BAB 1
"Saya tahu saya ni tak layak untuk awak. Awak tu baik,saya ni jahat."
"Bukan macam tu..entah la. Saya sendiri tak dapat nak bagi jawapan kat awak sekarang. Saya tak suka awak compare antara kita siapa yang jahat siapa yang baik. Manusia memang takde yang sempurnakan. Saya mintak maaf, saya tak dapat nak teruskan hubungan kita."
"saya doakan awak dapat yang lebih baik dari saya."
"terima kasih."
Kata akhir yang aku ucapkan cuba kuterima seadanya meskipun didalam hati ini ingin berbicara lebih lama lagi. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku merasakan satu kekosongan di dalam diri. Meskipun sudah 'berpunya' tetapi seakan-akan diselubungi kesunyian. Aku lebih senang bersendirian. Keputusan yang aku ambil kupegang sungguh. Moga Allah menunjukkan jalan kebenaran kepada kami berdua.
Nisa gadis yang aku kenali 5tahun dulu menjadi 'teman' yang paling rapat. Teman tapi mesra. Apa saja boleh diberikan untuk kami berdua memandangkan kami seperti pasangan yang secocok. Bermula dengan pertemuan yang agak ringkas. Disusuli saat-saat bahagia yang dicipta tetapi diakhiri dengan satu keputusan yang tidak di duga. Mungkin itulah yang dikatakan tiada jodoh. Maafkan aku Nisa. Bukan aku sengaja mempermainkannya. Tapi aku lebih mengerti sesuatu. Aku kini mengerti benar erti kehidupan.
Bukan senang untuk aku lupakannya.Gurau senda,hilai tawa,senyumannya membuatkan aku terkenang kenangan indah bersama. Lima tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Sering kali cuba dilupakan malah berkali-kali ia menerjah ke fikiran. Bukannya aku suka-suka menyakitkan hatinya. Dia seorang gadis yang baik bagiku. Lemah lembut,kadangkala terselit kemanjaannya. Tetapi tempoh lima tahun bukan suatu yang perlu aku banggakan. Kadangkala terasa penyesalan di hati sekiranya lima tahun itu aku manfaatkan seadanya.
"wei..sabtu ni join program tak?" suara Kamal mematikan lamunanku.
"Program apa?"aku bertanya.
"aii,ni tau ke buat-buat tak tau."Kamal cuba membuat mukanya sambil memandang aku dihujung mata.
"betul la..aku tak tau.Progam apa plak. Ohhh, main futsal ea."
"ha,tau takpe. Ko pergi ke tak?"tanya kamal seolah-olah tahu jawapanku.
"ermm...tak tau lagi. Tengok dulu la."jawapan dariku yang tak meyakinkan.
"ha..tu tak pergi la tu. Jangan la macamni wei..kita dah la jarang jumpa adik-adik ni. aku tau ko pergi..kalau tak siap ko."gertak si kamal yang buatkan aku berfikir panjang.
"insyaallah.."
Kamal, kawanku yang penuh dedikasi. berdisiplin dan meyakinkan. Dia saja yang memahami aku. Dialah yang bertanggungjawab membawa aku ke 'dunia baru'. Dunia yang menyedarkan aku kehidupan ini hanyalah sementara. Menyedarkan aku tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Berlatarbelakang sekolah agama, dengan kelebihan suara lunaknya sering menjadi mangsa untuk mengimamkan solat jemaah. Bacaannya ala-ala Said Ghamidi membuatkan aku lena dengan ayat-ayat Allah. Kadangkala lawaknya juga boleh pecah perut dibuatnya.
Aku mula mengerti makna sebuah persahabatan ketika menuntut di sebuah IPT. Aku rasa bersyukur sebab aku diberikan didikan agama yang cukup. Tetapi aku tak dapat menafikan hidup ini juga ada suka dan duka. Didikan agama tidak menjaminkan apa-apa andai kita salah memilih kawan. Aku suka pada sesuatu yang menjurus kepada keagamaan tetapi kadang kala kenakalan ku melebih-lebih. Jatuh dan bangun semula suatu yang rutin bagi aku.
