Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

September 21, 2011

Hidup kita bukan hanya di dunia

Kita akan mati jua akhirnya....bersedia atau tidak...disaat itu masa tidak boleh diundur....

~Berjumpa di akhirat nanti~

September 11, 2011

Berceramah di SK Desa Tun Hussein Onn, Setiawangsa

Semalam aku berceramah di SK Desa Tun Hussein Onn, Setiawangsa.

Aku memulakan perjalan seawal jam 6.30pg menunggu train. Perjalanan yang aku sendiri tidak tahu berapa lama..cuma hasil pertanyaan mungkin dalam 1jam setengah. Menunggu jam 6.30pg dan train sampai jam 7pg. Aku rasa hari itu adalah hari yang paling hensem bagi aku...hehe..

Berada sejam di dalam train,aku memikirkan apa yang akan dicakapkan semasa ceramah nanti. Aku berceramah untuk pelajar darjah enam yang akan ambil UPSR pada hari selasa nanti. Pelajar seramai 380 orang. Bilangan yang menggerunkan aku...adakah aku mampu lakukan?

Peta yang menjadi rujukan aku

Jam 7.45pg aku sudah sampai di KL Sentral. Seterusnya aku meneruskan perjalanan menaiki KL Putra. menuju ke Setiawangsa memerlukan 20minit...setibanya di Setiawangsa aku menunggu Afiq,junior aku. Dia yang akan bawa aku ke sekolah berkenaan.

ni gambar dalam train

Perjalanan yang kusangkakan jauh,rupanya sekejap saja.jarak dari stesyen setiawangsa ke sekolah berkenaan hanya 2km. Rupanya sekolah berkenaan di dalam markas tentera..fuyoooo....nak masuk kene pakai pas.





sebelum ceramah

Aku memberikan ceramah selama satu jam setengah.  Berpeluh sakan dek kot yang membaluti tubuh dan dewan yang kepanasan. Walaubagaimanapun aku begitu semangat!! gembira aku melihat adik-adik juga bersemangat.

Diakhir ceramah aku menayangkan video OKU dalam sukan paralimpik. Ada sebahagian sukan yang kita sendiri tak mampu laksanaka. Berenang dalam keadaan kodong. Aku yang ada tangan ini tak pandai berenang. video itu menyentuh hati beberapa orang guru..eh,aku ceramah untuk guru ke pelajar..hehe.

sayalah ustaz itu...huhu

Ketika menayangkan video,aku diberitahu ada pelajar OKU disekolah tersebut. Namanya Hijjaz..Hijjaz tiada tangan.kodong kedua-dua belah. Aku memanggilnya dan memberikan kata semangat kepadanya...

Kemudian aku pulang...yang pastinya terlalu ramai cikgu muda di sekolah itu...hilang fokus aku!hehe...rugi tak dapat amek gambar dan video masa ceramah...segan...huhu..

Terima kasih kerana menjemput saya.

p/s: catatan yang terlalu ringkas..

September 3, 2011

Raya RKA SMK Jalan Kolam Air@Dato Syed Esa

Raya ke-3 aku bersama kawan-kawan masa sekolah kat Kolam Air Batu Pahat dulu. tahun 2000-2002. Masing-masing dah bekerja. Yang belajar dua orang je.Aku dengan Ramadhan...

Rumah pertama@tmpt berkumpul: Izzudin
Rumah kedua: Hamdi
Rumah ketiga: Ramadhan
Rumah keempat: Miza (kawan amin@perempuan)
Rumah kelima:  Hafiz@che lat
Rumah keenam: Afiz Muri
Rumah ketujuh: Wan Jak
Rumah kelapan: Fikhri@dot
~banyak juga ea....patut la berat aku naik..hehe
dari kiri: Hamdi/Izzudin/Wan Jak/Hafizi/Ramadhan/Hafiz@che Lat/Amin@gemok/Afiz Muri@mureng/Agoes/Hafizudin@syeh/Fikhri@dot/farhan@paan/Muneer/Zaid@moja


