Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

February 28, 2010

Tanda-tanda kiamat: Banyak terjadi tanah runtuh,Perubahan bentuk bumi dan rusuhan

Saya membaca berita harian online pada pagi ini dan melihat sisipan gambar yang ada pada website berkenaan. Kejadian jalan raya runtuh ketika banyak kereta sedang melaluinya..
LEBUH raya berhampiran Santiago runtuh
menyebabkan kenderaan terhumban
akibat gempa bumi yang
melanda Chile, semalam. - Foto AP





Sabda Nabi SAW:
"Pada akhir umat ini akan terjadi tanah runtuh,perubahan bentuk muka bumi dan kerusuhan. Aisyah berkata,saya bertanya,"Wahai Rasulullah,apakah kami akan binasa padahal dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Baginda menjawab,"Ya,apabila keburukan telah bermaharajalela."
(riwayat At tirmidzi)

sebuah kereta jenis Kia Picanto yang dipandu
seorang wanita selepas terjunam dalam
sebuah lubang sedalam semeter akibat
paip bocor di Jalan Abdullah, Indera Mahkota, Kuantan


Sabda Nabi SAW lagi:
"Menjelang datangnya hari kiamat akan terjadi perubahan bentuk muka,tanah runtuh dan kerusuhan"
(Sunan Ibnu Majah,kitab Al Fitan.Hadith Sahih)



Tanah runtuh sudah berlaku dibeberapa tempat di timur dan di barat pada zaman sebelum kita. Seperti mana yang berlaku pada kaum Zindiq dan Qadariyah. Pada masa kini banyak sekali kejadian tanah runtuh berlaku di Malaysia. Ini merupakan peringatan akan datang azab yang pedih daripada Allah terhadap hamba-hambaNya serta sebagai hukuman bagi ahli-ahli bidah dan maksiat,yang meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar agar manusia dapat mengambil pengajaran dan kembali kepada Tuhannya.

Peringatan dari Allah juga menyedarkan kita akan perlu tahu bahawa kiamat telah dekat dan bahawa tidak ada tempat berlindung daripada azab Allah melainkanNya jua.

Ada hadith yang berupa ancaman kepada ahli maksiat,iaitu pemain muzik dan peminum arak dengan tanah runtuh,perubahan bentuk bumi dan rusuhan.


Runtuhan jalan utama dari pekan
Kelian Intan ke bandar Gerik, Perak yang
berlaku sejak setahun lalu semakin serius
sehingga mencecah 18.27 meter.

Nabi SAW bersabda:
"Pada Umat ini akan terjadi tanah runtuh,perubahan bentuk muka bumi dan kerusuhan. Lalu salah seorang daripada kaum muslimin bertanya,"Wahai Rasulullah,bilakah terjadinya hal itu?" Baginda menjawab,"Apabila disana sini telah banyak biduan(penyanyi) dan alat-alat muzik serta khamr(arak) sudah biasa diminum."
(riwayat At Tirmizi)

HAKISAN tanah di laluan air ke anak
Sungai Rinting di Jalan Tembusu 15 Taman Mega Ria,
Johor Bahru mengancam penduduk di kawasan sekitar.
Hakisan semakin lebar setiap kali hujan lebat.

"Sesungguhnya akan ada manusia-manusia dari umatku yang meminum khamr(arak)dan menamakannya dengan nama lain,dan kepala mereka dipenuhi alat-alat muzik. Allah akan menimpakan tanah runtuh pada mereka dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi."
(Sunan Ibnu Majah)

Maka kembalilah kita kepada jalan hidup yang sebenar. Hanya cara hidup Islam yang akan menjamin kita masuk ke syurga Allah. Kalau hanya nama sebagai Ahmad,Anwar,Ridhwa (nama Islam) tapi hidup tidak berorentasikan Islam,maka tidak layak juga untuk masuk ke syurga Allah..

p/s: di shah alam banyak flat.rapat-rapat. runtuh satu,mesti yang lain runtuh...nauzubillah..

February 27, 2010

SELANGKAH KE HADAPAN


Aku bangga kerana aku bekas pelajar Politeknik Johor Bahru. Aku menyambut baik hasrat Kerajaan dalam mewujudkan Universiti Politeknik pada tahun 2015.Politeknik itu ialah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor; Politeknik Ungku Omar, Perak dan Politeknik Johor Bahru, Johor.

3 politeknik premier

February 19, 2010

SINGAPORE...i'll come!!



