Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

March 25, 2011

Sekian lama...akhirnya

Hari ni aku menjadi mat despatch. sudah 3kali aku jadi postman untuk company.huhu...dan aku semakin pakar jalan di Kuala Lumpur..hehe..

Perjalanan ke Universiti Malaya Kampus Bandar mengambil masa 15minit..itu pun 120km/hr.hehe. Perjalanannya juga melalui Tugu Negara..

Jadi untuk perjalanan yang ke-3 ini menyebabkan aku teringin sangat nak ke Tugu Negara. Aku rasa tak pernah lagi aku pergi.

Sampai je ke Tugu Negara,aku rasa sangatttttt gembira dan rasa terharu. Selama ni aku tengok kat TV je.

Macam tak percaya. Aku sampai ke Tugu Negara dengan motor!!

Selama ni kalau nak g Kuala Lumpur kena tunggu rombongan sekolah..itu pun naik bas..cikgu pimpin tangan tak boleh pergi mana-mana...hehe...

Sekarang...
dari tempat parking motor

  





 Johor negeriku




















March 17, 2011

Mahal gile..

Hari ini (semalam 16hb Mac)aku makan di depan masjid Ar Rahman dekat UM. Aku amek la nasi putih,daging,dan telur goreng.
ni la kedainya..

Sampai di kaunter...
Aku: Berapa Makcik?
Makcik: daging kambing ea...
Aku: agaknya la..saya pun tak rasa lagi..(dalam hati aku kambing ke?)
Makcik:mmmm...sebelas ringgit dik...
Sebelum tu aku dah keluarkan duit RM5..biasa mmg tu range aku makan...bila dia bagitau je harga,aku menggeletar satu lutut.
Makcik: kambing memang mahal dik...
Aku pun bagi je rm10 ringgit...

Aku bab makan ni malas nak gaduh sebab jadi darah daging. Kalau makcik tu betul,its ok.kalau dia tipu dia tanggung la akhirat nanti...




Tengah aku makan...

Makcik:dik,tadi tu daging la dik...
Aku: Memang daging makcik..takkan ikan plak..(huhu)
Makcik: daging lembu..tadi makcik kira harga daging kambing..nanti makcik bagi baki..
Aku:oo...xpe..

Makcik tu pun bagi la aku baki..dia pulangkan kat aku 4ringgit.bermakna mahal juga la...RM11-RM4=RM7...

Mahal la tuuuuuuuu....

March 14, 2011

Petang itu...

Jam 5.30ptg aku balik dari kerja. dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Aku yakinkan diri untuk meneruskan perjalanan kerana ada baju ujan yang takut dengan hujan...huhu..

Dalam perjalanan itu,aku menyaksikan kilat yang begitu dasyat. Aku membaca doa untuk mengelak dari petir yang aku hafal masa sekolah agama dulu. Alhamdulillah ingat lagi..terima kasih ustazah! mudah-mudahan takde apa-apa.

Aku meneruskan perjalanan.

Ketika itu fikiranku memikirkan bagaiman tiba-tiba di tengah bandar KL ini tiba-tiba ada tsunami. Segalanya tidak mustahil. Masa itu aku menagis...Takut pada mati. Dosa aku banyakkkkk...

Aku meneruskan perjalanan.

zassssss......air lopak membasahi tubuh aku. Kereta itu buat tak tahu sahaja. Terima kasih. Aku mengerti bagaimana mereka yang kena seperti aku.

Aku meneruskan perjalanan.

teettttttt...teetttttt......bunyi hon motor pada kereta itu. Mana taknya..kereta tu masuk laluan motor..hehe..ketawa kecil aku...yang bawak kereta tu perempuan. Aku tengok dia dah kaget...pikirlah kak mcmane..saya balik dulu..hehe..

Aku meneruskan perjalanan..

