Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA
Showing posts with label haraki. Show all posts
Showing posts with label haraki. Show all posts

April 21, 2012

Imam muda dan dakwah (sambungan)


Saya faham dan saya sedar,tapi saya tidak berani..
Iniliah persoalan yang sering timbul dikalangan kita ketika mana ingin memulakan langkah sebagai pendakwah...kita hendaklah bersama dengan satu kelompok yang senantiasa menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Kelompok itulah dipanggil Gerakan Islam.

Firman Allah swt:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"(Ali Imran:104)


Sirah Nabi SAW menunjukkan kepada kita, dakwah Nabi SAW tidak berseorangan. Baginda senantiasa bersama para sahabat dalam berdakwah dan berperang. Boleh sahaja Nabi SAW berdoa dan meminta kemenangan, tapi itulah sunnah terbesar yang ditunjukkan oleh baginda yang perlu kita rebut.

Baginda yang maksum dan dijanjikan syurga Allah pun berdakwah, inikan pula kita manusia yang banyak dosa dan tidak tercatat nama disyurga. Apa lagi yang kita harapkan melainkan mati dalam keredhaan Allah dan dimasukkan ke dalam syurga.

Apa bukti keimanan kita kepada Allah?apa yang akan kita bentangkan kepada Allah dengan amalan kita?

Malulah kepada Rasulullah yang kekasih Allah,tetap merintih kepada Allah dan berjuang. Kita hanya goyang kaki tapi bersungguh nak Islam menang dan masuk syurga.MUSTAHIL...

Keberadaan kita di dalam Gerakan Islam, melengkapi diri kita yang serba kekurangan. Kekurangan kita ditampung diantara satu sama lain. Ibarat penyapu lidi yang diikat bersama tidak kira pendek atau panjang. Walaupun berlainan saiz,masing-masing memainkan peranannya dalam memastikan ianya terikat kuat dan bermanfaat kepada kita.

Itulah dalam kehidupan seharian,apatah lagi dalam nak menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar..mustahil kita boleh bergerak berseorangan.

Sesungguhhnya peranan Gerakan Islam ini lebih besar daripada parti politik. Parti menjadi wasilah dalam menyampaikan dakwah yang tidak dapat tidak perlu bersama dalam konsep kenegeraan. Tetapi peranan Gerakan Islam lebih besar daripada itu yang senantiasa menekankan aspek tarbiyah, dakwah dan siasah seterusnya memastikan tertegaknya daulah Islamiyah.

Imam Muda hanyalah platform dan wasilah dalam memastikan Islam itu dapat disebarkan lagi. sekalipun tidak bergelar Imam Muda @ Ustaz, tanggungjawab berdakwah itu senantiasa berada di pundak kita.

Sedar atau tidak, kita adalah "khaira Umat" yang dikatakan Allah TAPI dengan bersyarat sebagaimana firman Allah swt:

"Kamu adalah Ummah yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang  ma‘ruf dan mencegah mdari yang munkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq" (Ali Imran:110)

Wallahualam

March 16, 2012

Pemuda yang mengerti

Pemuda adalah sayap penting bagi perjuangan Islam yang suci ini justeru pemuda jualah yang digantung harap oleh Nabi saw untuk mendokong cita - cita perjuangan baginda saw. 

حالفني الشباب و خالفني الشيوخ 

...yang mendokong perjuanganku ialah pemuda sementara yang membelakangiku ialah orang - orang tua ... 
al hadith

Berada di dalam Gerakan Islam , para pemudanya mestilah terdiri dari kalangan pemuda yang menepati piawaian Ansoorullah dalam semua aspek . 


a ] Ansoorullah dalam aqidah [ pegangan dan prinsip ] 
b ] Ansoorullah dalam fikrah [ pemikiran dan pandangan ] 
c ] Ansoorullah dalam akhlak [ keperibadian dan moral ] 
d ] Ansoorullah dalam aktiviti [ gerakkerja dan penglibatan ] 

Melahirkan Pemuda Ansoorullah bukan bermaksud menukar minat pemuda motor kepada pemuda gasing demikian juga tidak bermaksud menukar minat pemuda futsal kepada pemuda layang - layang dan pemuda seni muzik kepada pemuda kertas kerja sebagaimana kita tidak menukar pemuda ceramah dan kuliah kepada pemuda congkak dan catur . 


