Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA
Showing posts with label imam muda. Show all posts
Showing posts with label imam muda. Show all posts

April 21, 2012

Imam muda dan dakwah (sambungan)


Saya faham dan saya sedar,tapi saya tidak berani..
Iniliah persoalan yang sering timbul dikalangan kita ketika mana ingin memulakan langkah sebagai pendakwah...kita hendaklah bersama dengan satu kelompok yang senantiasa menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Kelompok itulah dipanggil Gerakan Islam.

Firman Allah swt:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"(Ali Imran:104)


Sirah Nabi SAW menunjukkan kepada kita, dakwah Nabi SAW tidak berseorangan. Baginda senantiasa bersama para sahabat dalam berdakwah dan berperang. Boleh sahaja Nabi SAW berdoa dan meminta kemenangan, tapi itulah sunnah terbesar yang ditunjukkan oleh baginda yang perlu kita rebut.

Baginda yang maksum dan dijanjikan syurga Allah pun berdakwah, inikan pula kita manusia yang banyak dosa dan tidak tercatat nama disyurga. Apa lagi yang kita harapkan melainkan mati dalam keredhaan Allah dan dimasukkan ke dalam syurga.

Apa bukti keimanan kita kepada Allah?apa yang akan kita bentangkan kepada Allah dengan amalan kita?

Malulah kepada Rasulullah yang kekasih Allah,tetap merintih kepada Allah dan berjuang. Kita hanya goyang kaki tapi bersungguh nak Islam menang dan masuk syurga.MUSTAHIL...

Keberadaan kita di dalam Gerakan Islam, melengkapi diri kita yang serba kekurangan. Kekurangan kita ditampung diantara satu sama lain. Ibarat penyapu lidi yang diikat bersama tidak kira pendek atau panjang. Walaupun berlainan saiz,masing-masing memainkan peranannya dalam memastikan ianya terikat kuat dan bermanfaat kepada kita.

Itulah dalam kehidupan seharian,apatah lagi dalam nak menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar..mustahil kita boleh bergerak berseorangan.

Sesungguhhnya peranan Gerakan Islam ini lebih besar daripada parti politik. Parti menjadi wasilah dalam menyampaikan dakwah yang tidak dapat tidak perlu bersama dalam konsep kenegeraan. Tetapi peranan Gerakan Islam lebih besar daripada itu yang senantiasa menekankan aspek tarbiyah, dakwah dan siasah seterusnya memastikan tertegaknya daulah Islamiyah.

Imam Muda hanyalah platform dan wasilah dalam memastikan Islam itu dapat disebarkan lagi. sekalipun tidak bergelar Imam Muda @ Ustaz, tanggungjawab berdakwah itu senantiasa berada di pundak kita.

Sedar atau tidak, kita adalah "khaira Umat" yang dikatakan Allah TAPI dengan bersyarat sebagaimana firman Allah swt:

"Kamu adalah Ummah yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang  ma‘ruf dan mencegah mdari yang munkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq" (Ali Imran:110)

Wallahualam

April 20, 2012

Imam muda dan dakwah

"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." 
(Al Baqarah;186)

Aku mulakan dengan memujiMu Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Penantian Imam Muda berakhir. Secara realitinya aku gagal kerana tidak dapat ke peringkat seterusnya. Tetapi hakikatnya aku mengetahui ada sesuatu yang Allah rancang untuk hambanNya.

Aku dimaklumkan ahad ini, top 25 calon Imam Muda akan berkampung di astro selama seminggu untuk pemilihan 10 calon Imam Muda. Selamat berjuang bakal Imam Muda.

Merenung jauh dalam kehidupan ini, aku yakin dengan perencanaan Allah. Bila ditanya kepadaku, kepada aku nak masuk Imam Muda? Jawapanku sudah pasti ingin menjadikan skop dakwah aku lebih luas pada masa yang sama mengasah lagi skill seorang daie.

Pertanyaan demi pertanyaan aku cuba jelaskan..
Apa ruang yang ada sekarang tak mampu untuk aku berdakwah?
Bukan begitu,apalah sangat ruang yang aku ada sekadar lulusan mekanikal yang tidak layak berbicara tentang agama. Apa salahnya untuk aku jadikan Imam Muda sebagai batu loncatan berada di medan dakwah.

