asrama saya diganggu oleh pencuri yang durjana. Habis duit student lain dikebasnya. Nak jadikan cerita,khamis malam buat solat hajat dan bacaan yasin beramai-ramai. Saya yang lead. Sebelum baca saya cakap,"semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang mengambil hak orang lain".Dipertengahan bacaan yasin saya keluar pergi ke tandas,dan terserempak dengan budak syafiq ni. Dia sedang letak barang-barang yang dicuri kat sinki. apa lagi..TERJAH!!!

"kau ke yang curi duit kawan-kawan?duit abg?"tanya saya agak tegas.
Tanpa menjawab,dia hanya menganggukkan kepalanya..

Maka malam tu dipanggil abg-abg senior untuk berkumpul...bermula sesi 'soal siasat'..saya lempang je budak tu.Lepas tu keluar..tapi teruk jugak budak tu kena. Walaupun masih form 1,tp badan dia macam form3..tu yang rasa tak takut nak pukul.hehe.

selepas seminggu peristiwa tu..hari ahad. Balik dari bercuti,setibanya dipintu masuk asrama warden saya,ust azmi dah tercegat kat situ.

"nuar,ada parents nak jumpa awak".kata beliau. Ust azmi adalah ust yang paing saya sayangi dan beliau juga menyayangi saya.hehe.kata-katanya lembut tetapi tegas..kat mana ust skrg?

Semasa berjumpa dengan parents syafiq,saya mengaku terus dengan ayahnya yang saya pukul. Saya dipanggil bersama 3org lagi kawan saya..Afez,moja,kecik..dan ada lagi 5org.xingat..

Esoknya,kami semua di panggil ke bilik pengetua.waaa....takutnya.Tapi tak rasa sangat sebab ramai.hehe..Maka..diputuskan untuk berjumpa dengan mak ayah masing2.TIDAK!!! bagaimana untuk saya khabarkan kepada mereka?apa perasaan mereka?yang ni betul-betul takut!

Bila bagitau je ayah,apa lagi..muka garangnya keluar..dipendekkan hari pertemuan bersama parents,ayah saya datang dalam keadaan yang biasa dan tenang.orang lama...hehe.tapi saya tahu ayah segan sebab ayah saya baik dengan pengetua sekolah,Puan Salbiah..dah pencen pun.

Setelah bermesyuarat,kami dikenakan hukuman yang telah dinyatakan.hurmmm...mengeluh panjang..

saya berkongsi cerita kepada anda semua sebagai renungan kita bersama. Saya tidak mahu perkara ini berlaku kepada adik-adik saya dan anda semua(remaja). Pengalaman yang kita lalui sebenarnya mematangkan kita. Kisah saidina Umar telah mebuka lembaran baru buat saya. Alhamdulillah saya senang dengan keadaan sekarang dan diterima ramai=) Kepada mak dan ayah,seribu kemaafan kerana memalukan mak dan ayah. Sungguh banyak dosa saya pada mereka. Selagi ada masa yang ada,saya cuba jaga hati mereka dan menyanyangi mereka. sedih pulak..
Disebabkan saya telah bersalah maka saya tekad untuk menebus kesalahan itu.akhirnya saya dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Alhamdulillah...
"we can do the mistake but dont repeat the mistake"


July 10, 2009

NORHAZWANI ARIS

Norhazwani dan Abdul Fatah

Banyak sejarah antara aku dan dia.cehh...jiwang plak. Post kali ni nak bagitau yang kawan saya ni nak kahwin 25hb julai ni...waaa....sorang lagi nak kawin. Dapat tahu berita ni bila dia maklumkan dalam friendster. Siap bagi kad jemputan..sungguh xsangka,nak kawen dah ko ye wani. Dulu bercintan cintun...

Saya kawan dengan wani ni sejak darjah 5. So,banyak sangat-sangat pengalaman pahit dan manis dengan dia ni. Saja ingat kembali. Ye la..waktu belajar la paling banyak kenangan tercipta.betul x?

Disebabkan kami terlalu rapat sampai cikgu sekolah rendah saya dulu belanja kami dorang makan. Sebab saya ketua kelas dan wani penolong. Masa tu dah ada gosip..alahai..budak-budak lagi.makan pun mak suap. Sekarang ni semua tu jadi kenangan yang manis..mesti korang semua pun ada pengalaman macamni kan?

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita kke jalan Allah


Sekarang ni dapat tahu dia nak kawen dah..huhu.tahniah untuk dia.xpasti la dapat g ke x..papepun..

Semoga bahagia ke anak cucu..

July 7, 2009

KEM BESTARI SOLAT


PETALING JAYA,5 Julai 09-SM Teknik Kajang telah mengadakan Kem Bestari Solat di SRA Darul Ulum. Seramai 106 peserta mengikuti program ini. Ianya terdiri daripada 71 lelaki dan 35 perempuan.

Persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM telah diamanahkan untuk menjadi fasilitator bagi program ini. Program berlangsung selama 3hari 2malam. Pelbagai aktivit menarik telah diatur. Antaranya,explrace,LDK,Kuliah,ceramah motivasi,muhasabah,qiamullail dan banyak lagi.

Peserta rasa takut pada awalnya kerana urusetia displin terlalu tegas.Saya la..hehe.Tapi lama kelamaan mereka megerti ketegasan itu dan ending program menangis teresak-esak kerana taknak berpisah dengan abang dan kakak fasi.hehe..

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Kepada mereka yang berminat untuk menganjurkan program dan memerlukan khidmat fasi,bolehlah hubungi kami..

Su PMH melaporkan dari Shah Alam...

Taujihad