Sampai sudah...Alhamdulillah nuar selamat mak =)

Kerana Kau Bos

Hari ini kerana nak duplicate kunci habis satu Petaling Jaya aku redah. Nasib baik dah ada pengalaman mencari trolley wheel haritu. Dah la hari nak hujan..terpaksa aku redah sebab akur dengan arahan bos...huh.
kunci bukan sebenar

Setelah aku menjumpai kedai kunci,tanpa memijak tanah aku terus memesan:
"Bos,duplicate kunci.berapa satu?"sambil menunjukkan kunci di tanganku.
"tiga ringgit."kata apek singlet itu.
"ok,kasi duplicate tujuh."kataku dengan yakin kerana dibekalkan RM50.

Setelah 30minit aku menunggu,akhirnya siap.

gambar hiasan yang mirip gambar aku
dan aku balik ke ofis dengan meredah hujan yang lebat.nasib baik aku bawak baju hujan sebab sebelum aku keluar,cuaca mendung. bak kata pepatah,sediakan payung sebelum hujan.Tapi aku sediakan baju hujan...

Tapi kerana hujan yang sangat lebat..aku kebasahan juga.

Sampai di ofis...

"Nah bos,baki and resit dalam plastik"kataku dengan kebasahan
"la..kene hujan ke?"katanya dengan simpati.

sekian...

March 11, 2011

Petaling Jaya dalam genggamanku!!

Wow...bunyi memang gempak.Tapi begitulah yang aku rasa. Mana taknya,hari ni dari pukul 2ptg-5ptg setiap ceruk Petaling Jaya aku redah. Semata-mata mahu mencari trolley wheel.. nak menangis aku mencari benda ni..huhu...tetap tak jumpa!! bawak motor tengok kiri kanan cari kedai hardware.
Inilah bendanya... 

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Maka dengan ini aku bersetuju dengan statement tu! Kedai yang pernah masuk TV pun aku tahu kat mana lokasinya..jauh perjalanan tu dah macam dari shah alam ke rumah aku,yong peng.

Aku pun telefon bos."encik,tyre yang nak dicari takde la.."bos cakap,"kene cari jugak tu.esok nak hantar kat customer"..aku pun cakap la.."esok nak hantar,hari ni baru suoh aku."kata dalam hati je.hehe.

Untuk pengetahuan semua,ada dua jenis trolley wheel ni..satu ada lock,satu lagi takde. Yang aku cari,yang ada lock. yang ni susah nak dapat...

Aku pun balik shah alam.sambung pencarian.selama 2jam.sampai maghrib. Tu pun xjumpa. Aku pun mesej bos cakap," encik,memang tak jumpa la." Bos jawab,"takpe,kita bincang esok"

I FOLLOW.....

tu je...=)

  

March 10, 2011

Bila nak hijau?


Bila nak hijau ni? aku perhatikan traffic light masih lagi merah. Simpang lain sudah bertukar hijau,kuning dan merah..hijau semula..Tapi aku masih ditempat yang lama...Mengapa semua ini terjadi?

Maka timbul persoalan di kepala otak saya,bagaimana traffic light berfungsi?bermulalah episod pencarian ilmu..

Sebenarnya ada dua jenis lampu isyarat. Pertama,menggunakan pengesan atau detector. Kedua, menggunakan pemasa atau Timer.


Kebiasaanya di bandar atau jalan raya besar menggunakan timer. So,kalau takde kereta pun terpaksa kita menunggu turn. Manakala sesetengah tempat menggunakan detector. Ia akan mengesan kehadiran kereta atau kereta telah masuk ke garisan pengesan (when too many cars are stacked up at an intersection to control the length of the light), or when cars have entered a turn lane (in order to activate the arrow light).

Setakat ini teknik yang paling umum adalah loop induktif @inductive loop.  Loop induktif ini ditanam dengan dibalut dengan getah...nanti tengok la kat jalan..tapi pastikan takde kereta dulu!!

cukup la kot rasanya..cite lebih-lebih nanti tak paham plak.. 

Taujihad