Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

November 10, 2009

"Masih Ada Waktu.."

sambungan bab 3

Maka aku meminta kawannya mengambil segelas air. Sambil memerhati keadaan sekeliling aku cuba mengikhlaskan hati dan juga tidak putus-putus meminta pertolongan dari Allah. Hanya Allah saja yang mampu mengubatinya. Apatah lagi bila manusia yang hina ini cuba merawat. Tidak lain hanyalah di atas kekuasaan Allah S.W.T

Aku memerhatikan perempuan itu diam dan tidak banyak bergerak. Matanya memandang ke siling rumah. Aku memulakan dengan pujian-pujian kepada Tuhan. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ustaz Azam ada mengajar aku ayat-ayat hafazan. Barangkali juga ayat pendinding. Aku cuba alunkan. Antaranya dalam surah Al Hasyr ayat 21-24. Disusuli juga dengan selawat dan ayat lazim. Sambil kawan-kawannya membaca yasin. Tapi agak caca marba juga bacaannya.

"Liza..bangun liza."panggilku pada perempuan itu setelah dimaklumkan namanya.

Sambil merenjis-renjis air dimukanya, ada tindakan refleks padanya.

"Awak sedar tak ni?"tanyaku.

Aku lihat keadaannya seperti pening-pening lalat. Mamai..

"Dia dah solat Isyak tak tadi?"tanyaku pada kawan-kawannya.

Masing-masing memandang sesama mereka. Ada yang menggeleng ada yang mengangkat bahu. Satu suara mengatakan:

"Dia tak solat lagi."kawan sebiliknya menjelaskan perkara sebenarnya.

Patutlah jadi macamni dalam hatiku. Akhirnya aku simbahkan air di mukanya. serta merta dia seperti terperanjat beruk. Basah tilamnya kerana air yang aku simbah. Siapa suruh tak solat. Kan dah kena..aku minta kawan-kawannya memimpin liza untuk menunaikan solat isyak. Pergerakannya agak lambat kerana masih dalam kebingungan.

Tapi tidak habis setakat itu saja. Aku 'membasuh' juga budak serumahnya.

"Awak ni ingatkan kawan serumah solat. Jangan pentingkan diri kita je. Lagi satu, bila kita baca quran kena ada adabnya. Tutup aurat. awak pakai tudung tapi kaki tu terbuka je. aurat tu kecuali muka dan tapak tangan saja. kaki dikira aurat."

Aku cuba memberi tazkirah. sedikit saja. Bila diberi nasihat masing-masing memandang ke lantai. Ada kesempatan aku cuba sampaikan apa yang patut. Kadang kala aku memerhatikan pelajar yang tinggal di rumah sewa kehidupan sosial terlalu tinggi. Bebas. Aku boleh mengatakan tidak ramai yang membaca Al quran dirumah sewa. Maka tak mustahil jin pun suka duduk dengan golongan yang macamni. Sama saja..

Kelihatan orang ramai mula bersurai memandangkan sudah pukul 2.30pagi. Aku pun pulang ke rumah. Esok ada kelas!! asingment tak siap lagi. Gara-gara perempuan itu.Kamal? entah-entah dah tidur di rumah. Memang siap dia aku kerjakan nanti.

Setibanya di rumah,aku menyandarkan badanku di kerusi rotan. hasrat untuk rehat seketika.. Tapi..azan subuh yang menjelma. Dah pagi...



"Masih Ada Waktu.."

BAB 3

Sudah menjadi kebiasaan aku akan duduk di pusat islam selepas isyak. Berbual-bual dengan sahabat-sahabat tentang pelajaran dan isu semasa. Kadang kala berjam-jam lamanya. Balik ke rumah sewa hampir pukul 12mlm. lepas tu baru mula belajar. kadang-kadang juga sempat singgah di rumah classmate. saja bertanya khabar. aku merasakan diri aku terasing di dalam kelas kerana aku lain dari lain. maka aku ambil keputusan untuk dekati mereka. mungkin juga terlalu sibuk dengan persatuan aku kurang bersama kawa-kawan sekelas. Bila diajak bermain futsal aku tolak. Buka tak pandai nak main tapi ada tugas yang lebih penting. dari sinilah sikit demi sikit aku belajar erti pengorbanan.

Pernah satu hari, gara-gara suka sangat melepak di rumah kawan aku diminta menjadi 'bomoh'. kebetulan aku baru balik dari masjid. Padahnya bila pakai jubah. Baru je sampai di depan rumah kawan..

"Sham,tolong sham. Ni ada budak perempuan kena 'kacau'" kata kawanku.

"katne?" soalku.

