Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

April 22, 2012

Berakhir dengan gembira atau berdukacita..

Tiba disurau, ada jasad terbujur kaku menanti untuk disolatkan. Aku solat dua rakaat di sebelah jenazah selepas azan dilaungkan..


Dihadapanku hadir dua pemuda turut solat..Aku perhatikan pergerakan mereka di dalam solat terlalu banyak seperti resah sesuatu. Solat yang aku perhatikan seperti orang yang tidak melazimi solat harian. Hatiku yakin mengatakan ini mesti anak si mati.

Sangkaanku tepat bila mana si anak di panggil untuk mengimamkan jenazah yang merupakan ayah mereka. Tapi ditolaknya lembut memberi laluan kepada Imam Surau mengimami jenazah..

Usai solat jenazah, si anak membuat ucapan dalam keadaan teresak-esak meminta dosa jenazah diampunkan dan segala hutang piutang minta dihalalkan atau dituntut seadanya.

Aku mengiringi jenazah diusung ke van jenazah.

Sangkaanku sekali lagi tepat bilamana melihat 'culture keluarga si mati'...aku beristighfar agar membuang segala sangkaan buruk pada mereka. Namun yang dilihat secara zahirnya begitulah..

Berpakaian hitam dan tudung ala-ala datin sehingga menampakkan warna keemasan dan bahasa inggeris menjadi bahasa pengantaraan.

Aku berpesan kepada diriku dan juga semua..

Apa yang kita harapkan di akhir kehidupan kita?mati kita tetap sama,dikafankan dengan kain putih dan disolatkan. Samada miskin atau kaya, semuanya sama. Samada berpangkat atau tidak...semuanya sama.

Yang membezakan adalah taqwa dan amalan kita semasa hidup.

Bagaimana tangunggjawab kita kepada mereka yang berada di bawah kita?isteri,anak,adik beradik...adakah kita mengingatkan mereka agar bertaqwa kepada Allah?menutup aurat, menjaga solat, menjaga batas pergaulan dan segala perbuatan yang menuju KPI Allah?

Amatlah rugi disaat kematian kita, mereka masih lagi meneruskan kehidupan jahiliah..tidak menutup aurat dan tidak menjaga solat..

Bukankah bila matinya anak adam akan terputus segala amalannya kecuali sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermunafaat.

Bagaimana hendak disalurkan pahala sedekah jariah jika mereka dididik dengan hidup bermewah. Berkira-kira dalam membantu fakir miskin. Mengekalkan sifat bakhil dan tamak dalam diri..

Bagaimana hendak disalurkan doa dari anak yang soleh, andai diabaikan tanggungjawab mengingatkan mereka akan solat?Bukankah solat itu doa?bahkan doa ibu bapa tidak mampu dibaca...maka,jangan lah bersedih andai jenazah kita tidak dimamkan oleh anak dan mereka yang kita sayangi. Semua itu disebabkan kecuaian tanggungjawab kita.

Bagaimana hendak dimanfaatkan ilmu andai kehidupan jauh dari pengetahuan agama. Tidak diendahkan akan pengetahuan mereka tentang solat,puasa, dan segala macam ibadah. Kita hanya membiarkan mereka dengan dunia mereka. Memaksa berjaya dalam duniawi tapi tidak sekali untuk berjaya ukhrawi. Bagaimana bacaan al quran mereka, solat mereka...tepuk dada tanya iman.

Semua itu adalah amalan yang menjadi saluran pahala buat si mati...rebutlah ia sebelum terlambat.

Tanggungjawab berada di pundak kita bagi seorang lelaki. Sebagai ketua dalam keluarga. Usah berbangga dengan kemewahan yang kita ada, pangkat yang dianugerahkan, pujian yang melambung tinggi, tetapi kita fakir dan gagal dalam mendidik keluarga ke arah taqwa.

Sebagai seorang anak, berusahalah dalam menjadi anak yang soleh dan solehah. Jangan menyalahkan kedua orang tua dalam keadaan mereka gagal mendidik kita. Barangkali mereka di uji Allah. Sebaliknya, kita perlu sedar akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Mendoakan mereka, Menegur mereka, mengingatkan mereka..bukan kerana kamu pandai dan bijak tapi kamu kasih dan sayangkan mereka kerana Allah. Tidakkah kita sebagai anak mengimpikan untuk menjadi imam kepada mereka suatu hari nanti?

Sebagai seorang isteri, taatilah suamimu selagimana mereka tidak syirik kepada Allah. Sekalipun mereka jarang mengingatkanmu supaya menutup aurat, jaga batas pergaulan..sesungguhnya itu menjadi kewajipan kepadamu sekalipun kalian tidak bergelar seorang isteri tetapi sebagai seorang muslimah..Kalian menjadi penarik bagi si suami untuk masuk ke neraka Allah. Kalian juga menjadikan si suami seorang yang muflis di akhirat nanti kerana dosa yang kamu lakukan. Berusahalah menjadi wanita dan isteri yang solehah. Bukan hanya azam yang dipasang setiap tahun tapi mesti diterjemahkan dan dizahirkan. Moga kalian diberi kekuatan..

Sama-samalah kita merenung akan akhir  kehidupan kita...moga kita mati dalam keadaan khusnul khatimah..amin.

Sungguh mati itu tidak awal sesaat dan tidak lewat sesaat..




1 comments:

Anonymous said...

Sama-sama berusaha ke arah yang lebih baik. Jadilah anak yang berguna pada keluarga, masyarakat dan agama. Khususnya kepada anak lelaki, jadilah imam utk jenazah ibu dan ayahnya. Amins

Taujihad