Sebaliknya Pemuda Ansoorullah bermaksud pemuda yang dibina aqidahnya agar mereka miliki aqidah yang sohih , dibina fikrahnya agar mereka miliki fikrah Islam yang syumul dan dibina syakhsiahnya agar mereka miliki syakhsiah yang soleh . Ertinya kita mahu kualiti pemuda yang mengikuti acuan perjuangan kita iaitu Islam . 


Pemuda boleh bermain futsal tetapi menjadi pemain futsal yang sohih aqidahnya , syumul fikrah Islamnya dan soleh akhlaknya.


Pemuda boleh memandu motorsikal tetapi menjadi pemandu yang sohih aqidahnya , syumul fikrah Islamnya dan soleh akhlaknya . 


Pemuda boleh menyertai seni tetapi menjadi ahli seni yang sohih aqidahnya syumul fikrah Islamnya dan soleh akhlaknya . 

Wallahualam

March 12, 2012

AL ISTI'JAL mendorong penyakit Al FUTUR


Seorang da'ie, hendaklah sentiasa mengawal dirinya dari bersikap Al  Isti'jal, atau dalam erti kata yang lain melakukan persediaan gerakan Islam ini perlu seperti lebah mentadbir sarangnya, di mana lebah terus berfungsi dan bergerak cergas tanpa sebarang pengabaian walaupun seketika sama ada  siang atau malam. Mereka sama sekali tidak mengabaikan setiap  peluang yang diperolehi. Apabila hasil diperolehi ia diterima dengan penuh ketenangan dan keselesaan. Jangan sama sekali bertindak gopoh ke atas sesuatu yang belum tiba masanya.

Sememangnya usaha memartabatkan Islam sering kali dicemari dengan pelbagai anasir asing yang pada hakikatnya di luar kerangka ajaran Islam itu sendiri. Kita biasa mendengar suara-suara bersemangat dan penuh emosi mencanangkan agar Islam kembali didaulatkan dengan apa cara sekalipun. Semangat berkobar-kobar untuk melihat Islam kembali tertegak dalam masa singkat lantas mendorong tingkah dan perilaku gopoh dan terburu-buru yang akhirnya mengundang fitnah dan kebinasaan.

Seperti yang disebut oleh Dr. Sayid Mohamad Nuh, isti’jal merupakan salah satu penyakit yang banyak diderita oleh para da’i, sehingga seringkali hal ini meskipun diiringi dengan niat yang ikhlas dan semangat yang tinggi. Gerakan Islam masa kini adalah tidak terkecuali dari menentukan kedudukan strategi menempuhi fenomena isti'jal ini. Marilah kita renungi kata-kata berikut yang penuh dengan cahaya di sepanjang jalan.

"Sesungguhnya medan untuk bercakap berlainan dari medan merancang, dan medan berkerja berbeza dengan medan bercakap, dan medan berjihad pula berbeza dengan medan beramal. Medan berjihad yang betul berbeza dengan medan berjihad yang salah. Agak mudah bagi kebanyakan orang untuk berteori dengan perancangan itu dan ini. Tetapi bukan semua teori yang berada di kepala mampu diukir ungkapannya melalui lisan. Dan sesungguhnya ramai yang mampu bercakap, tetapi agak sedikit dari kalangan mereka yang konsisten diperingkat amal dan tindakan. Dan ramai pula dari bilangan yang sedikit tadi mampu berkerja, tetapi sedikit pula dari kalangan mereka yang mampu menanggung bebanan jihad yang begitu berat, dan kerja-kerja yang begitu mencabar. Mereka inilah mujahid yang sebenar dan mereka terdiri dari bilangan yang kecil dari puak Ansar. Sungguhpun demikian, kadangkalanya mereka tersalah jalan, dan tidak menepati sasaran kiranya mereka tidak diberi pertolongan dari Allah. Dalam kisah Thalut akan menjelaskan lagi apa yang kami katakan".

