Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

August 22, 2009

MALAM RAMADHAN


"Syeh,malam ni enta imam di kolej Melati ea"kata Fadhil.
"Eh,ana mintak maaf sangat. Ana balik petang ni."jawapanku yang mengecewakan.
"La...macamane ni. Enta cari pengganti la ea. Ana rasa dayat free malam ni."katanya disertai cadangan yang bernas.
"ok..terima kasih ea. Nanti ana cari pengganti."jawapan penyudah dariku.

Malam Ramadhan saya diminta untuk menjadi imam di Kolej Melati yang penghuninya pelajar perempuan. Saya dah dimaklumkan untuk jadi imam tapi tidak tahu giliran saya malam tu. Tapi saya xboleh sebab nak balik petang tu.

Dipendekkan cerita saya pun meminta pertolongan sahabat,dayat untuk menggantikan tempat saya malam tu.Susah jugak nak minta tolong..maklumlah 'jawatan' yang mnggerunkan. Setelah di pujuk rayu,akhirnya dia bersetuju..Tapi..

"Nuar,bilal sape?"katanya.
"A'ah bilal...kena cari sendiri la."jawapan lepas tangan.
"Ha..cantek sikit. Enta carikan untuk ana. Kalau x ana xnak jadi imam."cubaan mengugut.
"Ok..ok..rilex r bro.ana carikan."responku tenang.

Cari punya cari ada dah bilal. Masih ada lagi yang berminat.hehe..terima kasih zaki.

Pada jam 8.20pm:
"nuar,kak ngah tak jadi balik malam ni. ada hal..sori banyak-banyak."mesej yang saya terima dari kakak saya.saya tumpang dia nak balik johor. Tetiba xjadi pulak.xpelah..memang nak kena jadi Imam jugaklah jawabnya..

Saya pun terus sambar jubah yang dipakai untuk solat jumaat tadi. Tengah nak bersiap dapat call..
"assalamualaikum..ni yang jadi imam kat kolej melati ke?"satu pertanyaan.
"waalaikummussalam..ye saya anwar."jawab saya.
"ada tak malam ni?tahu kolej melati?"pertanyaan ke dua.
"ada..kolej melati?tahu.."kataku yang agak tercabar. Kolej melati betul-betul dihadapan fakulti saya. dah 1tahun lebih..kalau xtahu baik xyah jadi student uitm.hehe...

Bawak motor macam mat rempit islamik. mana taknye pakai jubah..haha..bila sampai je di Kolej Melati...
"subhanallah..boleh ke aku jadi imam ni?"ketika ni kakiku mula 'breakdance'.
Mana tak gugup bila tengok pelajar perempuan makmumnya.solat pula di dewan makan..memang la ramai yang amat. Nak xnak kena kuat jugak. Masa ni la istighfar selalu..selawat.nak tenangkan diri.

Alhamdulillah..semasa mengimamkan solat isyak dan terawih tak rasa gugup..boleh dikatakan lancar..Maka selesai tugas saya malam tu..

Lepas ni imam di kolej mawar.pun perempuan jugak..tengoklah nanti..
sekian untuk perkongsian bersama.

Wallaualam.

August 19, 2009

AHLAN YA RAMADHAN


Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban. Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!". Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga" (At-Targhib, jld.II, 217-218)

Marilah sama-sama kita berazam moga Ramadhan kali ini benar-benar menjadi madrasah tarbiyah pada diri kita. Melatih kita menjadi manusia yang sabar dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

AZAM saya bulan RAMADHAN ni:
1. Qiamullail 2x seminggu (xdapat tidak). Insyallah
2. Khatam Al quran
3. Hafaz surah-surah pilihan
4. Jaga percakapan dan tingkahlaku
5. Study dan study
6. menderma sebanyak mana yang boleh

6 perkara yang perlu saya fokus.ANDA pula? Marilah sama-sama kita berazam moga ramadhan kali ini memberi makna buat kita. Mungkin ini RAMADHAN yang TERAKHIR buat kita..

Wallahualam
SALAM RAMADHAN

August 18, 2009

SERBA TAK KENA

Selepas menggunakan cermin mata ni..rasa lain pulak. Berikut adalah yang saya alami:

1. Merasa rimas dengan kehadiran cermin mata ni
2. Merasakan mata disebelah kiri lain dari mata sebelah kanan
3. Mata disebelah kiri selalu berkelip-kelip.
4. Merasa lebih dewasa..hehe.
5. selalu sakit kepala yang amat.
6. Cepat mengantuk

ermm...berfikir..dan terus berfikir..apa yang sedang aku hadapi..

August 15, 2009

MYOPIC



Thats mean able to see clearly only what is close..maknanya kena pakai cermin mata la..Siapa yang nak pakai??

SAYA la....
sejak kebelakangan ni...saya tidak dapat melihat dengan jelas apa yang ditulis oleh pensyarah di dalam kelas. Kabur..

"Ko nampak tak apa yang aku nampak?"tanya saya kepada kawan yang disebelah saya.
"Nampak...Nape?"kata dia.
"aku kurang jelas.kabur."kata saya.
"oo..aku ingat xnampak terus.kalau x,maknanya....."katanya lagi yang mengundang kemarahan.

Selepas itu,kepala saya semakin pening dan semakin menganggu penglihatan saya. Maka saya memutuskan untuk pergi cek mata di kedai optik seksyen 7.

"akak..nak cek mata.free kan?"sapa saya sambil tersengih.
"a'ah..meh duduk."katanya.
"ni dah wajib pakai spek.rabun jauh."tambahnya.
"ye ke kak?.so macamane ni?"kataku.
"adik tengok la frame ape nak.."katanya.

Saya blur..xpasal-pasal suruh tengok frame.kalau boleh malas nak pakai spek. saya ni lasak orangnya. dipendekkan cerita saya pergi ke kedai cermin mata bersama abang saya yeng merupakan pemakai cermin mata.Akhirnya...terbelilah cermin mata berpowerkan 100 berharga RM.......hehe.

So inilah kesannya..

August 5, 2009

TAHNIAH PMH!!

UITM SHAH ALAM-Pada 3 dan 4 ogos yang lalu, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah mengadakan Pameran Persatuan dalaman UiTM yang berdaftar di bawah HEP. Persatuan Mahasiswa Hadhari juga terlibat dalam pameran ini.

PMH telah mendapat Anugerah bagi keahlian teramai sepanjang pameran berlangsung iaitu 170 ahli. Manakala anugerah pameran terbaik jatuh kepada Kelab Hoki UITM. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan pimpinan dan exco PMH juga tidak lupa kepada ahli dalam menjayakan pameran ini. Moga Allah membalas jasa dan tenaga yang kalian curahkan.

Semoga PMH dapat bergiat dengan lebih maju supaya nilai-nilai Islam dapat diserapkan kepada mahasiswa UITM khususnya.

Mabruk!!




Taujihad