Agama buat kehidupan di akhirat,harta buat kehidupan di dunia.Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara.-Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Aksi goyang gerudi Inul ketika umat Islam di Malaysia sedang menyambut Aidiladha
Akhirnya cita-cita Inul Daratista untuk membuat goyang gerudi di Malaysia tertunai ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dan menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as.
Bertempat di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam Inul mengoyangkan 360 darjah gerudinya yang memukau kira-kira 5,000 penonton. Persembahan itu diadakan secara percuma kononnya untuk pekerja Indonesia di negara ini.
Tiket percuma dan terhad kepada warga Indonesia bukan isunya. Isunya, ia diadakan di negara ini ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. Persembahan Inul yang terkenal dengan imej aksi goyang gerudi dengan kelucahan melampau ternyata menghiris hati dan perasaan umat Islam di negara ini. Siapa yang membenarkan persembahan itu diadakan di negara ini?
Mana perginya ulama' yang sibuk mempertahankan isu yang remeh tp soal ini menjadi batu..
akhirat nanti kalau Allah bertanya kepadaku,aku akan menjawab; "Ya Allah..waktu aku hidup,aku takde kuasa. Tapi aku nyatakan kebencian dalam hatiku. Janganlah kau laknatiku andai perkara itu masih berlaku."
Adakah dengan membenarkan Inul membuat konsert di negara ini semalam merupakan salah satu syarat pengorbanan yang menjadi tuntutan dan ajaran Islam.?
"Jangan sampai mata kita akan 'digerudi' oleh Allah akhirat nanti"..nauzubillah..
"Sebaik-baik Cahaya" sedang mensusuri hidup sebagai Hamba Allah s.w.t. Doakanlah keberjayaannya dalam mentarbiyah diri kerana dihadapannya terbentang luas perjuangan yang perlu diteruskan bahkan memerlukan pengorbanan yang ikhlas. Demi mencari keredhaan Allah s.w.t...
Engkau terlalu mengharapkan pada manusia Tapi Kau ketepikan Allah Maka atas dasar apa engkau berkata?
Engkau terlalu harap dia mencintai engkau Sedangkan untuk mencintai Allah kau tak pernah fikirkan Maka atas dasar apa engkau berkata?
Engkau terlalu mengharapkan kejayaan dunia Tapi kau tak pernah solat dan apatah lagi berdoa Maka atas dasar apa engkau berkata?
Engkau sibuk..sibuk..sibukkk Tapi kau tak pernah sibuk dalam mengingati mati Maka atas dasar apa engkau berkata?
Jangan kau geli dan jijik pada mereka itu lantas apa yang engkau usahakan dalam menegakkan agamamu? Maka atas dasar apa engkau berkata?
Engkau tak malu ke mengaku Islam.. sedangkan aurat kau seperti mereka yang bukan Islam Maka atas dasar apa engkau berkata?
Hei.. Jangan kau berbangga dengan amalan yang kau lakukan Jangan bangga dengan derma yang kau hulurkan Barangkali ianya sia-sia belaka Maka atas dasar apa engkau berkata?
ermm.. Kau rasa senang didunia sekarang? duit..kereta..rumah..anak-anak..kau dah ada semua belum tentu akhirat nanti kau seperti sekarang.. Maka atas dasar apa engkau berkata?
Aku? goyang kaki... hisap rokok.. biarkanlah..ada orang yang buat..dah dibayar gaji Jangan sibuk tepi kain orang Kubur lain-lain Syurga neraka bukan kita tentukan Jaga diri sendiri.. MAKA ATAS DASAR APA AKU BERKATA?
Harap peminat setia blog 'Sebaik-baik Cahaya' sihat sejahtera di bawah Rahmat Kasih Sayang Allah.
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua apa yang saya peroleh semasa mendengar kuliah maghrib tempoh hari.
"Hari Raya Korban"
Barangkali kita menganggap terlalu awal untuk membincangkan Hari Raya Aidiladha ini. Hakikatnya kita silap..Ini kerana:
1)Hari Raya Aidiladha lebih besar dari Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana, kita dibenarkan bertakbir pada Hari raya Aidilfitri pada raya pertama saja. Sedangkan Hari raya Aidiladha membenarkan kita bertakbir selama 4 hari(10-13 Zulhijah).
2) Kalau Hari Raya Aidilfitri,kita war-warkan sebulan awal (di bulan Ramadhan) bahkan melalui televisyen sudah mempromosi cerita-serita yang ditayangkan pada hari raya ke-28. TETAPI Mengapa tidak pada Hari Raya Aidiladha kita war-warkan sebulan awal juga. bahkan sepatutnya lebih awal dari itu.
Inilah kesilapan yang kita terlepas pandang..