"Maka bersedialah diri kamu dan dedahkannya dengan tarbiah yang betul dan ujian yang halus. Maka ujilah diri kamu dengan berkerja. Bekerja keras memang tidak menyeronokkan bahkan membebankan. Oleh yang demikian, hendaklah dihapuskan perasaan dan keinginan berehat serta cara hidup selesa. Kamu jangan sama sekali mensia-siakan setiap saat yang dimiliki tanpa berkerja. Maka pada ketika itu kamu akan mendapat pertolongan dan sokongan juga kemenangan dari Allah".

Sikap isti‘jal ditolak oleh agama, apatah lagi jika ia wujud dalam gerakan Islam ia mestilah ditangani sebaiknya. Rasulullah S.A.W pernah diminta oleh Khabbab bin Al Arat agar memohon kemenangan kepada Allah yang segera kepada Islam. Katanya,"Mengapa engkau Ya RasulAllah tidak mendoakan kita? Mengapa engkau tidak meminta kemenangan untuk kita?"

Lantaran itu, Nabi dengan muka merah terus duduk untuk menenangkan perasaan marah lalu bersabda,"Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah disisir dengan sikat besi sehingga menggelupas daging dari tulang dan dibelah dua badannya dengan gergaji, tetapi hal itu tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, Dia akan memberikan kemenangan kepada agama ini, sehingga orang yang berjalan dari Sana‘a ke Hadaral Maut tidak takut melainkan Allah, dan juga pengembala tidak bimbang dengan jagaan kambing-kambingnya terhadap ancaman serigala, tetapi kamu minta disegerakan!" (Riwayat Bukhari).

Pertolongan Allah itu pasti dan dekat, tetapi ia mempunyai masa dan tempoh waktu tertentu yang hanya diketahui Allah. Sebab itulah Rasulullah sentiasa berpesan kepada sahabat-sahabatnya supaya bersabar dan mendidik mereka supaya memahami fitrah perjuangan yang tidak diberikan kemenangan secara percuma dan sebelum tiba masanya. Ini diperkuatkan dengan firman Allah Taala,"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan dan ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam dugaan) sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". (Al-Baqarah: 214)
Al Isti'jal mempunyai rupa bentuk dan wajah yang bermacam-macam di antaranya:
1]. Mereka yang dilibatkan dengan jamaah dakwah sebelum sampai ke tahap wajar dan sebelum dikenal pasti tentang keilmuan, kemampuan dan persediaan mereka.
2]. Memertabatkan setengah-setengah pendakwah ke tahap yang tinggi sebelum mereka matang dan stabil keperibadiannya.
3]. Melakukan tindak tanduk liar walaupun kecil yang tidak berfedah dan merosakkan dakwah.

Sifat tergesa-gesa ini adalah sebahagian dari watak manusia, seperti yang dinyatakan Allah Taala :

“Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa” (Al Isra':11).

“Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa” (Al Anbiya':37)

Oleh karena itu, isti’jal itu adalah suatu tabiat yang pasti ada pada seorang manusia. Begitupun, ada kalanya sifat ini dibolehkan apabila persiapannya telah matang dan telah menguasai medan serta mempertimbangkan masak-masak akibat-akibat yang akan terjadi, sebagaimana kisah nabi Musa A.S.

"Mengapa kamu datang lebih cepat daripada kaum-mu wahai Musa. Berkata Musa; Itulah mereka sedang menyusuli aku dan aku bersegera kepada-Mu ya Rabb-ku supaya Engkau redha (padaku)" - (Toha:83-84)

Sebaliknya, jika ia hanya bermodalkan emosional, semangat dan dorongan jiwa yang tidak berteraskan hati yang ikhlas mengharap redha Allah, maka di sinilah isti’jal merupakan sebuah ‘penyakit’.

Memerhatikan tahapan masa merupakan sunnatullah atau proses tabi'ie yang Allah wujudkan sebagai salah satu cara untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan manusia. Sebab itulah sesuatu perkara tidak akan disegerakan sebelum cukup tempoh waktu yang telah ditentukan baginya. Sememangnya tanaman apabila dituai sebelum masak dan buah dipetik sebelum tiba waktunya, tidak akan menghasilkan manfaat yang diharapkan malah kadangkala mendatangkan mudarat dan tidak bermanfaat.

Begitu juga dengan cita-cita untuk mendaulatkan Islam tidak akan tercapai dengan hanya bermodalkan semangat semata-mata. Ia juga bukan sekadar melayani gelodak emosi tanpa memperhitungkan natijah dan akibatnya. Sebaliknya penggarapan terhadap usaha pemartabatan Islam atau amal Islami harus dilakukan secara dewasa, matang dan penuh perhitungan.