I'll go to Singapore this evening with my friend. I go there to rest my mind and travel. I will buy the gift for you all.ahakss...

Doakan perjalanan kami..

February 16, 2010

Hidayah Itu Milik Allah

Seperti biasa hari khamis aku akan mengikuti kelas kemahiran Al Quran (KKQ). Pertama kali ianya diadakan. Pembelajaran secara talaqi, memahami qiraat, belajar taranum dan tajwid semuanya dirangkumkan dalam kelas kemahiran Al Quran ini. Malah diberikan elaun sebanyak RM150 sebulan pada siapa yang mengikutinya menyebabkan aku juga teruja mengikutinya. Oleh sebab itu, kemasukan kelas ini perlu menghadiri interview. Aku juga tidak terkecuali. Alhamdulillah aku terpilih mengkuti kelas tersebut. Kemasukan aku juga tidak sukar kerana ustaz yang tasmi' bacaanku adalah ustaz bahasa arab aku,ust azmi. Kebetulan juga aku juga merupakan exco kerohanian asrama pada waktu itu. Maka segalanya adalah nikmat dari Allah dan pastinya ia adalah percaturan dari Allah. Aku manfaatkan dengan sebaiknya.

Petang itu,pukul 5ptg kami berkumpul di surau Al Fallah SMK Jln Kolam Air. Aku ingat lagi nama ini aku dan kawan-kawan kerohanian yang berikan. Sehingga hari ini jika aku melintasi sekolah itu pasti aku dapat melihat tulisan khat yang aku ukirkan di dinding luar surau. Ketika itu juga kenangan lalu kuimbas kembali. Kenangan bersama sahabat pasti tidak dapat kulupakan. Surau itulah yang menjadi saksi kepada pentarbiyahan aku dan kawan-kawan. Surau itu juga menjadi saksi kepada mereka-mereka yang bangun di sepertiga malam bertaqarub kepada Allah tuhan yang satu. Kemana kalian pada waktu ini?barangkali kalian semua sudah menjadi orang yang hebat-hebat belaka.

Kehadiran ustaz Azmi mematikan perbualan kami. Kami duduk dalam halaqah. Saling berpandangan. Tersisip rapi Al Quran di tangan masing-masing. Seakan-akan berada di sekolah tahfiz. Tapi jauh sekali untuk digelar hafiz. Hidup sebagai remaja pastinya penuh dengan liku-liku dan cabaran. Apatah lagi sekolah yang bercampur antara lelaki dan perempuan dari pelbagai bangsa dan agama kerana SMK Jalan Kolam Air merupakan sekolah harian. Cuma bezanya aku dalam Rancangan Khas Aliran Agama (RKAA). Ada dua kelas sahaja pada ketika itu dan semuanya pelajar lelaki sahaja. Ustaz Azmi tegas orangnya tapi sangat peramah. Memahami kehendak anak muridnya. Dialah yang bertanggungjawab dalam membetulkan lidah-lidah jawa kepada lidah arab.

Tetapi kehadiran ustaz azmi kali ini tidak berseorangan. Bersamanya seorang pelajar lelaki berbangsa Tiong Hua. Chan namanya. Aku masih ingat namanya kerana aku 'menjaga' dia ketika itu. Hakikatnya Allah saja yang berhak menjaga hamba-hambaNya. Chan hadir untuk mendalami ilmu agama. Begitulah yang dimaklumkan pada kami semua. Dia duduk bersama kami. Mengaji bersama. Dia tidak malu untuk belajar sedangkan dia buta membacanya. Ketika belajar,aku mengerlingkan mata ke wajahnya. Berkerut. Berpeluh. Apa yang engkau sedang alami Chan? Tanya hatiku. Moga Allah berikan taufeq dan hidayah padamu.

Selesai kelas pengajian, ustaz azmi berjumpa denganku. Menyatakan hasrat untuk aku menolongnya menjaga Chan mendalami agama.

"Ustaz minta tolong dengan kamu untuk jaga Chan ni"
"Jaga macamane ustaz?"soalku.
"Ajar dia sikit-sikit ilmu agama. Ajar dia mengaji dan solat."permintaan dari ustaz azmi.
"Ustaz percayakan saya ke nak ajar chan?saya sendiri sedang belajar ustaz."kerut dahiku menjawab permintaan ustaz azmi.
"Ustaz percayakan kamu. Ustaz juga akan ajar dia tentang Islam. Dia ada peluang nak masuk Islam. Cumanya ustaz minta kamu sentiasa bersama dia. Kalau boleh makan pun bersama."
"insyaallah ustaz.."tanda setuju dariku.

