Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

April 2, 2010

Kalau itu muslimah, kamu apa?

"Apa la program ni..." Saya 'kepanasan' melihat satu rancangan televisyen yang disediakan oleh TV swasta. Memperkenalkan pakaian renang ala muslimah. Bagus. Saya bersetuju. Tapi saya tidak bersetuju dengan pengacara yang mengendalikan rancangan itu. Bahkan seolah-olah mereka telah menghina Islam. Mungkin tidak secara kasar, tetapi hakikatnya mereka memperbodohkan dan memperlihatkan kejahilan mereka.

Mereka memperkenalkan.."inilah pakaian renang muslimah yang sesuai untuk semua lapisan umur."

Saya mula tertanya,"adakah mereka ini bukan seorang muslimah?" saya memerhatikan pengacara program itu seorang muslim tetapi tidak menutup aurat atau lebih tepat lagi tidak memakai tudung! lalu mereka ini bukan kategori muslimah. Maka mereka kategori apa?

Bagaimana kita mengukur Islamnya seseorang itu? dan bagaimana kita mengukur muslimahnya seseorang itu?

Adakah tudung itu melambangkan seorang muslimah?barangkali ada yang mengatakan ya. Barangkali juga tidak. Jawapan yang sering kita dengar adalah "iman letaknya didada. bukan pada pakaian dan sebagainya"

Maka dengan kenyataan itu adakah kita telah mengambil Islam sebagai satu cara hidup?Tentu sekali tidak kerana kita telah menafikan satu juzuk dari Al Quran yang mewajibkan kepada manusia supaya menutup aurat. Hari ini kita menjadikan bertudung bukan sebagai ibadat,sebaliknya menjadi satu adat yang lama kelamaan ianya menjadi fesyen hanya untuk melihat cantik dan jauh sekali sebagai mengabdikan diri kepada suruhan Allah swt.

Yang asalnya menjadi ibadat,kita tukarkan menjadi adat. Maka ia tidak akan menjadi pahala disisi Allah bila ianya dilakukan bukan kerana Allah tetapi kerana fesyen dan berhias-hias.

Maka saya melihat suasana hari ini terlalu kritikal bila manusia yang bercerita tentang agama tetapi terlupa tentang dirinya. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Bercerita tentang muslimah tetapi diri sendiri tidak beridentitikan seorang muslimah. Malah tanpa segan silu mengacarakan program. Padahnya kita bila mengikut telunjuk manusia berbanding telunjuk Allah swt.

Kemudian tiada langsung sensitiviti mereka yang ada bersamanya(pengarah sehinggalah pencacai)...kita lihat saja bagaimana artis malaysia sebelum ini yang menghina isteri Rasulullah, Khadijah. Ketika penghinaan itu dikeluarkan, penonton yang ada disekitarnya turut ketawa dan bergelak. Mana sensitiviti kita pada Islam?

Parahnya hari ini bila umat Islam sendiri tidak tahu di mana kesilapan mereka. Memakai seluar pendek bagi lelaki dianggap perkara biasa. Tidak memakai tudung dianggap fesyen. Tiada batas pergaulan dianggap kepentingan dalam bersosial. Riba dan penipuan dianggap sebati dalam perniagaan. Menjadi parah bila dosa telah sebati di dalam diri. Nauzubillah...

Maka dengan itu, bertaubatlah kepada Allah. Jangan jadikan dunia sebagai tempat terakhir bagi kita kerana akhirat adalah negeri yang kekal abadi. Berlumbalah dalam mengerjakan amal kebajikan. Sesungguhnya mati itu hampir pada kita. Pastikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik pada hari ini.begitulah seterusnya.....

Renung-renungkan
Selamat beramal...

0 comments:

Taujihad