Zul menunjukkan rumah jirannya yang juga merupakan pelajar politeknik.

"uishh..aku mana reti."

"abis yang kau selalu cerita pergi tengok ustaz kau 'ubat' orang tu apa?takkan takde belajar"

"ko ingat macam belajar math apa nak ubat orang ni. aku dah la banyak dosa."

"dosa kau,banyak lagi dosa aku."

agak celaru masa tu aku dibuatnya. Zul menarik-narik tanganku seperti beriya-iya mahu aku membantu.

"Jap..aku tepon ustaz aku."

Masa itu jam menunjukkan pukul 1.15am. Orang ramai berkumpul dirumah pelajar terbabit. Aku dapat menghubungi ustaz azam. dan aku mengejutkannya dari tido. Tapi jawapan beliau amat menakutkan aku.

"Enta uruskan la dulu. Agak-agak tak boleh baru call ana balik."inilah jawapan yang cukup 'menggembirakan'.

Ustaz azam selalu menguruskan pelajar yang sering diganggu makhluk halus. ada masanya beliau mengajak aku untuk menemaninya. Tapi hanya menolong. kali ni dia suruh aku buat. Mana reti dibuatnya.

Aku hubungi kawan baikku, Kamal. Sebagai temanku. Dia pula menyuruh aku menguruskan dahulu kerana dia sedang menikmati hidangan yang enak. Memang dia kawan yang paling 'best'. Jadi bermulalah episod bomoh muda.

Ketika mula masuk ke rumah pelajar perempuan tersebut, dengan serta merta bulu roma aku naik. Ada beberapa faktor antaranya aku tak pernah masuk rumah pelajar perempuan yang keduanya sebab aura 'gangguan' tu.

Maka aku meminta kawanya mengambil segelas air...

bersambung-->hehe

Ya Allah..

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..

aku memujimu
Tiada Tuhan yang selayaknya untuk aku sembah melainkan engkau
Tuhan yang menguasai alam ini..segala makhluk dan seisinya..

Ya Allah..
Janganlah Engkau membolak balikkan hati ini..
Aku bimbang kalau-kalau aku jauh dariMu

Ya Allah..
aku tidak sehebat kekasihMu..
Tapi izinkan aku menjadi pencintaMu yang setia
Yang sentiasa menyebut namaMu dalam keadaan susah mahupun senang

Ya Allah..
Tetapkan aku dalan agamaMu
Tetapkanlah aku dalam jalan dakwah
kerana itu yang aku inginkan

Ya Allah..
Janganlah sekali-kali engkau murka ke atasku
Andai Islam itu difitnah
Andai maksiat itu berleluasa di depan mata
Sungguh aku tidak redha dengan apa yang berlaku
Aku cuba sedayaku dalam mencari redhaMu
Tapi aku hanya hambaMu
Hanya hambaMu..

Ya Allah..
Untuk menuju syurgaMu aku bukanlah layak
Bahkan tiada namaku di dalam kitabMu
yang menjanjikan syurga bagiku..
TAPI aku sekali-kali tidak sanggup merasai api nerakamu
Maka..
bimbinglah aku menuju syurgaMu..
bimbinglah aku dalam segala hal yang aku lakukan..

Ya Allah..
Sungguh aku menyayangi ibu dan bapaku
Tiadalah aku di bumi ini tanpa mereka
Ibu yang meyayangiku sejak kecil
Ayah yang membesarkanku
Tidak terbalas pengorbanan mereka ke atasku
Maka haramkanlah mereka dari api nerakaMu
bukakanlah pintu syurga buat mereka
kerana disitulah seharusnya bagi mereka

Ya Allah..
perkenankanlah doaku..
tiada lain selainMu ya Allah untuk aku berharap
Hanya dariMu aku datang dan kepadaMu juga aku kembali
Amin...

November 6, 2009

"Masih Ada Waktu.."

BAB 2

“Woi,projek apa cerita ni?”terikkan Man memeranjatkan aku.

“Apa woi-woi? Dah lupa bagi salam apa?” balasku sinis. Walaupun aku sudah masak sangat dengan perangai man ni. Gurau kasar. Aku boleh ‘masuk’ lagi dengan caranya.

“ala..rileks la bro. Ni projek final kita macamana? Puan dah mintak ‘draft’.”

Pertanyaan Azman membuatkan aku teringat akan ‘draft’ untuk final projek yang perlu di submit Khamis ni. Lagi tiga hari perlu disiapkan. Tapi idea masih lagi diperbahaskan. Kalau tak siap kemungkinan boleh extend. Taknak aku..

