Hari Jumaat lepas,17hb Jun 2011 aku memberi kuliah di Jabatan Penilaian Kementerian Kewangan di Jalan Meru Klang. aku dijemput oleh pekerja disitu yang juga merupakan ahli qariah masjid seksyen 17.
Kuliah bermula 9.00pg. Aku memulakan pengenalan siapa diri aku yang sebenar..aku bukan seorang ustaz,tapi baru nak start..=) kerana mereka menyangka aku jurusan agama islam.bukan,"saya dari bidang kejuruteraan". aku memberi keyakinan kepada mereka yang akan aku sampai kan kepada mereka yang mana hak dan mana yang bathil.
mereka yang mendengar,semuanya pekerja di jabatan tu dan kebanyakan daripada mereka adalah golongan muda..maka kenalah tajuk yang aku bagi pada hari tu iaitu tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat nanti. tajuk ini akan aku kupas di post yang lain.
sehinggalah jam 10.00pg aku berhenti kuliah kerana masa yang diberikan satu jam. di akhir kuliah aku memberi pesan:
"Tuan puan yang dirahmati Allah, apalah nilai hidup ini kalau di dunia kita menjadi orang yang hebat, kaya dan disanjungi tapi di akhirat kita menjadi manusia yang miskin papa,di hina dan dipinggirkan Allah. Bukankah hujung hidup kita berjumpa dengan Allah? bekerjalah dalam apa bidang sekalipun kerana ia merupakan tuntutan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Namun, tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar sebenarnya tergalas di bahu kita. bagaimana ibadah kita,isteri dan anak-anak kita?bagaimana aurat isteri dan anak perempuan kita?adakah kita berusaha menjauhkan mereka dari azab api neraka Allah?renungkan tuan puan. maka menjadi tanggungjawab pada kita mempelajari ilmu agama dan menyampaikannya..wallahualam."
aku pun meninggalkan majlis dengan senyuman =)
balik dari majlis, hal ehwal pelajar telefon aku yang menyatakan aku dipilih untuk mewakili uitm shah alam dalam pertandingan tilawah antara uitm semalaysia. siapa yang menang akan mewakili uitm untuk bertanding peringkat IPTA seluruh Malaysia. Subhanallah....ENgkau sayang pada hambaMu ini Ya Allah...Terima Kasih Ya Allah. aku pun minta tolong ust syukri akademi quran untuk mengajar aku taranum...insyallah kita akan cerita di lain masa.
2 comments:
rezeki Allah ade di mana2...
alhamdulillah...(^^,)
Thanks for poosting this
Post a Comment