Dakwah ini tidak diiringi kesenangan. Adakah aku mengambil langkah mudah dalam berdakwah dengan menyertai Imam Muda?
Sunnatullahnya begitu. Malu dengan perjuangan Rasululullah yang padanya dihina dan difitnah segala macam. Jauh sekali aku ingin mengambil jalan mudah. Cuma keberadaan aku dalam Imam Muda itu nanti mampu membawa aku bersama dengan masyarakat. Bukankah posisi Rasululullah sebagai Ketua negara Islam memudahkan dakwah beliau menyebarkan Islam pada waktu itu. "Mudah" maksudku sebagai pembuka jalan...sekalipun Rasulullah sebagai Ketua Negara tetapi tetap juga diuji dalam perjuangan.

Lantas ditanya, masuk Imam Muda ni nak populariti ke?dan penting ke popular ni?
Sesiapa yang melakukan sesuatu dengan mengharapkan sesuatu selain Allah,maka amalannya tertolak. Sifat seorang daie seharusnya ikhlas kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan. Populariti itu kita boleh katakan keberadaan kita di medan dakwah di angkat darjatnya dan disukai Allah dan Manusia. Namun, tidak dinafikan element popular itu menjadi kepentingan pada masa kini kerana ikon atau model seorang daie itu perlu diangkat dan dihebahkan agarnya ianya menjadi contoh kepada masyarakat. Sebagaimana, Islam itu diterjemahkan oleh Rasulullah saw di dalam kehidupan baginda. Maka masyarakat dapat melihat Islam melalui cantiknya kehidupan dan peribadi Rasulullah. Lantas kita melaung-laungkan bahawa Rasulullah adalah contoh terbaik dan perlu diwar-warkan kebaikan baginda.


Aku bersyukur kerana kehidupan aku berada di kampus menjadikan aku manusia yang kenal erit "khaira Ummat". Kampus yang didalamnya tiada fakulti Agama, bahkan silibus agama yang menjadi minoriti dalam pembelajaran menjadikan aku semakin cenderung untuk mendalami agama. Inilah nikmat terbesar yang patut aku syukuri. Menghadiri majlis ilmu, amar makruf nahi mungkar dan segalanya aku praktikalkan dalam memastikan diri menjadi khaira ummat.

Keberadaan aku berada di dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari sebenarnya telah mengajar aku menjadi seorang daie. Persatuan inilah yang membawa aku ke dunia sebenar sebagai seorang muslim. Menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Bergerak sebagai agen Islam, dari seorang ke seorang, dari meja ke meja, mengedar risalah demi memastikan kesedaran tentang Islam dapat dikecapi bersama dengan masyarakat kampus.

Bukan suatu perkara yang mudah dalam nak berdakwah. Secara teorinya nampak mudah, tetapi praktikalnya sangat berat dihati dan perasaan. Takut, janggal dan malu. Semua itu aku atasi dengan keberadaan aku berada di dalam Skuad Penyayang PMH. Jarang pada kita untuk memberi peringatan atau teguran kepada teman untuk bersama-sama mengamalkan cara hidup Islam. Membesarkan Allah dan mengecilkan makhluk. Element yang sangat penting dalam berdakwah.


Berada di lapangan dakwah ini,bukanlah pekerjaan part time. Berbanggalah kerana kita sedang mewarisi kerja Rasulullah saw. Sekalipun kita berada di bidang kejuruteraan, akaun, sains dan sebagainya,ia bukanlah alasan untuk kita lari dari medan dakwah. Tanggungjawab ini berada di pundak setiap individu muslim.

Saya faham dan saya sedar,tapi saya tidak berani..
Iniliah persoalan yang sering timbul dikalangan kita ketika mana ingin memulakan langkah sebagai pendakwah...kita hendaklah......

bersambung

April 7, 2012

Ujibakat Imam Muda 3

sesi menunggu jam 8pg
Tarikh 6hb April 2012 menjadi saksi bahawa aku menyertai ujibakat Imam Muda 3. Ujibakat sahaja..Bertempat di Institut Professional Baitulmal yang terletak di Jalan Perkasa Kuala Lumpur.

Aku memulakan perjalanan seawal jam 7pagi dan tiba di tempat kejadian jam 7.50pagi. Sesat juga. Tapi masih terkawal.hehe...

Setibanya disana,aku diantara yang terawal..dan dimaklumkan hanya 35org sahaja yang terpilih untuk ujibakat ini.

dipendekkan cerita,aku memulakan sesi ujibakat selepas solat jumaat..tuhhh diaa..lama tunggu.


