Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

April 2, 2012

Tahniah anda layak

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Sykur pada Allah hari ini nikmat yang telah Kau berikan pada hambaMu meskipun dosaku menggunung tinggi.

Petang tadi aku melihat papan notis di fakulti akan ada perjumpaan "finishing school" untuk pelajar sem akhir pada 6 dan 7 April ni. Kehadiran diwajibkan.

Aku mula risau.

Pada 7 April aku diminta untuk bagi motivasi di Melaka. Sebulan lebih janji dengan penganjur. Aku terus meluru ke pejabat fakulti meminta pandangan atau mudahnye meminta keizinan untuk tidak hadir. Aku diminta berjumpa dengan kaunselor.

Aku tak buang masa. Terus menuju ke bilik kaunselor.Oh, muda lagi orangnya.hehe...

Setelah aku menerangkan apa yang berlaku..
kaunselor pun berkata "untuk  finishing school ini kita nak ajar student soft skill macamane nak dapat pekerjaan,so kalau awak dah ada kerja dan motivator itu sendiri punyai skill dalam comunication tak perlu awak pergi. Just tunjuk kan surat dari company atau penganjur"

Lega aku bila dengar macam tu. "Baiklah,saya akan hantar surat tu nanti"..Aku pilih motivasi ni sebab sebulan lebih aku siapkan slide presentation..huhu.berdepan dengan pelajar-pelajar orang asli..aku jawa!

Selesai masalah..

Sampai kelas. Lectrer pun masuk..eh ada calling..
"Saya *** dari astro. Lepas sesi penilaian ujibakat online awak terpilih untuk ke peringkat seterusnya.."

ALLAHUAKBAR!!

Apa lagi yang perlu aku ucapkan melainkan syukur kepada Allah..Alhamdulillah...

"Jadi awak diminta datang pada hari Jumaat ini jam 8pg"

Alamak..aku ada kelas waktu tu..."saya final sem skrg,jadi pagi tu saya ada kelas. Sebaiknya ada official letter dari astro untuk saya serahkan pada pensyarah saya"

"Baiklah..jadi awak boleh datang ya nanti"
"Insyallah.."

Sepanjang kelas aku tersenyum dan nak nangis...walupun subjek tu susah..hehe...Alhamdulillah..

Ada lagi..masalahnya Jummat tu ada perjumpaan student engineering dengan VC, Dato Sahol. Ah sudah....
Takpe, aku tunjukkan surat tu jugak nanti..selesai.

Hari ini..Allah swt memberikan nikmat kepada hambaNya tanpa disedari..Sesungguhnya nikmat dari Allah itu adalah rezeki yang hanya Allah layak memberinya...

Jangan jadikan aku manusia yang kufur nikmatmu dan jangan jadikan ianya istidraj bagiku..

Doakan kejayaanku nanti...Amin

1 comments:

Ateh Salim said...

Ayah mendoakan agar Nuar berjaya dalam semua lapangan yang diceburi.

1. Memberi/menyampaikan ceramah: Bukan semua orang diberi anugerah seperti itu. Teruskan.

2. Program IMAM MUDA: Semoga percubaan kali ini berjaya. Insyallah.

3. Jumaat nanti balik, guna kereta ayah (termasuk minyak) untuk ke tempat ceramah nanti. Hehehe..

Taujihad