Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

August 22, 2009

MALAM RAMADHAN


"Syeh,malam ni enta imam di kolej Melati ea"kata Fadhil.
"Eh,ana mintak maaf sangat. Ana balik petang ni."jawapanku yang mengecewakan.
"La...macamane ni. Enta cari pengganti la ea. Ana rasa dayat free malam ni."katanya disertai cadangan yang bernas.
"ok..terima kasih ea. Nanti ana cari pengganti."jawapan penyudah dariku.

Malam Ramadhan saya diminta untuk menjadi imam di Kolej Melati yang penghuninya pelajar perempuan. Saya dah dimaklumkan untuk jadi imam tapi tidak tahu giliran saya malam tu. Tapi saya xboleh sebab nak balik petang tu.

Dipendekkan cerita saya pun meminta pertolongan sahabat,dayat untuk menggantikan tempat saya malam tu.Susah jugak nak minta tolong..maklumlah 'jawatan' yang mnggerunkan. Setelah di pujuk rayu,akhirnya dia bersetuju..Tapi..

"Nuar,bilal sape?"katanya.
"A'ah bilal...kena cari sendiri la."jawapan lepas tangan.
"Ha..cantek sikit. Enta carikan untuk ana. Kalau x ana xnak jadi imam."cubaan mengugut.
"Ok..ok..rilex r bro.ana carikan."responku tenang.

Cari punya cari ada dah bilal. Masih ada lagi yang berminat.hehe..terima kasih zaki.

Pada jam 8.20pm:
"nuar,kak ngah tak jadi balik malam ni. ada hal..sori banyak-banyak."mesej yang saya terima dari kakak saya.saya tumpang dia nak balik johor. Tetiba xjadi pulak.xpelah..memang nak kena jadi Imam jugaklah jawabnya..

Saya pun terus sambar jubah yang dipakai untuk solat jumaat tadi. Tengah nak bersiap dapat call..
"assalamualaikum..ni yang jadi imam kat kolej melati ke?"satu pertanyaan.
"waalaikummussalam..ye saya anwar."jawab saya.
"ada tak malam ni?tahu kolej melati?"pertanyaan ke dua.
"ada..kolej melati?tahu.."kataku yang agak tercabar. Kolej melati betul-betul dihadapan fakulti saya. dah 1tahun lebih..kalau xtahu baik xyah jadi student uitm.hehe...

Bawak motor macam mat rempit islamik. mana taknye pakai jubah..haha..bila sampai je di Kolej Melati...
"subhanallah..boleh ke aku jadi imam ni?"ketika ni kakiku mula 'breakdance'.
Mana tak gugup bila tengok pelajar perempuan makmumnya.solat pula di dewan makan..memang la ramai yang amat. Nak xnak kena kuat jugak. Masa ni la istighfar selalu..selawat.nak tenangkan diri.

Alhamdulillah..semasa mengimamkan solat isyak dan terawih tak rasa gugup..boleh dikatakan lancar..Maka selesai tugas saya malam tu..

Lepas ni imam di kolej mawar.pun perempuan jugak..tengoklah nanti..
sekian untuk perkongsian bersama.

Wallaualam.

2 comments:

Ayah said...

Tahniah ayah ucapkan atas amanah yang diberikan. Cuma jangan leka dengan tugas seorang pelajar...perjalanan masih jauh. Dugaan dan cabaran ada di mana-mana.
Mak dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik.

anak ateh said...

terima kasih

Taujihad