Stage Pertama:
Melalui ujibakat online. Kena upload video. Diterima dan terus ke stage dua


Stage dua:
Ujian bertulis. Soalan mengenai perkara fardhu ain dan hukum hakam agama.


Stage ketiga:
Ujian pengucapan awam. Aku diminta perkenalkan diri,bernasyid,menterjemahkan bahasa arab kepada bahasa melayu,memberi motivasi dan menjawab soalan berkaitan fiqh dan hukum tajwid. Alhamdulillah lancar.


antara tajuk public speaking
Stage keempat:
Ujian Personaliti. Perlu menjawab soalan mengenai diri sebanyak 14 helai muka surat. Sampai jem tangan aku..hehe...


Selesai sudah...
Selepas ini nama aku akan dibahaskan dengan semua calon. Samada layak atau tidak itulah keputusannya.


Aku bertolak ke shah alam pada jam 6ptg.
Insyallah,moga semuanya lancar...amin..





bilik menunggu





bersama imam hizbur


peminat imam muda


March 20, 2012

Imam Muda kembali...


Imam Muda Musim Ketiga masih mengekalkan sesi ujibakat terbuka seperti musim-musim yang lalu, namun sesi ujibakat ini hanya akan dilakukan di satu tempat sahaja iaitu di Institut Professional Baitulmal, Jalan kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 7 dan 8 April 2012.
Kaunter Pendaftaran akan dibuka mulai jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari yang terbahagi kepada 3 peringkat iaitu;
Untuk musim yang ketiga ini, satu kelainan diperkenalkan iaitu ujibakat melalui online. Peserta dikehendaki melayari www.imammuda.com.my untuk memuat turun borang untuk diisi. Kemudian peserta dikehendaki merakam dengan video kamera 2 bacaan dalam Al-Quran seperti yang ditetapkan dibawah.
Bacaan Pertama • Surah al-Fatihah
Bacaan Kedua: Surah Lazim (Salah satu) • Surah al-Humaza

• Surah al-Zalzala
• Surah al-Qaria
• Surah al-Takathur
• Surah al-Inshirah
• Surah al-Shams
• Surah al-Dhuha
• Surah al-Maun
• Surah al-Quraish
• Surah al-Adiyat

Rakaman yang telah lengkap hendaklah dimuat naik ke laman Youtube melalui akaun yang dicipta oleh peserta ujibakat sendiri.
Borang yang lengkap beserta pautan video di Youtube hendaklah dihantar ke emailimammuda@astro.com.my
Ujibakat ini akan berlangsung mulai 19 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012


p/s: dah macam nak masuk U pulak...kene online...huhu

June 10, 2011

Alahai Imam Muda...

Malam ni aku kene bawak tahlillll...

Dah lama aku tak bawa tahlil ni sebenarnya sejak di Politeknik dulu. Bila dah berkecimpung dunia Imam ni memang kene ingat balik la doa tahlil.huhu..


Sekarang ni cuti sekolah. Musim orang kawen. Maka biasanya sebelum esok walimah, malamnya ada doa selamat dan tahlil. Pendek cerita, malam ni di kawasan aku ada dua tahlil. Yang ada Imam 1 je...Imam dua bercuti kat China...huahua...aku plak imam ke-3..nak tak nak memang aku kene bawak tahlil...

Tengah makan ringan lepas solat isyak, bilal bagitahu rumah yang aku kena bawak tahlil tu dah ada orang bawak. Alhamdulillah..lega!! aku pun pergi la dengan Imam 1 ke rumah yang lagi satu tu..

Rumah yang aku pergi tu Imam 1 yang bawak..aku duk sebelah dia.mana tahu tiba-tiba dia semput.hehe...sambil-sambil aku belajar macamane pembawakan tahlil di shah alam ni. Kalau di Johor ni lain...Lain tempat lain caranya.

