Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA
Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

April 22, 2012

Berakhir dengan gembira atau berdukacita..

Tiba disurau, ada jasad terbujur kaku menanti untuk disolatkan. Aku solat dua rakaat di sebelah jenazah selepas azan dilaungkan..


Dihadapanku hadir dua pemuda turut solat..Aku perhatikan pergerakan mereka di dalam solat terlalu banyak seperti resah sesuatu. Solat yang aku perhatikan seperti orang yang tidak melazimi solat harian. Hatiku yakin mengatakan ini mesti anak si mati.

Sangkaanku tepat bila mana si anak di panggil untuk mengimamkan jenazah yang merupakan ayah mereka. Tapi ditolaknya lembut memberi laluan kepada Imam Surau mengimami jenazah..

Usai solat jenazah, si anak membuat ucapan dalam keadaan teresak-esak meminta dosa jenazah diampunkan dan segala hutang piutang minta dihalalkan atau dituntut seadanya.

Aku mengiringi jenazah diusung ke van jenazah.

Sangkaanku sekali lagi tepat bilamana melihat 'culture keluarga si mati'...aku beristighfar agar membuang segala sangkaan buruk pada mereka. Namun yang dilihat secara zahirnya begitulah..

Berpakaian hitam dan tudung ala-ala datin sehingga menampakkan warna keemasan dan bahasa inggeris menjadi bahasa pengantaraan.

Aku berpesan kepada diriku dan juga semua..

Apa yang kita harapkan di akhir kehidupan kita?mati kita tetap sama,dikafankan dengan kain putih dan disolatkan. Samada miskin atau kaya, semuanya sama. Samada berpangkat atau tidak...semuanya sama.

Yang membezakan adalah taqwa dan amalan kita semasa hidup.

Bagaimana tangunggjawab kita kepada mereka yang berada di bawah kita?isteri,anak,adik beradik...adakah kita mengingatkan mereka agar bertaqwa kepada Allah?menutup aurat, menjaga solat, menjaga batas pergaulan dan segala perbuatan yang menuju KPI Allah?

Amatlah rugi disaat kematian kita, mereka masih lagi meneruskan kehidupan jahiliah..tidak menutup aurat dan tidak menjaga solat..

Bukankah bila matinya anak adam akan terputus segala amalannya kecuali sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermunafaat.

Bagaimana hendak disalurkan pahala sedekah jariah jika mereka dididik dengan hidup bermewah. Berkira-kira dalam membantu fakir miskin. Mengekalkan sifat bakhil dan tamak dalam diri..

Bagaimana hendak disalurkan doa dari anak yang soleh, andai diabaikan tanggungjawab mengingatkan mereka akan solat?Bukankah solat itu doa?bahkan doa ibu bapa tidak mampu dibaca...maka,jangan lah bersedih andai jenazah kita tidak dimamkan oleh anak dan mereka yang kita sayangi. Semua itu disebabkan kecuaian tanggungjawab kita.

Bagaimana hendak dimanfaatkan ilmu andai kehidupan jauh dari pengetahuan agama. Tidak diendahkan akan pengetahuan mereka tentang solat,puasa, dan segala macam ibadah. Kita hanya membiarkan mereka dengan dunia mereka. Memaksa berjaya dalam duniawi tapi tidak sekali untuk berjaya ukhrawi. Bagaimana bacaan al quran mereka, solat mereka...tepuk dada tanya iman.

Semua itu adalah amalan yang menjadi saluran pahala buat si mati...rebutlah ia sebelum terlambat.

Tanggungjawab berada di pundak kita bagi seorang lelaki. Sebagai ketua dalam keluarga. Usah berbangga dengan kemewahan yang kita ada, pangkat yang dianugerahkan, pujian yang melambung tinggi, tetapi kita fakir dan gagal dalam mendidik keluarga ke arah taqwa.