Begitu tinggi permintaan ustaz azmi padaku. Semenjak dari itu aku mula berkawan dengan Chan. Aku juga bagitahu pada kawan-kawanku supaya tidak menjadi suatu yang pelik bagi mereka. Malah mereka juga bersama-sama dengan aku untuk membantu Chan mengenali Islam. Ketika inilah kami mula berbicara tentang agama. Pada mulanya aku bimbang kalau-kalau Chan bertanya tentang perbandingan agama. Aku tidak tahu semua itu. Alhamdulillah Chan tidak banyak bertanya dia hanya mengikut sahaja.

Pembelajaran Chan mengenai Islam dirahsiakan dari keluarganya. Begitu juga dengan kawan-kawanya seagama. Chan juga punya adik perempuan. Ketika itu, aku ditingkatan tiga. Chan ditingkatan dua,dan adiknya ditingkatan satu. Aku tidak ingat nama adik perempuannya.

Aku tertanta-tanya macamane Chan boleh terniat untuk belajar tentang Islam. Pasti ada sesuatu berlaku padanya. Lantas aku beranikan niatku untuk bertanya..

"Macamana chan minat nak belajar mengaji?"
"saya suka dengar itu suara..itu biasa pukul 1 lebih ada"katanya
"azan ke?"soalku mengharapkan chan tahu.
"itu suara panggil azan ke?"
"ya azan..azan ni nak panggil orang Islam untuk solat"jawapan budak-budak.

Seharian aku bersama Chan. Berbual bersama. Berbincang bersama. Aku juga dapat belajar sesuatu darinya. Fitrah kehidupan manusia adalah mengtauhidkan Allah. tapi dek kerana nafsu dan hasutan syaitan menyebabkan manusia mensyirikkan Allah. Maka bermulalah kesesatan yang berleluasa ditambah dengan kefasadan yang tiada batasnya. Ada yang paginya beriman pada Allah tapi malamnya pula dia kufur kepada Allah. Begitulah sebaliknya. Hari ini Allah masukkan hidayah ke dalam hati Chan. Tetapi tidak mustahil untuk Allah menariknya kembali. Begitu juga aku. Lahir dalam keadaan Islam. Islam keturunan. Moga matiku juga dalam keadaan Islam.

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah aku juga semakin hampir. Aku juga perlu fokus dalam pembelajaran. Sedikit demi sedikit aku jarang bertemu dengan Chan. Aku maklumkan kepada ustaz Azmi supaya dia faham keadaan aku. Ustaz Azmi mengiyakan sebagaimana yang aku khabarkan beliau seorang ustaz yang memahami anak muridnya. Ustaz Azmi memberitahuku, semasa beliau mengajar Chan dalam pendidikan moral, Chan bertanya siapa yang melaungkan 'suara' itu. Ketika itu yang terlintas di fikiran beliau hanyalah aku. Maka Chan ingin berjumpa dengan aku gara-gara tekaan ustaz Azmi. Barangkali juga kerana aku juga kerap melaungkan azan memandangkan tanggungjawab aku sebagai exco kerohanian pada ketika itu..Mungkin tekaan itu tepat,mungkin juga salah kerana masing-masing tidak tahu bila Chan mendengar 'suara' itu.

Sesekali ada juga aku terserempak dengan Chan semasa di sekolah. Masa itu dia bersama dengan kawan-kawannya yang lain. Aku hanya memerhatikan. Mungkin dia tidak perasan. Kadang kala timbul rasa bersalah dalam hatiku,adakah aku melepaskan tanggungjawab aku untuk mengajak manusia kepada Islam. Aku tidak pasti keputusan yang aku lakukan. Tapi aku sering juga perkembangan Chan daripada Ustaz Azmi. Kalau-kalau ada berita gembira yang aku perlu tahu. Kali ini aku agak terkejut dengan berita yang ustaz sampaikan. Ibu bapa Chan sudah tahu yang Chan sedang belajar tentang Islam. Malah ditambah pula dengan 'mata-mata' yang dilantik. Aku sendiri tidak tahu siapa mereka.

Ustaz Azmi menyatakan yang Chan perlu di Islamkan dengan cepat. Beliau sedang meminta kerjasama Jabatan agama untuk mengislamkan Chan. Tapi masalah yang timbul adalah ancaman dari keluarga Chan. Chan takut untuk meneruskan niat murninya itu yang pastinya mulia disisi Allah.Ustaz Azmi memberitahuku supaya tidak perlu risau dengan keadaan yang berlaku dan beliau meminta aku untuk fokus dalam PMR. Lagi sebulan untuk aku menghadapinya. Masa itu aku hanya mampu berdoa supaya semuanya berjalan dengan selamat dan pastinya Islam untuk Chan.