Sebagaimana yang berlaku pada zaman Nabi SAW ada dua perayaan yang disambut dan menjadi kemarahan Baginda, iaitu:
1)Perayaan Nairuz- menyambut perayaan dengan hiburan semata-mata
2)Perayaan Mahrajan- menyambutnya dengan hidangan yang enak-enak hingga membazir
Saya memerhatikan inilah yang berlaku di zaman kita sekarang. Tidak kira raya apa sekalipun, hiburan melampau-lampau.Masakan tidak raya pertama sudah ada "konsert bersama.....".
Kita juga dihidangkan makanan yang enak-enak selama sebulan. Kadangkala ianya menjadi satu pembaziran..
Bukankah hari raya kita memuji Allah S.W.T dengan takbir dan tahmid. Juga menilai sejauh mana perubahan taqwa kita kepada Allah.
Sama-sama kita renungkan..
Jom kita lihat pula apa yang dikatakan KORBAN.
Peritiswa korban sinonim dengan kisah penyembelihan Nabi Isa as yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam surah As-Saffat,ayat 100-111: Ayat ini memberitahu kita beberapa perkara;
1) Keimanan yang tinggi kepada Allah sehinggakan Nabi Ismail sanggup disembelih dan Nabi Ibrahim sebagai penyembelih semata-mata ianya adalah perintah dari Allah.
2)Membuktikan bahawa Allah s.w.t sedia menebus apa saja sebagai ganjaran kepada kita sekiranya berkorban demi agama Allah s.w.t. Sebagaimana Allah menebus nabi Ismail dengan seekor kibas kerana Nabi Ibrahim benar-benar melakukan suruhan Allah.
Adakah ini menunjukkan Allah zalim? Bukankah Allah boleh memberitahu Nabi Ibrahim supaya menyembelih seekor kibas?Tetapi kenapa Allah tukarkan dengan seekor kibas..Sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
Maka perlu diketahui inilah ujian para Nabi dan Rasul kita. Ujian untuk menguji keimanan kepada Allah. Sebab mereka Nabi lah mereka mampu melaksanakannya.
Bagaimana kalau kita?Tidak mungkin akan berlaku kerana:
1) Allah tahu sejauh mana keimanan umat akhir zaman
2) Tiada lagi wahyu selepas wafatnya Nabi Muhammad saw
3) barangkali kita berkata "ayahku seorang gila" dan "anakku pun gila sama"
P/S:tapi hari ni banyak kes bunuh sebab apa ek?
Inilah sunnatullah..Ujian yang Allah berikan kepada kita bergantung dengan kesanggupan kita untuk menguji keimanan kita kepada Allah. Maka Allah telah menjelaskan di dalam surah Al Ankabut ayat 2-3:
"Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta."
(Al Ankabut:2-3)
Dimaklumkan akan berlaku nanti semasa Hari Raya Aidiladha demonstrasi orang kafir di seluruh dunia sebagai protes terhadap orang Islam kerana membunuh binatang. Mereka mengatakan Islam itu zalim. Adakah Ianya zalim? Sekiranya persoalan ini diajukan kepada anda,apa yang anda akan jawab? Barangkali kita hanya mengatakan "Inilah agama kami" atau "nanti saya tanya ustaz ye.."
Maka Muhammad Zakir yang merupakan anak didik kepada Ahmed Deedat (seorang pendebat Islam yang cukup hebat) juga merupakan seorang doktor di India telah melakukan kajian mengenai penyembelihan cara Islam. Adakah ianya menyakitkan?
Dan ini jawapan yang perlu kita sampaikan kepada orang kafir itu:
1) Penyembelihan Islam itu yang terbaik dan menyucikan
2) Menyucikan dari segala kekotoran dan sifat binatang itu ke dalam diri kita apabila kita memakannya.
3)kerana, kuman itu akan bergerak dalam darah kita. dan penyembelihan Islam itu adalah memotong saraf tunjangnya untuk mengeluarkan darah pada binatang itu.(secara sains)
p/s: kalau kita sakit,puncanya makanan sebab sembelih tak betul atau xsembelih langsung sebab punca penyakit dari binatang itu (ayam/lembu)
4) Sebab itu kita disarankan supaya memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam. supaya binatang itu tidak terasa dengan hirisan pada lehernya.
Maka juga akan dipersoalkan, kenapa bila sembelih binatang itu meronta-ronta?adakah itu tanda kesakitan?
1)TIDAK sama sekali. binatang itu meronta-ronta kerana berlaku proses pengecutan otot kerana pengurangan darah dalam badan. Bukan sebab sakit...
p/s: barangkali boleh menanyakan pada doktor haiwan lebih terperinci SUBHANALLAH......MAHA SUCI ALLAH...