Tiba-tiba je bilal panggil aku. kene pergi rumah lagi satu yang tadi tu. takde imam nak bawak...macam tu pulak. aku pun pergi la macam nak rawat org kene histeria..hehe...sampai je..."ha...imam muda ada...masuk dulu imam muda" itulah panggilan orang taman pada aku.

nasib baik aku bawak yasin. Kalau tahlil aku ingat, doa tahlil aku tak ingat. so, bermula la sesi tahlil...yang paling kelaka ada sampai ayat dalam surah al baqarah tu aku termasuk ayat kursi..sikit je la..dah terlajak nak undur tak boleh dah..makmum pun ikut je..hehe..(dont try this at home). sampai la doa..doa ok la,..sebab baca. lepas ni kene hafal...lagi satu kat cni nama kene sebut.kalau 20 nama,20 nama kene sebut. sebelum ni kat johor sebut untuk jama' je..xpe la..kita raikan tempat org.


selesai tahlil, apa lagi. makan la....aku makan sikit je. takde member. semua orang tua. budak-budak umah ada hal..nak wat macamane.  cabaran Imam Muda..

Alahai Imam Muda....

May 1, 2010

IMAM MUDA..stage 2

Jam 7.00ptg:

Saya masih menunggu giliran untuk stage ke-2..rasa-rasanya mungkin selepas maghrib baru giliran saya.

Magrib pun sudah masuk. Solat maghrib dulu...

8.00mlm:

Berkumpul semula. Saya keletihan. Tengkuk sakit. seharian tidak mandi..hanya tinggal seorang lagi peserta untuk giliran saya.

Ketika ini kami berkumpul. Hanya ada 9orang.. Kami berkenalan. Ada yang imam masjid,ada yang masih belajar,ada yang baru 2bulan berkahwin...Disitulah letaknya Persaudaraan di dalam Islam. Walaupun tidak pernah berjumpa,berlainan usia,tetapi kerana sefikrah,seakidah,seperjuangan maka ianya menolak daripada bersikap assobiyah.

"ok..giliran seterusnya..1688" suara yang mengejutkan aku.

saya masuk dengan memberi salam. senyuman yang manis dan berjabat tangan. Saya dipakaikan mikrofon dan berdiri ditempat yang ditetapkan. Sementara merekodkan pergerakanku...

Dalam stage ini ada beberapa memerlukan kepada confident level yang tingi dan komunikasi berkesan. Saya menggunakan pengalaman yang ada untuk mengatasi semua itu..

Soalan pertama yang diajukan oleh seorang artis(nama dirahsiakan):
"Ceritakan kelebihan dan kelemahan awak"

"Alhamdulillah saya diberi nikmat oleh Allah. Saya boleh.......(saya pun menggoreng. Tak perlu la bercerita disini). Kelemahan saya....(rahsia)"

Soalan kedua:
"awak pernah bercinta?ceritakan pengalaman awak dengan dia dalam bahasa inggeris"

"alamak..soalan ape ni"(aku bermonolog). Belasah saja...

"Apa yang awak cerita semuanya dalam present tense. Seolah-olah semuanya sedang berlaku. Bukan dalam past tense."Juri menyedarkan saya.

"aha...aku belasah je"(bermonolog)

Soalan seterusnya:
"Macamane awak nak ajak kami semua ni yang kaki lepak dan awak sebagai imam muda cuba untuk mengajak kami bersama awak. speaking la.."

"alahai....apalah nasib saya. Saya masa ni jadi gabra semacam. Kalau melayu boleh la..Walau apa pun saya cuba...tak perlu rasanya saya bercerita disini. Saya pun xingat dah apa nak cerita=)

Soalan terakhir:
"Bila awak jadi imam muda ni,awak akan dikenali orang ramai. berdepan dengan orang ramai. perlu x untuk awak merubah diri awak."

"bagi saya tidak perlu berubah.kerana orang lebih mengenali saya dengan diri saya sebenar.....dan bla..bla..bla.."

conclusion:
"Oklah anwar..saya rasa awak tidak lagi bersedia untuk berdepan dengan masyarakat. masa mula-mula awak masuk saya dah nampak awak "present" dgn baik. Cara awak dah tunjuk ade "sinar" didepan awak. Tapi bila bual dengan awak rasa macam kurang berminat. mungkin awak nervous atau terkejut dengan soalan kami. Tapi sebagai imam muda awak kene sentiasa bersedia...dan bla..bla..."

"So saya harap awak boleh usaha lagi untuk akan datang...dan bla..bla..."

Kata-kata juri itu sudah cukup untuk saya faham.GAGAL....

"Ok..terima kasih" saya pun berjabat tangan dan keluar dari bilik "kebuk asap" itu..huhu

Saya pulang ke Shah alam jam 9.30mlm...

Kesilapan yang saya jangkakan adalah penyampaian saya yang terlalu santai kerana terpengaruh dengan peserta yg sebelum saya berjaya dengan bawa secara santai...tapi rupanya,saya dapat baca yang juri nak saya formal....So,my mistake!!