Setahu aku memang tiada enakmen dalam undang-undang Malaysia yang memberi perlindungan kepada saudara baru. Menyebabkan mereka yang baru memeluk Islam tiada pembelaan terhadap mereka. Ketika itu mereka dihina,dicerca, dan dihalau dari rumah tiada siapa yang membela mereka. Akhirnya niat untuk memasuki Islam terkubur begitu saja. Maka tidak sekali untuk aku melihat perkara itu terjadi kepada Chan. Moga Chan dalam penjagaan Allah.

Seminggu lagi PMR akan bermula. Aku tinggalkan sebentar Chan bersama Ustaz Azmi. Surau Al Fallah sekali lagi menjadi saksi perkumpulan mujtahid-mujtahid yang mengharapkan redha Allah dalam menuntut ilmuNya. Disitulah aku dan kawan-kawan mengulangkaji pelajaran bersama. Qiamullail bersama. Iftar bersama. Pastinya mengharapkan mahabbah yang terjalin. Ketika ini jiwa menggeletar,ketakutan untuk menghadapi peperiksaan yang bersifat duniawi semata-mata. Tetapi perlu diketahui bahawa kerana duniawilah yang akan membawa kita ke syurga Allah. Dunia menjadi wasilah menuju ukhrawi. Jika dunia yang kita kejar maka akhirat kita tinggalkan. Jika akhirat kita kejar,dunia akan ikut bersama. Tetapi jika kedua-duanya kita kejar,kita akan beroleh kedua-duanya. Maka aku pastikan kejayaan miliku supaya ianya tidak menjadi fitnah kelak. Usaha, doa dan tawakal perlu seiring.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Aku menuju ke dewan peperiksaan. Ustaz Azmi memandangku seakan ingin menyatakan sesuatu. Aku berkumpul dahulu bersama kawanku berbaris. Menghadap kiblat. Kulaungkan Azan dan membuat doa wehdah. Meremang bulu roma mendengar terikan wehdah teman seperjuangan. Semasa ingin memasuki dewan peperiksaan aku bersalaman dengan ustaz Azmi. Beliau sempat membisikkan sesuatu kepadaku.

"Chan dah pindah sekolah.Sekolah Tinggi Cina...Hidayah milik Allah, Nuar."

Aku hanya berdiam dan meneruskan langkahku mencari tempat duduk. Fikiran aku seolah-olah tidak berada di zon peperiksaan. Aku hanya mengiyakan kata-kata Ustaz Azmi.

"Ya ustaz..HIDAYAH milik Allah"
"Tapi kita mesti cari Chan..."kata hati kecilku.

February 5, 2010

Khas buat emak dan ayah


Moga emak dan ayah sihat..di bawah penjagaan dan lindungan Allah swt. Hadirnya kita sebagai manusia di dunia ini hanyalah sementara. berusaha untuk menanam amal kebajikan moga di akhirat kelak kita berada dalam keadaan yang senang..doa anak yang soleh sentiasa mengiringimu..doakan aku supaya menjadi seorang pejuang Islam..yang tidak buta kepada kemanisan syurga dan ditutupi dari kepanasan api neraka..amin..

bagaimana hidup kita sekarang?

Ada yang dah hidup kat dunia ni 10tahun..ada yang dah 22tahun,30tahun,40-50tahun..ada yang sampai 70tahun..TAPI yang pastinya mati itulah penamat segala-galanya..

Ada orang yang sibuk dengan amal ibadah,tapi hubungan mereka sesama jiran dan kawan-kawan no relationship...

Ada juga yang sibuk dengan kerja,tapi hubungan mereka dengan Allah macam chipsmore..kejap ada kejap takde.useless...

Ada juga yang sibuk dengan kerja,tapi hubungan mereka dengan Allah pun tenggelam timbul..hubungan dengan manusia tenggelam terus...tak timbul-timbul.

Ada juga yang tak sibuk..tapi jadi penyibuk...

Kadang-kala hidup kita ni macam robot..bangun pagi-->pergi kuliah/kerja-->balik-->makan-->solat-->tidur..inilah rutin kita..sampai solat kita jadikan adat..bukannya satu ibadah.Allah firman..celakalah orang yang solat dalam kelalaian...

