Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

December 27, 2011

My project design

Perkembangan paddle boat aku yang baru 90%. Khamis ni present. So doakan la ye cepat siap...

Resdung

Masa aku Form 3 dulu aku ada alahan. Muka dan badan aku tak boleh panas. nanti kulit aku sensitif. orang panggil berbintat(betul ke?). Pakai jam pun tak boleh. Jerawat kat muka toksah cerita. Jerawat darah. Memang banyak..Pastu muka aku mengalami kegatalan yang amat.

nampak bintik-bintik tu?
Aku buat rawatan di Cleopatra. Rawatan resdung kulit. Macam gambar yang aku tunjuk. Bila ulat-ulat tu keluar,tengok di mikroskop macam ulat sampah.bergerak. Patut la muka aku gatal sekarang. Agak setahun aku guna ubat tu. Lepas tu habis, aku guna wudhuk je...Alhamdulillah,muka aku berseri sekarang.hehehe...

Aku juga makan satu ubat ni. Sebiji RM10. Aku tak ingat nama ubat tu. Ubat tu hilangkan kegatalan pada badan aku..macam nak mati je rasanya hidup bergantung pada ubat.huh....

Jadi ahad lepas aku melawat kawan aku. Kebetulan dia belajar di darussyifa,ada stok resdung. Apa lagi...layan la...hehe.dia bagi free.Tapi aku bayar la jugak. Kesian dia....

Lepas resdung tu muka aku terus ringan dan rasa selesa sangat.

p/s: layan je gambar ni. ada benang di kamera aku. Cameraman tak perasan.so....layan je la..




hamekkkkk ko


ensem sgt ni

December 24, 2011

Manusia yang benar imannya...

Orang mukmin yang beriman, bila mana diuji sesuatu yang buruk menimpanya,maka keburukan itu menjadi sesuatu yang baik padanya. Apatah lagi perkara yang baik,sudah pasti bertambah baik. Tetapi orang yang tidak beriman,bila mana datang kepadanya sesuatu yang baik,barangkali ia menjadi lebih buruk. Maka apatah lagi perkara yang asalnya buruk, sudah pasti menjadi tersangat buruk.

Aku maksudkan disini,perkara yang  buruk akan menjadi baik bila mana perkara itu mampu menjadikan kita manusia yang bersyukur dan sabar dengan ujian itu. Tetapi perkara yang baik menjadi lebih buruk, bila mana kebaikan yang ada pada kita menjadikan kita kufur kepada Allah. Itulah dinamakan Istidraj.

Satu kesilapan kita adalah kita hanya memikirkan kasih sayang dan nikmat dari Allah itu berupa kesenangan. Sedangkan kesusahan dan ujian itu juga tanda kasih sayang dan nikmat dari Allah. Berfikirlah cara orang beriman. Ujian yang datang dari Allah merupakan peringatan atau teguran dari Allah kepada kita yang leka dan lalai dengan hidup di dunia. Allah menegur sikap dan kehidupan kita. Itulah sayang Allah.

Bayangkan seorang Ayah dan Ibu tidak punya kasih dan sayang terhadap anaknya,maka sudah pasti dibiarkan anak itu kebuluran,tidak berpakain, dan dibuang merata tempat. Jika ada, mereka itulah yang Allah sebut "lebih teruk dari binatang". Itu sayang manusia kepada manusia. Apatah lagi sayang Pencipta manusia kepada manusia yang dicipta. Tidak ternilai kasih sayang itu.

Justeru, Allah memperingatkan kita. Bila kita diuji maka bersabarlah. kerana Allah bersama orang-orang yang sabar. Kesabaran yang tinggi akan dijanjikan kemenangan oleh Allah swt. Kita semua pernah alami suatu keadaan yang benar-benar menguji diri kita,di waktu itu kita kesempitan dan kesusahn. Maka pada siapa kita memohon? Allah swt. Tingginya kasih sayang Allah yang tidak lupa pada hambaNya tetapi manusia itu sendiri yang lari dari tuhannya.

