Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

March 11, 2011

Petaling Jaya dalam genggamanku!!

Wow...bunyi memang gempak.Tapi begitulah yang aku rasa. Mana taknya,hari ni dari pukul 2ptg-5ptg setiap ceruk Petaling Jaya aku redah. Semata-mata mahu mencari trolley wheel.. nak menangis aku mencari benda ni..huhu...tetap tak jumpa!! bawak motor tengok kiri kanan cari kedai hardware.
Inilah bendanya... 

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Maka dengan ini aku bersetuju dengan statement tu! Kedai yang pernah masuk TV pun aku tahu kat mana lokasinya..jauh perjalanan tu dah macam dari shah alam ke rumah aku,yong peng.

Aku pun telefon bos."encik,tyre yang nak dicari takde la.."bos cakap,"kene cari jugak tu.esok nak hantar kat customer"..aku pun cakap la.."esok nak hantar,hari ni baru suoh aku."kata dalam hati je.hehe.

Untuk pengetahuan semua,ada dua jenis trolley wheel ni..satu ada lock,satu lagi takde. Yang aku cari,yang ada lock. yang ni susah nak dapat...

Aku pun balik shah alam.sambung pencarian.selama 2jam.sampai maghrib. Tu pun xjumpa. Aku pun mesej bos cakap," encik,memang tak jumpa la." Bos jawab,"takpe,kita bincang esok"

I FOLLOW.....

tu je...=)

  

2 comments:

Ateh Salim said...

Laaa Kat Yong Peng banyak......ada kat kedai dekat dengan WATA tu.

nuar said...

haha...ayah belikan.pastu pos.huuhu..dah dapat dah..boleh settle semua..=)

Taujihad