"Eh,kalau xpuasa xpe kan?"tanya Abu
Selain daripada itu, di dalam surah Makiah banyak menceritakan tentang kisah perjuangan para nabi sebelum Nabi Muhamad s.a.w. seperti yang terdapat di dalam Surah Yunus, Surah Hud, Surah Yusuf dan Surah Ibrahim.
"Ko gile ke?puasa tu kan wajib."jawab si Ali
"Kenapa ko nak marah...sedangkan...."
Sebagaimana Firman Allah swt:
“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Mari sama-sama kita mentadabur firman Allah ini.moga kita mengetahui standard puasa kita.
Terlebih dahulu,perlu kita mengetahui bahawa ayat ini merupakan ayat yang terkandung di dalam surah madaniah yang diturunkan di madinah.
Ayat Madaniah
Surah Madaniah menceritakan tentang jihad fi Sabilillah, hukum hakam dalam sistem Perundangan dan Kekeluargaan Islam. Selain daripada itu Surah Madaniah menekankan aspek persaudaraan di dalam Islam serta cara berhadapan dengan golongan Munafik dan Yahudi di Madinah.
Cara pemakaian dalam Islam dan Hukum Hudud bagi kesalahan Zina, Fitnah serta mencuri ada disebut didalam Surah Madaniah.Surah Madaniah tidak menyentuh langsung tentang soal aqidah.
Ini adalah kerana keimanan para sahabat telahpun mantap dan tidak perlu lagi kepada ayat -ayat yang menceritakan tentang pembersihan aqidah. Surah An Nisa', Surah Muhammad, Surah Al Fath dan Surah Ar Rahman adalah contoh-contoh surah Madaniah
Ayat Makiah
Kebanyakan surah - surah Makiah mengajak manusia agar mentauhidkan diri kepada Allah serta menjauhkan daripada segala bentuk penyembahan selain dariNya, menceritakan perhal Syurga dan neraka serta nikmat-nikmat Allah kurniakan yang tidak terhitung banyaknya.
Surah Al Fatihah, Surah Al Isra', Surah Al Kahfi , Surah Mariam dan Surah Al Anbiya' serta Surah Luqman adalah antara surah - surah makiah.
Wahai orang-orang yang beriman
Jika diperhatikan, ayat madaniah menggunakan perkataan "wahai orang-orang yang beriman" manakala ayat makiah menggunakan "wahai manusia". Ini kerana di madinah,sudah terbentuk negara Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhamad saw. Maka segala suruhan dari Allah mestilah di tegakkan dan ianya hanya mampu dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman.
Perlu kita fahami, kewajipan puasa bukan sekadar mengajar kita menahan diri dari lapar dan dahaga tapi juga dari sudut pentingnya kekuasaan atau pemerintahan Islam. Hanya pemerintah yang beriman mampu menegakkan hukum hakam Allah.
Maka,kewajipan memilih pemerintah yang beriman sama sepertimana kewajipan berpuasa.
Jika hukum hakam tidak dapat ditegakkan,maka kita belajar Islam hanya sebagai teori. Sedangkan Islam itu bukan sekadar teori tetapi ia bersifat praktikal. Sebagaimana ia diterjemahkan melalui qudwah hasanah, Rasulullah saw.
Diwajibkan kamu berpuasa
Kewajipan berpuasa tidak dapat dinafikan lagi.
Tetapi jangan kita sempitkan pemikiran kita dengan berpuasa sahaja sedangkan disana ada tuntutan lain..yang ianya juga wajib ditegakkan sepertimana puasa.
Bayangkan,kita ditempelak dengan seseorang yang mengatakan puasa itu tidak wajib. Sudah pasti kita akan isytihar perang.Mana mungkin,puasa itu wajib!!
Tetapi bagaimana pula dengan hukum Allah yang lain iaitu hukuman qisas dan hudud?Dimana pendirian kita?
Maka disini penilaian standard puasa kita.sedangkan ayat perintah Allah mengenai berpuasa dan hukuman qisas adalah sama. Cuba perhatikan firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih" (Al-Baqarah:178)
Nah...tidak ada perbezaan langsung.
Menjadi jaminan,tidak ada seorang wakil rakyat yang berani mengusulkan "kita tidak akan berpuasa pada bulan ramadhan..tetapi pada bulan lain". Jika ada nescaya menjadi tajuk berita utama dalam berita hairan.
tetapi kenapa dalam hukum qisas, ada dikalangan kita yang mengatakan hukuman qisas tidak sesuai dan tidak akan dijalankan di malaysia..wahhhhh..hebatnya mereka.
Siapa kita untuk mengubah hukuman dan suruhan Allah..
Disinilah standard puasa kita menjadi paling hina kerana kita berpuasa tapi pada masa yang sama menolak hukum Allah yang lain..Hanya mengambil sebahagian dari firman Allah..Alangkah hodohnya perangai seperti itu.
Mudahnya, sepertimana kita berpuasa dengan mengimani firman Allah maka begitulah juga kita wajib menegakkan hukum Allah yang lain. Kerana itulah menguji standard iman kita.
Moga menjadi orang yang bertaqwa
Apa bukti kita bertaqwa kepada Allah?
Jika kita berpuasa, maka kita bertaqwa..Bagaimana pula jika kita menolak hukum Allah yang lain?sekejap bertaqwa sekejap tidak...mcm chipsmore.
Orang yang bertaqwa bila mana ia menjadikan Al quran dan sunnah sebagai petunjuk. Firman Allah:
"Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa"(al - Baqarah : 2)
Orang yang bertaqwa tidak ragu-ragu menjadikan Al Quran sebagai perlembagaan tertinggi dalam kehidupan. Tidak teragak-agak untuk melaksanakan perintah Allah. Sentiasa yakin dan membenarkan firman Allah dan sabda nabi saw.
Kesimpulan
Disaat kita membuka mulut untuk merasai nikmat berbuka puasa,kita terlupa mulut ini pernah menghina hukum Allah. Saat kita mendengar azan untuk berbuka, telinga ini jugalah menjadi pekak bila mana hukum Allah dipermainkan.. Semua itu menjadi sia-sia sebagaimana puasa kita sekadar merasai lapar dan dahaga.
Wallahualam.
1 comments:
perkongsian yg bagus,syukran
Post a Comment