Terlalu cetek ilmu ku terhadapMu ya Allah..
Sedikit mengenai ujian..
Adakah kita menganggap ujian dari Allah ini satu bebanan pada kita?ada dua perkara mengenai ujian ini:
1) sebagai tanda Allah meninggikan darjat kita
2) Sebagai istidraj untuk menyesatkan kita..nauzubillah..
Allah menurunkan ujian ada sebabnya. Kita lihat contoh ACHEH..sebelum tsunami itulah tempat segala maksiat dan tiada perbezaan agama walaupun banyak golongan alim ulama' di sana. TETAPI bagaimana selepas tsunami? ACHEH kini melaksanakan undang-undang Islam( sebat kepada penzina). Tidak membenarkan golongan wanita memakai jeans...
SUBHANALLAH..sekali lagi ENGKAU buktikan kekuasaanMu..
Bagaimana Malaysia?
Sama-sama kita renungkan...
Mudah-mudahan apa yang sampaikan mudah difahami dan meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT. Maaf dalam keterbasan ILMU. segalanya adalah milik Allah SWT
Di saat menghitung dosa-dosa aku kepada Mu Tuhan Aku tahu Kau sedang melihat hambaMu ini yang terlupa asal usul kejadiannya yang selalu hanyut dengan keasyikan dunia hingga terabai segala amanah yang Kau berikan
Tuhan.. Betapa aku rindu menghadapMu Tapi aku malu denganMu Malu dengan lambakan dosa aku padaMu Malu dengan sikapku yang meminta-minta padaMu sedang diri sering ulangi kesilapan demi kesilapan Tidaklah layak bagiku mendapat syurga disisiMu Tapi berilah aku secebis CINTAMU kepada ku agar luluh diriku bila kenangkan RahmatMU
Ya Tuhanku siapalah aku untuk berada dimuka bumiMu ini lantas menjejakkan kaki di atasnya Kemana untukku berlari?lari dari pandanganMU Sungguh tidak mampu aku lari dari sifatMu yang Maha Melihat
Tuhan.. alam ciptaanMu cantik sekali Bukit yang kau dirikan Langit yang kau apungkan Laut yang Kau hamparkan Siapalah aku untuk mencipta semua itu Besar sungguh KUASA Mu ya Allah.. Lantas memikirkan kerdilnya aku dihadapanMu Aku takut untuk ingkar kepadaMu Tuhan Aku takut...
Ya Tuhanku Aku ingin mati dalam Kasih SayangMu Mati yang pasti berjumpa denganMu untuk aku senyum dihadapanMu Berjumpa dengan pencipta segala Pencipta Rabbull alamin..
Biarlah air mata ini mengalir Mengalir semata-mata mengenangkan GhafarMu Agar bisa semangatku pulih semula kerana Harapanku PadaMu Subur Kembali..
Inilah anak sedara aku yang pertama. Kehadirannya memeriahkan keluarga ateh. Muhammad Iman nama diberi..saja nak tunjuk pic iman ni..macam pak andak dia masa kecil(aku la tu)..hehe..
Kita ketepikan sebentar novel 'Masih ada waktu..' Penulisan yang terlalu santai kadang kala memikirkan si Sham itu adalah penulis novel sendiri. Apa-apa pun kita tunggu pada bab seterusnya..
Apa yang anda tahu tentang 2012?
Filem terbaru arahan Ronald Emmerich telah mencetuskan kontrovesi yang mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun tersebut. Dan filem itu sedang mendapat tempat di malaysia sekarang. Malah hangat di iklankan..
"Never before has a date in history been so significant to so many cultures, so many religions, scientists, and governments. A global cataclysm brings an end to the world and tells of the heroic struggle of the survivors" (synopsis/terjemah sendiri dalam bahasa melayu)
Mempercayai Hari Kiamat merupakan salah satu rukun Iman yang wajib diyakini di dalam Islam. Dan ia merupakan perkara sam'iyat yang tidak dapat dilihat tetapi perlu diyakini. Hari kiamat itu pasti sebagaimana pastinya mati itu. Pada masa kini, kita merasakan bahawa dunia ini sahajalah alam yang nyata, sedangkan hakikatnya dunia ini hanyalah sebahagian dari alam yang benar-benar nyata. Menurut sebuah hadis, "Perbandingan kehidupan dunia dengan akhirat adalah bagaikan setitik air terhadap seluruh samudera."
Pada pandangan saya ada beberapa perlu kita fikirkan:
1)orang barat semakin hebat pengkajian mereka tentang Islam akhirnya dapat menghasilkan sebuah filem yang mana mereka faham dari Islam dan Alquran itu sendiri. TETAPI orang Islam itu sendiri?semakin hebat dengan ajaran sesatnya dan jenayah yang berleluasa..malah masih lagi tidak tahu membaca al quran.