Sebagai seorang anak, berusahalah dalam menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan menyalahkan kedua orang tua dalam keadaan mereka gagal mendidik kita. Barangkali mereka di uji Allah. Sebaliknya, kita perlu sedar akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Mendoakan mereka, Menegur mereka, mengingatkan mereka..bukan kerana kamu pandai dan bijak tapi kamu kasih dan sayangkan mereka kerana Allah. Tidakkah kita sebagai anak mengimpikan untuk menjadi imam kepada mereka suatu hari nanti?

Sebagai seorang isteri, taatilah suamimu selagimana mereka tidak syirik kepada Allah. Sekalipun mereka jarang mengingatkanmu supaya menutup aurat, jaga batas pergaulan..sesungguhnya itu menjadi kewajipan kepadamu sekalipun kalian tidak bergelar seorang isteri tetapi sebagai seorang muslimah..Kalian menjadi penarik bagi si suami untuk masuk ke neraka Allah. Kalian juga menjadikan si suami seorang yang muflis di akhirat nanti kerana dosa yang kamu lakukan. Berusahalah menjadi wanita dan isteri yang solehah. Bukan hanya azam yang dipasang setiap tahun tapi mesti diterjemahkan dan dizahirkan. Moga kalian diberi kekuatan..

Sama-samalah kita merenung akan akhir  kehidupan kita...moga kita mati dalam keadaan khusnul khatimah..amin.

Sungguh mati itu tidak awal sesaat dan tidak lewat sesaat..




April 2, 2010

DIN BERAMBOI MENINGGAL DUNIA...AL FATIHAH

Lama sungguh saya menyepi dari dunia blog ini. Kesibukan yang menghambat saya sebagai seorang pelajar tidak dapat saya nafikan. Walaupun di kepala ini banyak yang ingin dikongsikan bersama. Namun, saya perlu mendahului utama diantara yang utama.

Disaat mencatat post ini, saya dimaklumkan pelawak terkenal malaysia,Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali dengan Din beramboi telah meninggal dunia akibat denggi berdarah. Al fatihah untuk beliau...Al Fatihah. (sumber:utusan malaysia)

Rasanya baru semalam kita melihat telatah beliau. Mendengar celotehnya di radio Era. Tapi hari ini kita mendengar kematian beliau. Begitulah janji Allah pada hambaNya. Mati itu tidak cepat sesaat dan tidak lewat sesaat. Maka benarlah sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah banyaknya terjadi kematian secara mendadak"

Kita memerhatikan seseorang yang sihat tiba-tiba ia mati dalam keadaan mengejut seperti kemalangan,sakit jantung, dan sebagainya. Yang siangnya kita bergurau senda dengan mereka tetapi petangnya mendengar berita kematian mereka. Begitulah janji Allah pada makhluknya...

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati..."

Oleh kerana itu,orang yang berakal sihat,seharusnya sedar dan kembali kepada Allah dalam erti kata lain bertaubat kepada Allah sebelum kematian secara mengejut itu berlaku kepada kita semua..amat rugi andai kematian itu menafikan masa kita untuk bertaubat dan beramal kepada Allah.. Saat itu tiada gunanya untuk menangguh kematian.

December 12, 2009

KALAU ITU KETETAPANNYA..


TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.#

Pastinya sayu membelenggu Teh Affifah Shahirah Abd Hamid,23 apabila mendengar kematian suami tercinta Mohd Ariff Ab Kadir,23 akibat kemalangan. Tambah menyedihkan kemalangan itu terjadi sejurus mereka selesai akad nikah dan lebih memilukan apabila ibu dan ayah pengantin lelaki juga turut terkorban.Hanya selepas 4jam dari pengalaman manis itu menjadi pengalaman yang pasti sukar untuk dilupakan.Tayar kereta yang dinaiki pengantin lelaki pecah dan menyebabkan kereta mereka terbabas lalu merempuh bas.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.


Begitulah janji Allah kepada manusia memperihalkan akan kematian. Tidak awal sesaat dan tidak lewat sesaat. Itulah mati.