Semester ini merupakan semester terakhir aku di Politeknik Merlimau. Bidang kejuruteraan bukan bidang yang mudah bagiku. Lagi-lagi nak buat projek. Silap projek boleh kena saman. Dengan kekuatan ahli kumpulan seramai tiga orang mungkin boleh membantu.

“Man,petang ni kita bincang. Ko jangan lupa plak panggil intan tu. Nanti mengamuk mak cik tu.”

“okey..pukul 3ptg ea. Dekat pondok depan jabatan tu.”

‘Okey.”

Azman memang boleh diharapkan. Dia lain dari yang lain. Pendiam..tapi bila dah cakap laju bukan main lagi. Aku senang bekerja dengan dia walaupun kadang kala aku menjadi mangsa panas barannya.

“Apa ni..janji pukul berapa?”agak tinggi suaranya.

“Ala..sori la. Motor aku kawan pinjam.”Intan cuba memberikan alasan.

“Ah..ko tu banyak sangat alasan.”

“woitt..apa kecoh-kecoh ni.”aku cuba menyelah walaupun sibuk buat kerja.

“minah ni la datang lewat gila. Janji pukul 3 tapi datang pukul berapa.”

“rileks la man. Dah sampai pun dia. Jangan tegang-tegang. Nanti dia tak buat kerja gelabah jugak ko nanti.”kataku sambil menenangkan azman.

Kadang-kadang tergelak jugak aku tengok azman ni marah. Sebab muka dia memang kalau tengok nak tergelak.hehe..Intan hanya dapat memanjangkan muncungnya. Intan..intan..

Hari itu kami dapat memutuskan projek yang akan dilaksanakan dalam masa enam bulan nanti. Projek yang agak biasa tetapi boleh memeningkan..”mesin membuat karipap”.

“Muktamad”.kataku.

“Lepas ni kita buat dan bagi mak masing-masing sorang satu.haha.”azman cuba berjenaka.

“aku tak pernah tengok mesin buat karipap. Dapat jual kat makcik kafe tu bagus juga.haha”Intan cuba memberi respon.

Kami hanya memerhatikannya. Hehe..masing-masing ketawa. Begitulah rapatnya kami. Hampir 3tahun bersama dalam menuntut ilmu. Masing-masing dah masak dengan ragam sendiri..

‘tuttt..tuttt’handphone ku berbunyi.

Aku pun segera membaca pesanan ringkas dari Kamal.

‘Sham..kau dah siapkan ke belum proposal Kem Bestari Insan? Encik Nizam dah mintak.”

“Belum”ringkas jawapanku.

Aku mula gelisah memikirkan kertas kerja Kem Bestari Insan yang akan berlangsung bulan depan. Tapi masih lagi tak siap. Memandangkan aku yang jadi pengarah program maka sudah pasti aku yang kena buat. Inilah padahnya kalau tunjuk rajin sangat. Sepatutnya hari ni dah dibentangkan pada En Nizam. Risau juga kalau-kalau dia tak terima nanti. Aku pun segera menghantar ‘sms’ pada beliau. Meminta izin untuk berjumpanya esok hari..Perjumpaan aku bersama Azman dan Intan juga terpaksa diberhentikan awal. Gara-gara nak menyiapkan kertas kerja Kem Bestari Insan.

“Ko ni ada je..busy memanjang.”kata azman yang mula kurang senang dengan sikap ku.

Intan hanya mendiamkan diri.

“Kita dah decidekan buat apa. So lepas ni masing-masing cari sumber untuk mekanisme projek kita ni.ok? sori la..aku ada hal la.”kataku sambil meberi cadangan.

“ok ea..assalamualaikum.”kataku sambil memberikan senyuman pada mereka berdua.

Aku pun berlalu dari situ. Begitulah aku..masa bersama kawan-kawan terlalu minimum. Banyak aku habiskan bersama persatuan dan sahabat-sahabat sepersatuan. Bukan apa,aku selalu bersama mereka dan ukhwah kami bertambah erat. Bagiku, seorang kawan berbeza dengan seorang sahabat..dan sahabat itu lebih penting dari sebuah ‘cinta’.

Aku pernah dimahari oleh Nisa sebab terlalu aktif dengan persatuan dan lebih mementingkan sahabat daripada dia sendiri. Dan ini juga salah satu sebab kenapa aku berpisah dengannya. Komitmen. Dia tidak mudah menerima apa yang aku lakukan meskipun berkali-kali disebut. Bagiku,dia sudah memahami tapi susah untuk menerima.Tambahan pula dengan jaraknya yang jauh..aku segera bergegas ke tempat parking motor.