"Sham,aku tengok muka ko ni dah macam cuka. Apa kes?dengar lagu jiwang lepas tu layan perasaan. mat jiwangbetul la."
"Ko ni..ada je la. Ntah la Kamal. Aku baru je 'break' dengan Nisa." Kamal memang sudah tahu tentang Nisa. Apa saja masalah yang berlaku antara aku dan Nisa,pasti Kamal orang yang pertama tahu.
"Aku dah agak..Tadi yang ko kata tak tau lagi nak pergi atau tak program sabtu ni sebab Nisa la kan?Rileks la bro..Ko kan hensem. Banyak lagi perempuan."katanya yang mengejutkan aku.
"Ko ni..betul-betul la.aku tengah tension ni."aku mencuka.
"Sham..ko pun tahu jodoh ni di tangan Tuhan. Buat apa ko nak risau. Aku tahu jawapan ko..ko sunyikan? Sham..Allah tu ada. Perasaan rindu tu Allah yang bagi..ko pernah rasa rindu kat Allah?"
Aku merenung ke dinding.
"Dah..dah..Malam ni,ada kuliah ust Zohdi. Ko azan la maghrib ni. Dah lama aku tak dengar ko azan."Kamal cuba memujuk ku.
Ya. Malam ni ada kuliah ust Zohdi. Ust yang paling sempoi. Gaya penyampaiannya yang bersahaja mudah untuk diterima. Aku dan kamal orang yang istiqamah di dalam kuliahnya. kalau takde kuliah kami orang pertama yang akan dimaklumkan. Permintaan Kamal meminta aku azan maghrib nanti aku cuba tunaikan.
Pernah sekali, ada seorang perempuan ingin berkenalan dengan aku sebab mendengar aku azan. Kalau tak silap azan maghrib. Macamana dia tahu aku yang azan? Rupanya sewaktu aku masuk ke bilik untuk melaungkan azan,dia mengintai di balik tirai.Ohhh..mengintai rupanya. Lebih kritikal rupanya dia kawan sekelas aku. Malu aku dibuatnya..
"Wei..await hang dah lama tak azan ?"loghat kedahnya keluar.
"Aku malu la. Lagipun aku taknak orang datang masjid sebab nak tahu siapa yang azan."kataku.
"Ooo..tapi hang azan sedap la."
"Terima kasih"
Peristiwa itu mengingatkan aku.Aku terima seadanya pujian itu. Moga ianya tak menjadi istidraj bagiku.
Kuliah yang cuba disampaikan Ust Zohdi pada malam itu agak santai. "Kasih Sayang Allah". Eh, Ustaz ni macam tau-tau je apa yang aku rasa sekarang. Sepanjang kuliahnya aku hanya membatukan diri. Mendengar dan hayati. Sudah menjadi kebiasaan ust Zohdi membawa tajuk yang ringan-ringan..Mudah diterima. Cuma kali ini menusuk kalbu ku. aku tersentuh. Selepas Solat Ust zohdi menyapaku.
"Sham..sihat?"
"Sihat. Ust sihat?"
"Sihat je. Saya ada orang jaga takpe. Sham ni saya tengok muram je. ada apa-apa masalah boleh kongsi dengan saya.Mana tahu saya boleh tolong ke"Katanya sambil tersenyum kepadaku. Percakapannya agak lembut memandangkan Ustaz zohdi merupakan orang terengganu.
"Ermm..ustaz ni lain macam je bunyi tu.Ntah la ustaz..saya rasa serba salah."
“Eh, kenapa Sham?ustaz ada buat salah ke dengan awak?” tanya ustaz.
“Eh,bukan macam tu ustaz. Saya ni semua orang dah kenal. Maklumlah aktif dengan persatuan. Ustaz pun tahu saya ni macamana orangnya. Saya tak suka orang panggil saya ni baik,alim..kadang-kadang saya rasa diri saya ni macam munafiq.”