Berkerut dahiku memikirkan bagaimana matiku nanti. Ya benar mati itu pasti. Kita akuinya. Tapi yang menjadi kita bimbang keadaan kita di saat kematian. Mereka meninggal selepas akad nikah,ada yang meninggal sebelum menunaikan haji,ada yang meninggal semasa solat..tidak dilupakan juga mati bila mana sedang melakukan maksiat kepada Allah..Lalu bagaimana matiku?..Ini yang sepatutnya menjadi kebimbangan pada kita yang akhirnya menjadikan kita manusia yang 'berhati-hati.'

"Wahai orang-orang yang beriman,takutlah pada Allah dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam"
(Surah Ali Imran:ayat 102)

Semoga dengan apa yang berlaku disekeliling kita menjadikan pengajaran yang bermakna buat kita semua. Tiap-tiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya.

Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah..Al Fatihah

p/s:macamana mati kita nanti ye..

sumber:berita harian,12 Disember 2009

September 28, 2009

TAKZIAH BUAT KAWANKU

"Assalamualaikum..awak watpe?study ea.."emakku bertanya.
"Baru nak buka buku mak.kenapa?kataku ringkas sambil memerhatikan jam yang menunjukkan pukul 10.30mlm.
"Ni mak nak bagitahu,kawan ko tu wan,anak cikgu jamaliah..ayah dia meninggal dah.maghrib tadi.accident dekat temehel."kataku emak dalam nada yang rendah.
"innalillah...nuar baru jumpa wan semalam.nanti nuar contact dia.k.terima kasih."kataku ringkas yang agak terkejut dengan berita itu.

Berita kematian ayahnnya membuatkan aku terdiam.Lain dari yang lain. Pernah juga saya mendapat khabar tentang kematian orang lain. Tapi kali ni agak sedih sedikit..ayahnya, En Mohd Nor merupakan seorang pegawai polis. Saya dan keluarganya saling mengenali memandangkan ibunya seorang cikgu juga kenalan baik kepada emak saya. dan anaknya,MK Ridwan merupakan kawan baik saya sejak dibagku sekolah. Cuma dia nakal lebih dari saya..

Raya ke5 yang lepas saya baru berjumpa dengannya..beraya bersama. agak terkejut juga dengan penampilannya yang sedikit brutal..masa telah berlalu,dunia sudah berubah.Takpe dia tetap kawan saya.Hari sabtu lepas,dia membuat panggilan 3G dengan saya..terkejut jugak.biasanya memang susah lelaki nak buat 3G dengan lelaki.hehe..Dia berhasrat nak berjumpa dengan saya semalam.nak berbincang sesuatu seperti ada masalah..semalam,saya tunggu paggilan darinya..tapi xde.

Tapi semalam emak saya call mengatakan ayahnya meninggal dunia..So,memang xdapat jumpa malam tu..Saya pun terus call dia.

"assalamualaikum..wan,ko ktne?sapaku ringkas.
"aku nak balik ni.."katanya seperti mengejar sesuatu.
"Wan,takziah.Ok,ko balik naik pe?hati-hati kalau drive."sedikit peringatan dari saya memandangkan jam menunjukkan pukul 11mlm.Mungkin dia dalam perjalanan..

Saya merasakan sesuatu sebab saya sedih memerhatikan dirinya..usahlah bercerita disini untuk menjaga aibnya. Cuma saya memikirkan bagaimana dia menghadapi dan menerima kematian ayahnya...

Saya berpesan kepada diri saya dan kita semua,pertama sekali janganlah derhaka pada ibu dan ayah kita. Yang keduanya,pelajarilah ilmu dalam menguruskan jenazah dari awal hingga akhir supaya kita sebagai anak dapat menguruskannya..xdelah terpinga-pinga bila nak solatkan jenazah..walaupun ianya fardu kifayah,tetapi ia menjadi tuntutan kepada kita semua..

Mati itu tidak awal sesaat dan tidak lewat sesaat..

Sama-sama kita renungkan...

July 26, 2009

THINK...TO BE A SMART

"Ingat mati nuar...kamu akan takut untuk melakukan kejahatan"kata ustaz kepadaku pabila saya bertanya bagaimana untuk mengelak dari melakukan kejahatan.