‘’tutt..tuttt.”aku dapat mesej. Ini mesti en Nizam. Harap-harap dia boleh jumpa aku esok. Aku berharap.

Lantas aku membaca mesej yang baru diterima.

“Terima kasih sebab buat saya macamni. Saya harap awak takkan buat lagi macamni pada perempuan lain. Kami ada hati dan maruah diri. Sekali awak kecewakan orang,nanti awak juga akan dikecewakan. Jaga diri. Salam.”

Ahh..mesej dari Nisa. Tau-tau je aku sebut pasal dia. Aku sedikit tersentuh membaca mesej darinya. Ya..aku bersalah. Tapi dari kita terus begini tanpa arah, aku terpaksa memutuskan. Mungkin kau tak faham tapi aku tahu Allah jua yang mengerti. Moga kita diberi petunjuk..aku delete setiap mesej darinya. Maafkan aku Nisa.

Perjalanan aku ke rumah tidak tenang. Asyik memikirkan tentang Nisa..aduiiiii...

November 4, 2009

"Masih Ada Waktu.."

BAB 1


"Saya tahu saya ni tak layak untuk awak. Awak tu baik,saya ni jahat."

"Bukan macam tu..entah la. Saya sendiri tak dapat nak bagi jawapan kat awak sekarang. Saya tak suka awak compare antara kita siapa yang jahat siapa yang baik. Manusia memang takde yang sempurnakan. Saya mintak maaf, saya tak dapat nak teruskan hubungan kita."

"saya doakan awak dapat yang lebih baik dari saya."

"terima kasih."

Kata akhir yang aku ucapkan cuba kuterima seadanya meskipun didalam hati ini ingin berbicara lebih lama lagi. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku merasakan satu kekosongan di dalam diri. Meskipun sudah 'berpunya' tetapi seakan-akan diselubungi kesunyian. Aku lebih senang bersendirian. Keputusan yang aku ambil kupegang sungguh. Moga Allah menunjukkan jalan kebenaran kepada kami berdua.

Nisa gadis yang aku kenali 5tahun dulu menjadi 'teman' yang paling rapat. Teman tapi mesra. Apa saja boleh diberikan untuk kami berdua memandangkan kami seperti pasangan yang secocok. Bermula dengan pertemuan yang agak ringkas. Disusuli saat-saat bahagia yang dicipta tetapi diakhiri dengan satu keputusan yang tidak di duga. Mungkin itulah yang dikatakan tiada jodoh. Maafkan aku Nisa. Bukan aku sengaja mempermainkannya. Tapi aku lebih mengerti sesuatu. Aku kini mengerti benar erti kehidupan.

Bukan senang untuk aku lupakannya.Gurau senda,hilai tawa,senyumannya membuatkan aku terkenang kenangan indah bersama. Lima tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Sering kali cuba dilupakan malah berkali-kali ia menerjah ke fikiran. Bukannya aku suka-suka menyakitkan hatinya. Dia seorang gadis yang baik bagiku. Lemah lembut,kadangkala terselit kemanjaannya. Tetapi tempoh lima tahun bukan suatu yang perlu aku banggakan. Kadangkala terasa penyesalan di hati sekiranya lima tahun itu aku manfaatkan seadanya.

"wei..sabtu ni join program tak?" suara Kamal mematikan lamunanku.

"Program apa?"aku bertanya.

"aii,ni tau ke buat-buat tak tau."Kamal cuba membuat mukanya sambil memandang aku dihujung mata.

"betul la..aku tak tau.Progam apa plak. Ohhh, main futsal ea."

"ha,tau takpe. Ko pergi ke tak?"tanya kamal seolah-olah tahu jawapanku.

"ermm...tak tau lagi. Tengok dulu la."jawapan dariku yang tak meyakinkan.

"ha..tu tak pergi la tu. Jangan la macamni wei..kita dah la jarang jumpa adik-adik ni. aku tau ko pergi..kalau tak siap ko."gertak si kamal yang buatkan aku berfikir panjang.

"insyaallah.."

Kamal, kawanku yang penuh dedikasi. berdisiplin dan meyakinkan. Dia saja yang memahami aku. Dialah yang bertanggungjawab membawa aku ke 'dunia baru'. Dunia yang menyedarkan aku kehidupan ini hanyalah sementara. Menyedarkan aku tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Berlatarbelakang sekolah agama, dengan kelebihan suara lunaknya sering menjadi mangsa untuk mengimamkan solat jemaah. Bacaannya ala-ala Said Ghamidi membuatkan aku lena dengan ayat-ayat Allah. Kadangkala lawaknya juga boleh pecah perut dibuatnya.

