Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

September 11, 2011

Berceramah di SK Desa Tun Hussein Onn, Setiawangsa

Semalam aku berceramah di SK Desa Tun Hussein Onn, Setiawangsa.

Aku memulakan perjalan seawal jam 6.30pg menunggu train. Perjalanan yang aku sendiri tidak tahu berapa lama..cuma hasil pertanyaan mungkin dalam 1jam setengah. Menunggu jam 6.30pg dan train sampai jam 7pg. Aku rasa hari itu adalah hari yang paling hensem bagi aku...hehe..

Berada sejam di dalam train,aku memikirkan apa yang akan dicakapkan semasa ceramah nanti. Aku berceramah untuk pelajar darjah enam yang akan ambil UPSR pada hari selasa nanti. Pelajar seramai 380 orang. Bilangan yang menggerunkan aku...adakah aku mampu lakukan?

Peta yang menjadi rujukan aku

Jam 7.45pg aku sudah sampai di KL Sentral. Seterusnya aku meneruskan perjalanan menaiki KL Putra. menuju ke Setiawangsa memerlukan 20minit...setibanya di Setiawangsa aku menunggu Afiq,junior aku. Dia yang akan bawa aku ke sekolah berkenaan.

ni gambar dalam train

Perjalanan yang kusangkakan jauh,rupanya sekejap saja.jarak dari stesyen setiawangsa ke sekolah berkenaan hanya 2km. Rupanya sekolah berkenaan di dalam markas tentera..fuyoooo....nak masuk kene pakai pas.





sebelum ceramah

Aku memberikan ceramah selama satu jam setengah.  Berpeluh sakan dek kot yang membaluti tubuh dan dewan yang kepanasan. Walaubagaimanapun aku begitu semangat!! gembira aku melihat adik-adik juga bersemangat.

Diakhir ceramah aku menayangkan video OKU dalam sukan paralimpik. Ada sebahagian sukan yang kita sendiri tak mampu laksanaka. Berenang dalam keadaan kodong. Aku yang ada tangan ini tak pandai berenang. video itu menyentuh hati beberapa orang guru..eh,aku ceramah untuk guru ke pelajar..hehe.

sayalah ustaz itu...huhu

Ketika menayangkan video,aku diberitahu ada pelajar OKU disekolah tersebut. Namanya Hijjaz..Hijjaz tiada tangan.kodong kedua-dua belah. Aku memanggilnya dan memberikan kata semangat kepadanya...

Kemudian aku pulang...yang pastinya terlalu ramai cikgu muda di sekolah itu...hilang fokus aku!hehe...rugi tak dapat amek gambar dan video masa ceramah...segan...huhu..

Terima kasih kerana menjemput saya.

p/s: catatan yang terlalu ringkas..

1 comments:

AbYaTiNa said...

lama sudah x menaiki train putra LRT...

Taujihad