Apa yang perlu diingati bahawa Al Isti'jal, tidak sepatutnya dibawa masuk sama sekali ke dalam manhaj gerakan Islam semasa. Petikan As Syahid Imam Hassan Al Banna ini seterusnya merupakan sebahagian dari manhaj gerakan Islam memperakui kenyataan di atas. Beliau memberikan peringatan khusus kepada golongan yang diistilahkan sebagai ‘al mutahammisun al muta‘jiluw (orang-orang yang terlalu bersemangat dan gopoh), di mana beliau tidak akan bersama dengan mereka yang mahu memetik buah sebelum benar-benar masak, aau menuai sebelum masuk musimnya;

"Wahai saudara-saudara kaum Muslim yang begitu bersemangat dan begitu tergesa-gesa. Dengarlah dari saya ucapan yang terulung dari mimbar muktamar kamu ini di mana jalan yang kamu terokai ini telah digariskan plan tindakannya serta agenda-agenda yang ditetapkan sempadannya. Saya sama sekali tidak akan melanggari sempadan ini, di mana saya begitu yakin bahawa ia merupakan jalan yang begitu selamat untuk sampai ke matlamat yang dituju".

Sememangnya jalan yang sedang dilalui ini agak jauh, tetapi disana tidak ada pilihan lain. Sesungguhnya ketrampilan seorang lelaki itu ialah melalui kesabaran, kesungguhan dan amal yang berterusan. Sesiapa sahaja dari kalangan kamu yang ingin memetik buah sebelum ia masak atau memetik bunga sebelumnya ianya mekar, maka saya sama Sekali tidak akan bersama dengannya. Orang yang bersikap demikian adalah lebih baik untuknya meninggalkan gerakan dakwah ini dengan menyertai gerakan dakwah yang lain. Bagi siapa yang terus bersabar bersama saya sehinggalah bertunas biji yang disemai dan tumbuh pokok yang ditanam, juga masak buah yang sedang memutik hingga sesuai untuk dituai, maka ganjarannya terpulanglah kepada Allah. Kita sama sekali tidak akan kehilangan ganjaran sebagai orang-orang yang berbuat baik. sama ada kita menang dan memperolehi kedaulatan atau kita syahid dan memperolehi kebahagian.

Saudaraku kaum Muslimin, kawallah dorongan perasaan dengan pertimbangan akal. Pastikan segala perancangan menepati hakikat dan realiti, dan hendaklah kamu mencari kebenaran di dalam khayalan (teori) yang melangit dan janganlah pula kamu terlalu cenderung kepada apa yang kamu ingini sehingga kamu mengabaikan (keputusan) yang lain tergantung-gantung. Kamu jangan sekali-kali bertembung dengan tabiat alam kerana ia tetap akan menang (melakukan perintah Allah secara istimrar).

Saudara kaum Muslimin, sesungguhnya kamu berusaha di jalan Allah dan mencari pahala serta inginkan keredhan-Nya. Kesemuanya itu adalah terjamin ke atas kamu selagi mana kamu ikhlas di dalam perlakuan dan tindakan. Allah sama sekali tidak membebankan tentang natijah atau hasil yang kamu capai. Tetapi apa yang dibebankan ialah kebenaran arah yang dituju (amal yang kita lakukan) dengan persiapan yang baik dan kemas. Selepas kita memenuhi semua tuntutan diatas, maka tindakan yang kita lakukan mungkin silap atau mungkin benar. Kiranya kita tersilap maka kita akan diberi ganjaran pahala sebagai amilin yang berjuang. Seandainya kita benar maka kita akan memperolehi ganjaran pahala yang berganda sebagai amilin yang berjaya dan menepati fungsinya".

Kata Imam Hassan Al Banna lagi,"Kamu hendaklah berkerja. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kamu. Allah sama sekali  tidak akan mengabaikan amalan kamu. Kejayaan hanya akan dicapai oleh mereka yang berkerja. Dan Allah sama sekali tidak akan mensia-siakan iman kamu. Sesungguhnya Allah begitu amat pengasih dan penyayang kepada sekalian manusia".

Taujihad