Bagaimana yang dikatakan orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati? Apa perasaan kita bila mendengar berita mengenai kematian?

Persoalan ini perlu hadir dalam diri kita sebagai persediaan menghadapi sakaratul maut. Mati dalam keadaan khusnul khatimah atau suul khatimah. Maka dua perkara ini membuatkan kita sentiasa berhati-hati dalam setiap gerak geri yang kita lakukan. Kerana Allah telah menentukan usia seseorang dan bisa mematikan dalam sekelip mata.

" Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi."(Yasin:81)
Kuasa Allah bisa mematikan saya ketika sedang menaip posting ini.
Kuasa Allah bisa mematikan mat rempit yang sedang berlumba di jalanan.
Kuasa Allah bisa mematikan penyanyi yang sedang mengalunkan lagunya.
Kuasa Allah bisa mematikan pelajar yang sedang menuntut ilmu.
Kuasa Allah bisa mematikan dai' yang sedang berdakwah menyeru kepada Allah.
Kuasa Allah bisa mematikan siapa saja....
Hanya perlu memilih,kita ingin mati yang macamana?

" Setiap jiwa akan merasakan kematian" (ali Imran 185)

Lantas,apa yang perlu dilakukan?hanya berdiam diri di dalam rumah?mati itu pasti. Maka ini yang perlu ditekan sebagaimana yang saya nyatakan pada awal tadi..Bagaimana yang dikatakan orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati..

Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa berhati-hati dalam percakapan dan perbuatannya. Sentiasa bimbang di dalam hatinya bila melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Bijak menyusun masanya dari melakukan perkara yang sia-sia. Bijak dalam melaksanakan ibadahnya kepada Allah.Bijak dalam menolak perkara yang bercanggah dalam Islam..Bijak dalam mencari jalan menuju keredhaan Allah SWT.

Bila dimaklumkan saja kematian seseorang,kita semua membacakan Al Fatihah. Lepas tu...konsert tetap konsert..seksi tetap seksi..jerit tetap jerit...(saya memerhatikan 'suasana' begini dalam satu rancangan televisyen). So..dimana bijaknya?dimana insafnya?Adakah bila kita menyanyi kita mengingati Allah?dalam keadaan terkinja-kinja..


Kita hanya meletakkan Allah bila solat,dan bila berbicara tentang agama saja. Bila nak solat kita(p) memakai telekung,tapi bila lepas solat tudung ditanggalkan..Golongan inilah yang dikatakan golongan JUMUD. Meletakkan Islam hanya pada tempat tertentu. Sedangkan Islam itu sempurna dan menyeluruh. Kita sering mengatakan mereka yang bertudung labuh itu jumud sedangkan 4jari yang menuding itu kembali kepadanya. Golongan inilah yang menggambarkan kepada kita sukar menjadi seorang muslim/ah.

Maka..terserah kepada kita dalam menentukan keadaan penghujung usia kita. Risau diri ini,,belum lagi mengubah langkah tapi Allah terlebih dahulu mengambil nyawa. Moga kita semua mati dalam keadaan khusnul khatimah.

"Dan sesungguhnya hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga sesungguhnya dialah yang benar benar beruntung. Sesungguhnya kehidupan didunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
(Ali Imran 185)

Tengoklah gambar ni untuk pegajaran..
Selamat beramal
Renung-renungkan..


June 26, 2009

MICHAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA



LOS ANGELES: Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun. Beliau meninggal dunia kerana kegagalan jantungnya.

Saya sendiri tidak meyangka kematiannya hanya perasan di yahoo apabila kematiannya dimaklumkan. Dan sebenarnya saya baru mengetahui dia sudah memasuki Islam pada 22 November 2008. Alhamdulillah..beliau mati dalam keadaan Islam.Nama Islamnya Mikaeel.

Moga Allah ampunkan dosa beliau dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Tertanya juga..mana beliau dikebumikan?Takutr menjadi perebutan dalam keluarganya.sama-sama kita doakan.kalau-kalau ada sumber maklumkan ye..

Taujihad