Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

September 24, 2009

SabaRia

Bulan Ramadhan yang lalu bulan yang menguji kesabaran kita semua. Sabar dalam menempuh kehidupan harian ketika diri menahan lapar dan dahaga..

Tetapi,bulan syawal juga tidak diketepikan dalam bulan yang menguji kesabaran kita semua. Mana taknye, jalan yang penuh sesak, kemalangan, org potong line, hilang beg duit, tertukar baju melayu(hehe)..dan mugkin banyak lagi yang boleh anda senaraikan.

“ish..ni jem sampai yong peng ni.”kata kwnku . Ketika ini baru tiba di parit yaani. Perjalanan yang biasanya memakan masa 15minit,tetapi kerana kereta yang terlalu banyak menyebabkan perjalanan mengambil masa selama satu jam lebih.

Masa ni, jalan yang selorong boleh jadi tiga lorong. Last-last jadi selorong balik. Itu yang punca sesak sebenarnya. Sebabnya sifat sabar semakin berkurangan dalam diri kita..masing-masing nak cepat . kena ikut turn la..beradab sikit.

Bila sabar pun dah hilang..jangan pula nanti nangis kehilangan nyawa. Masa ni menyesal pun dah xberguna.

Tapi bila kita bercakap soal SABAR ni memang payah. SABAR ni bukan macam benda yang boleh kita nampak secara zahirnya. Bukan benda yang boleh kita keluarkan dan simpan. Tapi ianya bersifat batiniah yang letaknya di hati. Dan ianya berkait rapat dengan ketaqwaan kita kepada Allah..sebab itu nabi saw bersabda,”Sabar itu sebahagian daripada iman.” Bukan iman anak buah saya, tapi iman yang menjadikan kita semakin dekat dengan Allah swt dan menjadi penghalang dari kita melakukan kesilapan.

Saya berbincang tentang benda ini sebab kata-kata mak saya masih terngiang di telinga saya. Tentang SABAR.Menyebabkan saya selalu bermuhasabah diri sendiri. Terima kasih mak..

Semasa saya di wad akibat denggi, satu tahap saya mengalami tension yang amat sangat. Kepala rasa nak pecah. Suhu badan 39 darjah celcius. Saya nak mengamuk je kejenya. Serba tak kena. Menangis..Bila mak saya datang melawat, saya merungut dengan mak..lepas tu mak cakap,”Kau kan selalu cakap,bila kita sakit ni kan ujian Allah. Mesti ada hikmahnya. Tanda Allah sayang kita.”Zuuuuppppp...terus masuk dalam diri saya. Tersentak saya..terdiam.”betul mak....”kata hati saya. Masa nilah saya dapat mengontrol diri. Lebih tenang..

YA. Kita sering berpesan kepada orang lain bila mana mereka diuji dan kita berpesan,”sabarlah..”Lepas tu kawan pun cakap,”boleh la ko cakap sabar,ko tak rasa apa yang aku rasa.”Kita balas balik,”mesti ada hikmahkan..”

Tapi bila kena batang hidung sendiri?amek kau sekali!.huhu..perkara ni yang selalu bermain di fikiran saya dan sentiasa bermuhasabah.

Maka..apa yang kita cakap kena fikirkan. Bukan main cakap je. Kawan saya selalu cakap,”ko ni cakap macam xde otak.”maksudnya ikut sedap mulut. Sebenarnya dengan percakapan kita bermuhasabah.

Allah swt berfirman:

“Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.”

(As-saff:2-3)

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala,

taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan

hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala

harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa

mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam

dosa maksiat, maka harus membaca istighfar

-Abul -Abbas Al Masri

SABAR ya,bukan SABARiah..

Selamat beramal dan renung-renungkan

Anda buat anda dapat.ahakss

0 comments:

Taujihad