Walaubagaimanapun,saya dapat banyak pengajaran dan pengalaman yang saya dapat,antaranya:

1. Bayangkan ada 357 peserta,kesemuanya di stage 1 diminta membaca Alfatehah...Maknanya Air yang juri minum itu telah disedekahkan sebanyak 357 kali..Kalaulah dapat agak benda ni,saya akan datang dengan bawa 1tong air=) buat ubat....

2. Saya dapat berkenalan dengan imam-imam masjid yang menjadi peserta. Maknanya saya dah ada kawan disekitar KL dan sewaktu dengannya...Senang la kalau nak mintak tolong nanti=)

3. Saya juga dapat mengenali diri secara mendalam bahawa diri kita perlu banyak bermuhasabah...

4. erti persahabatan yang mana kawan saya sanggup menunggu seharian untuk kawannya. terima kasih hamizan=)

IMAM MUDA...coming soon=)

April 22, 2010

IMAM MUDA..stage1






Jumaat,16hb April 2010:

"Mizan,esok free x? teman ana g KL"
"boleh...boleh..nak g mana?"
"Ana nak g Imam Muda..huhu..kat Kompleks Pusat Islam."
"dekat area mana tu ek?"
"sebab tu ana ajak enta...huhu..kita tengok goggle map la..=)"

Mesej yang mengharapkan sahabat saya menemani saya untuk audition Imam Muda esok. Alhamdulillah..dia setuju.

Malam,saya istikharah lagi...kalau-kalau tak jadi pergi. Tapi setakat ini..tiada keresahan di hati..maknanya JADI PERGI..

Malam ni juga saya gosok baju.Nak pakai baju apa ye..ala ustaz ke atau korporat..lastly,ala urat=ustaz+koprat.

Esok bertolak pukul 7.30pg. So tido awal...Selamat malam=)

Sabtu,17hb April 2010:

"Salam..dah bangun belum?" mesej saya kepada sahabat saya pada pukul 7 pagi. Seawal 5pagi saya dah bangun. MAcam nak raya plak.

Alamak...nape la tak reply mesej ni. call pun tak angkat. tak sedar ke ni..Jam menunjukkan pukul 7.30pg.

"Sori..sori..dah bangun. Ni nak gerak dah."tiba-tiba dapat mesej dari mizan.fuhhh..lega.tunggu je la.

Ishh...mana plak dia ni..dah pukul 7.50pg. Lamanya nak sampai.biasa 5minit je..risau betul saya. call xangkat. takut la..mana tahu excident ke..baru je nak gerak pergi rumah dia,nampak kelibat dia..alhamdulillah..suka buat suspen..

Apa lagi..tepat jam 8.00pg..saya pun bertolak bersamanya menaiki JGQ 3951. Motor rempit saya...

8.20am:
Saya tiba di Kompleks Pusat Islam Wilayah Persekutuan. Saya pun melangkah kaki ke tempat pendaftaran. erkkk...kita ni nak kat mekah ke?ramai yang pakai jubah. Memang macam Imam..Saya plak macam nak pergi temuduga siak masjid.hehe.

"Ada bawak gambar?"
"takde"
"salinan ic?"
"pun xde. Perlu ada ke?sebab saya baca paper takde pun suruh bawa gambar n salinan ic"kataku tenang.
"ok.takde takpe.isi borang ni"
hehe..yang kelakarnya,yang jaga kaunter tu india. aku kat mana ni?????

Masa isi borang..banyaknye nak kene isi. alamak,nak IC mak ayah. Lepas tu butiran lengkap kawan baik.apa lagi...maklumat dihujung jari. sms sesiapa yang berkenaan...Masa isi borang ni,kameraman dah rakam gambar...belum masuk lagi tu..hehe..(perasan)

"Ok siap!. enta tak nak masuk ke?jom la sekali"
"taknaklah..nak amek je borangnya.buat kenangan"

Sahabatku memang tak nak masuk. Tapi saya ajak juga dia. buat teman. mana tau rezeki dia dapat.

Setelah lengkap borang Imam Muda diisi..beratur ambil no giliran..1688. dah seribu ke?taklah..baru 88 orang..start 1600.layannnn...

10.00pg:
audition bermula. fuhhh...buat kat dewan.semua orang tengok..malunyeee..ingatkan macam AF.kat bilik...ermmm..layannnn...