Ketika ini air mataku mula mengalir dan membasahi pipi. Ustaz Zohdi membiarkan aku dan aku mengerti dia ingin aku ‘settlekan’ semuanya.
“Saya belajar agama. Saya tahu apa yang Allah larang. Tapi saya buat..hinanya saya ustaz. Saya bercinta dan sekarang saya dah putuskan hubungan dengan dia. Saya dah nekad. Cuma sekarang ni kenangan-kenangan tu keluar. Tapi ustaz, saya rasa tenang sangat dalam hati. Tak pernah rasa setenang ni.” Akhirnya ‘point’ utama keluar juga.
“Ermm...awak patut bersyukur sebab Allah masih sayangkan awak walaupun awak buat dah buat banyak silap.” Ustaz Zohdi mula memberi respon.
“ Berapa lama awak dengan dia?”
“Dah lima tahun ustaz.”kataku.
“Lama jugak tu. Ustaz pun macam kamu jugak dulu. Bercinta masa remaja. Tapi sekejap je. Biasa la tu darah muda. Cuma kesedaran yang kita dapat anggaplah ianya tanda kasih sayang Allah pada kita. Bukan semua orang dapat. Ada yang terus hanyut dan asyik dengan dunia cinta mereka. Tapi tidak pada awak.”
“Bila kita berubah ni Allah pasti akan uji kita. Betul tak? Sebab Allah nak tengok sejauh mana hambaNya nak berubah. Dah berapa lama awak putus dengan dia?”tanya ustaz.
“ada la sebulan ustaz..”kataku ringkas.
“Ha..satu bulan lama tu. Awak berjaya hadapi ujian tu. Lama-lama nanti ianya sebati dalam hidup awak. Dan akhirnya awak boleh lupakan semua masalah tu. Awak pun dah nampak kesannya..hati awak tenangkan?”kata ustaz yang membuatkan aku kembali semangat.
“Awak ni baik Sham. Cuma nakal je. Tentang jodoh ni kerja Tuhan. Apa yang ada depan awak belum pasti jadi milik awak..Sebab semua ni milik Allah. Cuma Allah akan janjikan yang terbaik buat hambaNya yang bertaqwa.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.Ok? sekarang ni awak rapatkan diri awak dengan Allah dan sibukkan dalam gerak kerja. Tumpukan belajar ok. Dan jangan sekali-kali awak ber’sms’ dengan dia buat masa ni. Kalau tak awak akan tewas” Pesanan yang ustaz tinggalkan memberikan peringatan buatku.
“Ermm..terima kasih ustaz. Susahkan ustaz je.” Ketika ini tangisanku mula reda.
“Eh takpelah..hal kecil je tu.sekarang lagi tenang kan?”katanya sambil memberi senyuman kepadaku.
“Oklah. Kalau takde apa-apa lagi ustaz balik dulu ya. Isteri ustaz tunggu nak makan luar malam ni..Assalamualaikum.”
“waalaikummussalam.”
Kami bersalaman dan berpelukkan. Begitulah akrabnya aku dengan ustaz zohdi. Semasa perjalanan pulang ke rumah sewa, aku bernasyid sambil membawa motor. Sudah menjadi hobiku mengalunkan lagu-lagu ciptaan sendiri yang memuji tuhan. Kadang-kadang sedap juga di dengar.hehe. Tanpa sedari air mataku menitis..merasai kebesaran Tuhan yang tak terhingga.
2 comments:
rasa kesyahduan menusuk di kalbu.seakan-akan diri ini melalui saat2 yg masih belum mudah untuk dilupakan.Allah SWT Maha bijaksana menentukan apa2 yg t'baik buat ummat-Nya.kekadang kita diuji dgn musibah utk kita mengenang semula akan waktu amalan yg telah kita sisakn.kekadang diuji dgn senyuman agar kita b'syukur akan nikmat Allah yg tdk t'hingga jika dhitung.bgmna kita menilai semua itu secara HIKMAH?
ermm..terima kasih
Post a Comment