2)Orang barat menerbitkan filem memperihalkan tentang hari kiamat. Ada baiknya menyedarkan kita dan menakutkan kita dengan kedatangan hari kiamat. walaupun hanya gambaran dan sebenarnya lagi dasyat. TETAPI orang islam kita sibuk dengan cerita TAHYUL/MISTIK/PROGRAM REALITI yang membawa kita hanyut dan terus hanyut..
Ini bukanlah filem pertama yang diterbitkan berkaitan yaumul qiyamah ini..Filem Armageddon, Independence Day, The Day After Tommorow, Deep Impact telah mencerminkan segalanya.
Apa yang saya bimbangkan tentang akidah kita kepada Allah..adakah manusia itu bisa mengetahui bila datangnya hari kiamat?Semua itu adalah kekuasaan Allah yang Mutlak.Di dalam Islam, isu kiamat itu memang pasti, tetapi isu BILA itu yang tidak kita ketahui. Maka manusia yang sentiasa ingin tahu dan tidak puas dengan face value pasti akan membuat ramalan demi ramalan.
Seharusnya, bukanlah isu ramalan-ramalan di atas yang perlu ditekankan. Apa yang lebih penting adalah kesediaan kita andaikata ramalan-ramalan itu berubah menjadi kenyataan. Apakah persediaan kita? Kalau hendak dikaji satu persatu, pasti kita tidak mampu, kecuali dengan izin Allah jua. Kita begitu bersemangat bercerita tentang kemungkinan-kemungkinan tahun 2012, sedang kita lupa pada hari ini. Hari ini akan tinggal dalam sejarah, tapi sejarah ini akan tetap dihitung, bukannya masa depan kita sahaja. Maka hendaklah kita sentiasa melengkapkan diri dengan segala keperluan-keperluan diri.
kalau anggota tentera yang hendak berperang membawa senapang, pistol, kereta kebal dan sebagainya, apa yang mungkin kita bawa menuju ke hari akhirat? Nak bawa pistol dan senapang juga?oh, katakan semua ini tidak benar?
JANGAN kita menjadi seperti manusia yang Allah kisahkan di dalam Al Quran:
Wahai orang yang beriman janganlah kekayaan dan anak anakmu mengalihkan perhatianmu dari mengingat Allah, agar engkau tidak menjadi orang yang merugi. Dan nafkahkan sebagian dari hata yang kamiberikan kepadamu sebelum datangnya kematian, sehingga engkau tidak berkata " Ya Tuhan, berikan kami tanguh beberapa saat. Niscaya aku akan bersedekah dan berbuat baik". Tapi tidak pada satu jiwapun Allah memberi tangguh ketika saatnya sudah tiba. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang engkau perbuat. (al Munafiqun 63: 9-11)
Jadi ketika kematian tiba, tidak akan ada lagi kesempatan kedua ataupun tambahan waktu. Kalau kita ingin berbuat baik, lakukanlah sebelum kematian itu tiba. Tak ada yang diberi tangguh, tak ada perkecualian.
Ketika kematian itu tiba pada salah seorang dari mereka, ia akan berkata. "Ya Tuhanku kembalikanlah aku, kembalikanlah aku, niscaya aku akan berbuat kebaikan yang selama ini aku lupakan." Tidak, tidak mungkin lagi. .... (Mu'minun 23:99-100)
1. hari Yang menggemparkan, 2. apa Dia hari Yang menggemparkan itu? 3. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Yang menggemparkan itu? 4. (hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu Yang terbang berkeliaran 5. dan gunung-ganang menjadi seperti bulu Yang dibusar berterbangan 6. setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang Yang berat timbangan amal baiknya 7. maka ia berada Dalam kehidupan Yang senang lenang 8. sebaliknya orang Yang ringan timbangan amal baiknya 9. maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" 10. dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia "Haawiyah" itu?11. (Haawiyah itu ialah): api Yang panas membakar. (Al Qaari'ah:1-11)
Adakah kita sudah berada di ambang akhir zaman? Atau adakah mungkin kita sendiri adalah di akhir zaman itu sendiri? Wallahu'alam.
Khairul Anwar Bin Ateh, nama diberi.Lahir pada 23hb Disember 1987 di Hospital Batu Pahat.Anak ke-4 daripada tujuh orang.lebih mesra dipanggil nuar.
PENDIDIKAN:
*UiTM Shah Alam (Mechanical Manufacturing)
*Politeknik Johor Bahru (Mechanical Am)
*SMKA Segamat
*SMK Jln Kolam Air (RKA)
*SKSB, Yong Peng.
Selamat melayari Sebaik-baik Cahaya.