Saya pun duduk menunggu giliran..peserta menunjukkan kehebatan masing-masing. Saya berkenalan dengan orang kiri dan kanan saya.Hafiz,21 dan hisyam,27(cukup syarat=)..Hafiz masih belajar di koleh KPTM Tmn chemeling dan en hisyam sedang bekerja dengan kerajaan. Mereka berdua inilah yang menjadi temanku sehingga kami di temuduga.

12.30tgh:
baru peserta ke-44. Lambatnye...hanya 3 orang yang layak setakat ni..yang imam masjid pun tak dapat. bacaan ala imam mekah pun tak dapat. alahaiii apa la aku ni...macam tak dapat je.moral down!!

"Ok,memandangkan setakat ni peserta ada 300lebih,kita akan seperate kepada 2group pukul 2 nt..sekarang ni kita berhenti rehat untuk solat zuhur.pukul 1.50ptg kumpul semula"kata pengarah program rasanya...

1.00ptg:
Saya dan sahabat makan tengahari berdekatan dengan pudu..jauh juga tu..ikut je la.saya bukan tahu pun jalan KL. "makan je mizan,ana belanja. sian enta tunggu ana..=)" kesian saya tengok sahabat saya. sampai tertido tunggu saya..Terima kasih mizan.

Setelah makan,kami solat di masjid negara. Jam menunjukkan pukul 2ptg.takpe..tenang...

2.10ptg:
Saya masuk ke dewan. ketika ini dah dipecahkan kepada 2kumpulan. harap-harap cepat la..tapi tunggu punya tunggu...tak mula juga.

3.30ptg:
Kami masuk ke dewan lain.ada 10 peserta semuanya..ketika duduk menunggu giliran..eh,imam masjid sek7. watpe ust kat cni...saya hanya memerhati dari jauh. kami menyapa dengan saling mengangkat tangan..pastinya giliran saya nanti dia akan tengok.huhu...

4.20ptg:
giliran saya. sebelum saya,hafiz. Alhamdulillah..dia lepas.

"Sekarang dijemput saudara Khairul Anwar bin Ateh"kata juri.

saya pun melangkahkan kaki dengan penuh semangat.

juri: ok,perkenalkan diri anda

saya: Assalamualaikum. nama saya khairul anwar bin ateh. asal dari yong peng,johor. berumur 22thn. no saya 1688.

juri: Ok khairul. Dengan apa yang awak tulis dalam borang ni buktikan yang ianya adalah benar. Sebagai seorang imam,sila baca al fatihah dengan mengikut cara bacaan anda serta bertajwid. Kalau boleh bertaranum silakan...

Saya pun mulakan bacaan Al fatihah dengan alunan sendiri.ilal akhir ayat....amin..

juri: suara kamu mengujakan saya. ok anwar,berikan saya ayat yang hukum tajwidnya izhar syafawi..

Alhamdulillah..saya rasa syukur sgt respon yang juri beri. dan saya dapat jawab soalan tajwid yang diberi...alhamdulillah..

juri: Awak kata awak boleh bertaranum. cuba bawa lagu hijaz dalam surah lazim

Saya: Saya tahu 2 lagu je..bayati dan nahwan. Lagipun dah lama saya tinggal masa sekolah dulu..

Juri: Ok..bawa lagu nahwan.

Saya bawa surah Al kafirun..ingat-ingat lupa lagunya...layannnn

Juri: ermm...agak lari dari lagu nahwan.tapi part tinggi tu awak dapat bawa dengan sempurna.pitching tak lari..

Saya senyum saja...

Juri: Jadi..Saya rasa takde apa lagi nak komen awak. Dengan ini saya terpaksa menolak awak ke stage seterusnya....tahniah

Saya: Alhamdulillah..Terima kasih.

Masa turun dari pentas,saya bersalaman dengan Imam Masjid Sek7,ust hakeem.

"Tahniah..selalu nampak enta,tapi tak tegur pun. Lepas ni boleh la ganti ana,sebab ana pun dah takde suara ni.nanti kita bincang..."kata ust hakeem.

4.30ptg:
Berhenti solat asar. saya menelefon mizan. Dia solat di masjid negara. kesian pada dia menunggu saya. hampir satu hari. yang pastinya stage 2 malam nanti...

bersambung...nantikan IMAM MUDA stage2 yang penuh kontrovesi..hehe..

Taujihad