Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

April 21, 2012

Imam muda dan dakwah (sambungan)


Saya faham dan saya sedar,tapi saya tidak berani..
Iniliah persoalan yang sering timbul dikalangan kita ketika mana ingin memulakan langkah sebagai pendakwah...kita hendaklah bersama dengan satu kelompok yang senantiasa menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Kelompok itulah dipanggil Gerakan Islam.

Firman Allah swt:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"(Ali Imran:104)


Sirah Nabi SAW menunjukkan kepada kita, dakwah Nabi SAW tidak berseorangan. Baginda senantiasa bersama para sahabat dalam berdakwah dan berperang. Boleh sahaja Nabi SAW berdoa dan meminta kemenangan, tapi itulah sunnah terbesar yang ditunjukkan oleh baginda yang perlu kita rebut.

Baginda yang maksum dan dijanjikan syurga Allah pun berdakwah, inikan pula kita manusia yang banyak dosa dan tidak tercatat nama disyurga. Apa lagi yang kita harapkan melainkan mati dalam keredhaan Allah dan dimasukkan ke dalam syurga.

Apa bukti keimanan kita kepada Allah?apa yang akan kita bentangkan kepada Allah dengan amalan kita?

Malulah kepada Rasulullah yang kekasih Allah,tetap merintih kepada Allah dan berjuang. Kita hanya goyang kaki tapi bersungguh nak Islam menang dan masuk syurga.MUSTAHIL...

Keberadaan kita di dalam Gerakan Islam, melengkapi diri kita yang serba kekurangan. Kekurangan kita ditampung diantara satu sama lain. Ibarat penyapu lidi yang diikat bersama tidak kira pendek atau panjang. Walaupun berlainan saiz,masing-masing memainkan peranannya dalam memastikan ianya terikat kuat dan bermanfaat kepada kita.

Itulah dalam kehidupan seharian,apatah lagi dalam nak menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar..mustahil kita boleh bergerak berseorangan.

Sesungguhhnya peranan Gerakan Islam ini lebih besar daripada parti politik. Parti menjadi wasilah dalam menyampaikan dakwah yang tidak dapat tidak perlu bersama dalam konsep kenegeraan. Tetapi peranan Gerakan Islam lebih besar daripada itu yang senantiasa menekankan aspek tarbiyah, dakwah dan siasah seterusnya memastikan tertegaknya daulah Islamiyah.

Imam Muda hanyalah platform dan wasilah dalam memastikan Islam itu dapat disebarkan lagi. sekalipun tidak bergelar Imam Muda @ Ustaz, tanggungjawab berdakwah itu senantiasa berada di pundak kita.

Sedar atau tidak, kita adalah "khaira Umat" yang dikatakan Allah TAPI dengan bersyarat sebagaimana firman Allah swt:

"Kamu adalah Ummah yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang  ma‘ruf dan mencegah mdari yang munkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq" (Ali Imran:110)

Wallahualam

0 comments:

Taujihad