Sebab sebenarnya kita ni manusia,insan,hamba...hidup dalam dunia ni takkan lari dari hubungan kita dengan Allah dan manusia..

Bagaimana hubungan kita hari ini dengan Allah?SOlat kita..zikir kita..kadang-kadang solat pun kita nak laju sebab pentingkan soal asignment dan kerja..ermmm...zikir kita?ermmm...'zikir' sms lagi banyak..Allahurabbi..jauhnya hubungan kita dengan Allah...bila susah baru nak jumpa..Al Quran pun jarang kita baca..takkan kita takde masa untuk 30minit baca quran.itu pun rasa dah lama 30minit..kalau duk lepak kat ym,chating,blog dll larat plak kita duduk berjam-jam..teruknya kita ni!

"kalau aku tak kerja dengan dia (company/org/dll) hari ni anak-anak aku xdapat makan.." Kadang kala soal rezeki pun kita letak pada manusia..bukan pada Allah. Boleh jadi syirik kecil..ermmm(mengeluh panjang)

Bagaimana hubungan kita dengan manusia?banyak sangat hari ini kita bersangka buruk pada orang. kita je yang betul..hubungan dengan manusia ni macamane ye?kena selalu berhubung ke atau macamane?ud'u illallah(menyeru kepada Allah)..bukan sahaja sesama agama tetapi juga kepada mereka yang berlainan agama...

Hari ini jiran pun kita tak kenal..di antara tanda-tanda kiamat ialah manusia tidak saling mengenali. masing-masing dengan kehidupan masing-masing. kita lupa bila kita mati nanti orang kampung juga yang mandi/kapan dan sembahyangkan kita..bayangkan la kalau jiran tak kenal kita...

begitu juga perihal kita dalam mengajak manusia kepada kebenaran..siapa lagi yang layak untuk lakukan kalau tidak manusia.adakah haiwan yang akan mengajak kepada kebenaran?tidak. Maka hari ini kesilapan kita..menyerahkan tugas dakwah itu pada ustaz dan ustazah. KERJA DAKWAH KERJA UMAT ISLAM. siapa umat Islam?kita la...bukan suruh berhenti kerja jadi pendakwah. Tapi letakkan nilai Islam itu bila bekerja.Nabi SAW bersabda,"sampaikanlah walau satu ayat"..

Anak-anak kita lepaskan pergi sekolah agama.bapak kat umah pakai seluar pendek. emak hantar anak pergi sekolah tak pakai tudung..ini apa kes?mana tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak pada agama. hantar anak pergi ngaji Al quran..bapak kat umah hisap rokok baca paper..Al Quran pun tak sentuh..ingat, Al Quran juga punyake atas diri kita. tunggulah di akhirat kalau kita tidak membacanya..

Hari ini kita letak dunia no.1,akhirat no.2....
Hari ini kita letak perlembagaan no.1, AL Quran no.2..

Hidup la seorang diri..kita perlukan individu muslim
Hiduplah bekeluarga..kita perlukan keluarga muslim
Hiduplah bermasyarakat..kita juga perlukan masyrakat muslim
Hiduplah bernegara..kita mahukan Negara Islam..

Allah turunkan Al Quran sebab Dia tahu manusia ni memang tak boleh uruskan diri,keluarga,masyrakat dan negara...Maka Al Quran dan Sunnah itu menjadi panduan kita..Firman Allah,"berjayalah orang-orang beriman..".Tapi macamana nak berjaya kalau Al Quran pun tak baca..Sunnah nabi dah lama tenggelam..bahkan dihina..diejek..

Ada masalah diri..keluarga..negara..kembali kepada Al quran dan sunnah nabi..tengok macamane Nabi selesaikan masalah. Nabi yang maksum dan dijamin masuk syurga pun ibadah sampai bengkak-bengkak kaki..kita yang xde nama dalam syurga ni bengkak-bengkak mata tengok bola awal pagi..check balik ibadah kita..

Hubungan dengan Allah kita gagal..apatah lagi hubungan kita dengan manusia...

Maka..di akhir zaman ini,sudah banyak tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat. Sama-samalah kita berubah.. Sama-samalah kita dalam membentuk:

individu muslim
keluarga muslim
masyrakat muslim
Negara Islam

Jangan di dunia kita sebumbung,tetapi di akhirat kita berlainan bumbung(syurga dan neraka).

Sirru ala barakatillah..

al fakir ilallah "Sebaik-baik cahaya"

Taujihad