Update status:
  1. Hamdi : Doktor Hospital Batu Pahat
  2. Izzudin : Engineer kat Plentong,Johor
  3. Wan Jak: Engineer IT kat Ampang
  4. Hafizi : Cikgu kat SK Kampung Pulai,Gelang Patah
  5. Ramadhan: student at Open University Batu Pahat
  6. Hafiz@che lat: Cikgu di TIGS Batu Pahat
  7. Amin@gemok: Cikgu di Sekolah Convent Batu Pahat
  8. Afiz Muri: Bekerja sendiri
  9. Agoes: Engineer di KL
  10. Hafizudin@syeh: staff di bahagian perdagangan di jalan duta
  11. Fikhri@dot: cikgu di Sekolah Kuala Pilah,N9
  12. farhan@paan: sama tempat kerja dengan Izzudin
  13. Muneer: Engineer di Sri Gading (nak kawen 10  sept 2011)
  14. Zaid@moja: pegawai kastam/pjj di USM
  15. Anwar@ateng@aku: belajar kat Uitm Shah alam/imam/motivator

Kawan biar ikhlas,insyallah sampai mati tetap berkawan...


September 1, 2011

4tahun sekali beb,macam worldcup!!

"Ko katne?dah balik belum?" tanya nazrul kepada aku
"aku kat umah la.nape?"soalku balik
"aku,adi,kamal,imin,iwan ada kat mustafa cafe ni.datang la. bukan senang nak jumpa ni.mcm world cup 4 tahun sekali."katanya berseloroh.
"hahhaa...ok..ok.aku datang"jawabku ringkas

Raya setahun sekali. Maka berjumpa pun setahun sekali. Masing-masing sudah bekerjaya. Payah nak jumpa..So semalam ada la perjumpaan tergempar aku dengan kawan-kawan sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan Seri Bertam Yong Peng,tahun 1994-1999. Jumpa jam 10mlm. lepak kat kedai mamak...haha..macam kedai tu kitorang punya. gelak sakan...lepas tu boleh pulak beraya kat rumah salwa dan ikhwan. Kebetulan rumah dorang ni bersebelahan je.

Aku paling banyak gelak..sebab aku paling jahat masa sekolah...hehehe...sampai kene sebat dengan HEM(Hal Ehwal MUrid). yang tak tahan HEM tu mak aku..hahaha...

Terlalu banyak cite yang kuar semalam..tu yang balik umah kul 2pagi.
Cerita yang paling best,aku dengan kawan-kawan aku buat tabung dari botol pastu tanam kat padang sekolah..haaaa....kecik-kecik dah menabung.Tiap pagi tempat tu masukkan duit.Tak kisah berapa..cukup minggu amek buat beli jajan...ngeeeee....

Banyak lagi la....layan je gambar ni..

Kamal Hazwan berbaju biru dan Muhaimin berbaju merah

 Adiputra berbaju hitam dan Nazrul berbaju putih


Ikhwan anak wak hairi

Nazrul sekarang kerja di gombak

yang baju hijau tu Azam Selamat,darjah 4 dah pindah..tp ingat lagi.

perut xcover betul mamat ni

 Azam kerja kat KLIUC di serdang..jadi technician..sbelah dia tu abgnya..arif.tp dia lagi tua dari kami..layan je...
 anak wak hairi ni kerja kat JB..kontraktor..

 Muhaimin kerja kat KLCC..kerja apa aku pun tak tau..org KL beb..



 ni kat umah salwa..hehe...jam 11.30 g beraya rumah orang..



 Salwa bekerjaya di Puchong sbg Quality Suveyor...


 adik beradik..yg baju ijau tu adik...dah ngantuk dah tu

 apalah yang korang sembang tu..


baju ijau tu gambar mcm nak kawen..haha...xmuat la bro!!

Taujihad