Pernah suatu masa aku dimasukkan ke dalam wad akibat denggi dan Selesema burung,SAR. Kepala aku rasa nak pecah,segala apa yang buat rasa tak kena. Aku tahu aku diuji,tapi aku tak tertanggung semua itu. Bila mak aku datang,ayat yang ringkas darinya yang membuatkan aku terdiam.."sabarlah,Allah nak uji." Aku terus terpikir,bila mana teman dan kawan-kawan aku mengalami ujian dan masalah,aku juga berkata demikian. Tapi bila ia datang kepadaku mengapa aku tidak terfikir?Ya benar. Inilah peringatan dari Allah kepada hambaNya. Peringatan tanda sayang sepertimana ingatnya kita  kepada kekasih kita yang sanggup memberikan hadiah. Inilakan pula Allah yaang kaya dengan kasih dan sayang.

Marilah kita menjadi manusia yang beriman,bukan sekadar di bibir tetapi mampu melahirkan dari sudut perbuatan. manusia yang beriman akan berfikir apa yang akan diucapkan. Berfikir juga apa yang telah diucapkan. Kerana setiap perilaku kita akan di hitung oleh Allah di hari akhirat.

Berbahagialah menjadi manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah.=)

December 17, 2011

berhati-hati wanita...

Elakkan upload pic yang terbuka aurat..dan kalau nak upload,upload la gambar beramai-ramai dan bersaiz kecil...jangan kita menjadi penyebab suami diheret ke neraka Allah....


Mencari bunyi itu...

Sedang aku sibuk buat mini project di kelas,aku dengar bunyi...ciitttt..cittttt....burung..tapi kat mana?

Cari....punye cari.......haaaaa....

di level 6..sgt dekat...


December 11, 2011

Kasih Sayang sepanjang hayat


Malam ini aku berforum bersama Ust Takiyudin membincangkan kasih sayang ibu bapa. Tapi, soalan untuk aku berkisar tentang remaja. Cuma masih lagi skop kasih sayang. Terima kasih kepada Kolej Jati kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi panel.





























December 8, 2011

Aku malu...


Tempat yang mulia untuk dijadikan tempat menuntut Ilmu, perkara yang dicintai Allah, Rasul dan Malaikat tapi dikotori dengan budaya hedonisme yang melampau. Saksikan saja anak muda Uitm yang menggelarkan mereka harapan negara terkinja-kinja akibat hasutan Hujan dan Bunkface.

Kemana hendak dibawa anak muda Uitm ini?

Sudahlah kriktikan dan cemuhan orang di luar bersikap negatif terhadap uitm terlalu banyak. Aku sebagai mahasiswa yang menuntut di Uitm berasa malu dengan budaya begini. Sebab itu, kebanyakan company di luar sana memandang rendah kepada mahasiswa Uitm.

Konsert ini bersempena dengan program Ekspresi Remaja anjuran TV9 yang juga dijayakan bersama Kelab Fasilitator UiTM, KEFAJAR. Berlangsung pada 2 dan 3 Disember yang lepas. Apa yang menyedihkan aku, tempat berlangsung konsert ini bertempat di Dewan Seri Budiman yang sebelum ini adalah tempat Konvokesyen pelajar UiTM. Kini dijadikan tempat berhibur. Malah Dewan Agung Tuanku Canselor juga pernah didendangkan dengan konsert Siti Nurhaliza. DATC kini menjadi tempat utama majlis Konvokesyen UiTM. Semua tempat pasti ada konsert,cuma yang belum sampai kuliah agama je...

Aku bukan orang yang anti hiburan. Tapi aku perhatikan setiap program yang dianjurkan mesti ada konsert. Seolah-olah,program tidak akan 'hidup' tanpa konsert. Buatlah konsert,tapi bukan konsert yang terkinja-kinja. Anak-anak Melayu beragama Islam,bertudung,tetapi ayunan punggung itu yang mengundang kepada maksiat. Pergaulan yang tanpa batasan. Budaya bersentuhan yang tidak mengenal halal dan haram.

