Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

November 5, 2011

Aku bukan robot


Kini usiaku 24tahun. Layak mengundi..tapi aku bukan nak cerita tentang siapa aku nak undi. Tapi aku nak share dengan korang semua tentang fitrah kita sebagai manusia...


Aku manusia..bukan robot.

Maka,sudah pasti aku diciptakan punya fitrah yang tersendiri. Menangis,ketawa,gembira,sedih,marah dan banyak lagi. Kebanyakkan fitrah ini kita boleh katakan perasaan manusia yang fitrah Allah jadikan. Sesabar mana pun dia,tetap punyai rasa marah. Marah macamane pun dia tetap punyai kelembutan. Begitulah manusia yang diciptakan Allah.

Ada satu fitrah yang manusia tak boleh lari. Bahkan Allah sebut di dalam Al Quran..Firman Allah SWT:

"Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya."( Surah Yassin:36)


"dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)."(Surah Dzariyaat:49)

Ya. Fitrah hidup berpasangan. Tapi sebelum hidup berpasangan sudah pasti ada satu perasaan iaitu cinta.

Perasaan Cinta itu juga fitrah. Sebagaimana Allah swt menyintai kekasihNya Nabi Muhammad saw. dan sebagaimana cinta Nabi Muhammad saw kepada umatnya...kitalah..

maka mustahil pada kita tidak ada perasaan cinta. Cinta boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. bOleh juga digunakan untuk pelbagai tujuan.

Dan aku skopkan cinta ini pada cinta manusia.sesama manusia.


Sebelum aku meneruskan ayat aku...mesti ada yang memberi pandangan/ulasan:

"Belajar dulu!!!"

"Kau nak bagi anak dara orang makan apa?"

Sila bertenang ye....

Ini yang aku nak bicarakan....fitrah ini tidak akan lari...usia yang semakin dewasa,tidak mungkin dapat menafikan perasaan ini. setuju?baiklah..akan kuteruskan.


"Wahai sekalian pemuda, sekiranya kamu berkemampuan, berkahwinlah dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. – (Hadis Bukhari)

Aku tidak suka menggunakan ayat AL Quran atau hadis untuk menghalalkan atau membenarkan apa yang aku bicarakan. Bahkan ianya dilarang di dalam Islam.Cuma aku ingin sampaikan bahawa inilah fitrah manusia yang diceritakan oleh Allah dan RasulNya. Lalu bagaimana untuk kita salurkan?

Berpuasa?sudah dilakukan...
Berkahwin?ni je yang belum...

Huh...apa saja yang aku ingin karangkan...
Barangkali boleh kusambung di lain hari....

Mungkin post ini pasal abg aku yang nak kawen...

Maaf,andai post ini menimbulkan kontroversi...jangalah kalian marah padaku kerana inilah fitrah manusia.

2 comments:

Anonymous said...

Kesimpulannya,
saudara kahwinlah
moga dipermudahkan

Anonymous said...

jadinye, nk kate nta pn nk kawen jgk?
kawen la..xde org larang...kami ni bukan makayah nta...xperlula runsing sgt if org ate kite ni gatal sgt ble mula ckp psl kawen...kalo makayah yg xbg, no comment ler...

Taujihad