Adakah ini yang dibanggakan oleh UITM untuk mengeluarkan anak melayu yang berkualiti? Sering sahaja dibanggakan dengan kehebatan menjaga hak melayu. Tapi bukan ini cara menjaga anak melayu. Dihidangkan hiburan yang melalaikan..Bila kemelayuan itu dilebihkan dari KeIslaman,maka saksikanlah kehancurannya.

Aku bukan pelajar yang hanya hidup dengan buku,tapi aku juga ada akal untuk menilai mana baik dan buruk.

Innalillah...

Usah di undang bala Allah.

Sumber:link

December 7, 2011

Berceramah di Masjid Negeri Shah Alam

Selepas je kelas aku jam 10.30 pg aku berdesup ke masjid negeri yang hanya mengambil masa 5minit. Memenuhi jemputan berceramah..

Program daurah ini setiap kali cuti sekolah mesti ada. Yang pastinya kehadiran memang ramai. Seawal umur 7thn sehinggalah 17thn. Cuma kali ini aku diminta untuk bawa slot mengenai ibu bapa di hadapan adik-adik berumur 7thn-9thn. huhu...sungguh menguji jiwaku...



Aku lebih ke arah muhasabah sebab biasanya nak berceramah di hadapan kanak-kanak ribena ini seumpama aku berceramah dengan tiang,kerusi dan segala apa yang 'mati'. Aku lebih banyak berinteraksi dengan adik-adik.

Sehingga la kemuncaknya bila mana aku memanggil adik-adik yang ibu atau bapanya sudah tiada. Aku tanya satu persatu. Sampai kepada seorang adik ini,aku terdiam...Ayah dan ibunya sudah tiada ketika dia berumur 4thn akibat kemalangan jalan raya. Hati kecil ku mengucap syukur pada Allah kerana masih lagi mempunyai ayah dan ibu.
adik-adik yang ayah atau ibu sudah tiada

Cuma aku kadang kala terkilan dengan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke program ini. Rata ingin melepaskan tanggungjawab untuk mendidik anak mereka. Mana taknya,keluar rumah waktu anak masih tidur,balik rumah anak dah tidur. Interaksi dengan anak melalui peti sejuk. Hanya note yang ditinggalkan untuk memberi pesanan.

Aku pernah didatangi seorang adik yang berumur 10thn. Dia kata,saya tak rasa ada ayah dan ibu. Saya lebih rapat dengan bibik saya. Saya dibesarkan dengan duit. Ayahnya bekerja sebagai jurutera, ibunya sebagai pegawai eksekutif. Banyak lagi masalah yang dilaburkan kepada aku. Aku hanya mampu mendiamkan diri.

Hidup di Shah Alam memang mencabar. Apatah lagi dalam mendidik anak yang keadaan sekeliling kadangkala lebih pantas membangun dari tumbesaran anak-anak. Kebanyakan mereka dibesarkan dengan wang ringgit. Agama.....terlalu jauh. Ada yang berkata," Macamana saya nak solat kalau ayah saya sendiri tak solat."

Begitulah dalam mendidik anak. Sekalipun aku belum berkahwin dan tidak punya anak. Tapi Islam telah mengajar kita. Nabi saw telah menunjukkan kepada kita cara mendidik anak. Mereka perlu dididik dengan agama. Anak akan melihat dan memerhati apa yang dibuat oleh ibu dan bapa. Kalau bapa pakai seluar pendek,anak juga akan bersleuar pendek. Kalau ibu bapa solat jemaah,anak juga akan ikut. Didik dengan agama, insyallah teratur hidupnya.

adik-adik comel


bersiap sedia

adik-adik laki yang nakal





tengah main game

gosok tangan laju-laju...

senyap

senyap




fasilitator






adik izad berbaju kuning yang sudah tiada ayah dan ibu








wallahualam

Taujihad