Aku mula mengerti makna sebuah persahabatan ketika menuntut di sebuah IPT. Aku rasa bersyukur sebab aku diberikan didikan agama yang cukup. Tetapi aku tak dapat menafikan hidup ini juga ada suka dan duka. Didikan agama tidak menjaminkan apa-apa andai kita salah memilih kawan. Aku suka pada sesuatu yang menjurus kepada keagamaan tetapi kadang kala kenakalan ku melebih-lebih. Jatuh dan bangun semula suatu yang rutin bagi aku.

"Sham,aku tengok muka ko ni dah macam cuka. Apa kes?dengar lagu jiwang lepas tu layan perasaan. mat jiwangbetul la."

"Ko ni..ada je la. Ntah la Kamal. Aku baru je 'break' dengan Nisa." Kamal memang sudah tahu tentang Nisa. Apa saja masalah yang berlaku antara aku dan Nisa,pasti Kamal orang yang pertama tahu.

"Aku dah agak..Tadi yang ko kata tak tau lagi nak pergi atau tak program sabtu ni sebab Nisa la kan?Rileks la bro..Ko kan hensem. Banyak lagi perempuan."katanya yang mengejutkan aku.

"Ko ni..betul-betul la.aku tengah tension ni."aku mencuka.

"Sham..ko pun tahu jodoh ni di tangan Tuhan. Buat apa ko nak risau. Aku tahu jawapan ko..ko sunyikan? Sham..Allah tu ada. Perasaan rindu tu Allah yang bagi..ko pernah rasa rindu kat Allah?"

Aku merenung ke dinding.

"Dah..dah..Malam ni,ada kuliah ust Zohdi. Ko azan la maghrib ni. Dah lama aku tak dengar ko azan."Kamal cuba memujuk ku.

Ya. Malam ni ada kuliah ust Zohdi. Ust yang paling sempoi. Gaya penyampaiannya yang bersahaja mudah untuk diterima. Aku dan kamal orang yang istiqamah di dalam kuliahnya. kalau takde kuliah kami orang pertama yang akan dimaklumkan. Permintaan Kamal meminta aku azan maghrib nanti aku cuba tunaikan.

Pernah sekali, ada seorang perempuan ingin berkenalan dengan aku sebab mendengar aku azan. Kalau tak silap azan maghrib. Macamana dia tahu aku yang azan? Rupanya sewaktu aku masuk ke bilik untuk melaungkan azan,dia mengintai di balik tirai.Ohhh..mengintai rupanya. Lebih kritikal rupanya dia kawan sekelas aku. Malu aku dibuatnya..

"Wei..await hang dah lama tak azan ?"loghat kedahnya keluar.

"Aku malu la. Lagipun aku taknak orang datang masjid sebab nak tahu siapa yang azan."kataku.

"Ooo..tapi hang azan sedap la."

"Terima kasih"

Peristiwa itu mengingatkan aku.Aku terima seadanya pujian itu. Moga ianya tak menjadi istidraj bagiku.

Kuliah yang cuba disampaikan Ust Zohdi pada malam itu agak santai. "Kasih Sayang Allah". Eh, Ustaz ni macam tau-tau je apa yang aku rasa sekarang. Sepanjang kuliahnya aku hanya membatukan diri. Mendengar dan hayati. Sudah menjadi kebiasaan ust Zohdi membawa tajuk yang ringan-ringan..Mudah diterima. Cuma kali ini menusuk kalbu ku. aku tersentuh. Selepas Solat Ust zohdi menyapaku.

"Sham..sihat?"

"Sihat. Ust sihat?"

"Sihat je. Saya ada orang jaga takpe. Sham ni saya tengok muram je. ada apa-apa masalah boleh kongsi dengan saya.Mana tahu saya boleh tolong ke"Katanya sambil tersenyum kepadaku. Percakapannya agak lembut memandangkan Ustaz zohdi merupakan orang terengganu.

"Ermm..ustaz ni lain macam je bunyi tu.Ntah la ustaz..saya rasa serba salah."

“Eh, kenapa Sham?ustaz ada buat salah ke dengan awak?” tanya ustaz.

“Eh,bukan macam tu ustaz. Saya ni semua orang dah kenal. Maklumlah aktif dengan persatuan. Ustaz pun tahu saya ni macamana orangnya. Saya tak suka orang panggil saya ni baik,alim..kadang-kadang saya rasa diri saya ni macam munafiq.”

Ketika ini air mataku mula mengalir dan membasahi pipi. Ustaz Zohdi membiarkan aku dan aku mengerti dia ingin aku ‘settlekan’ semuanya.

“Saya belajar agama. Saya tahu apa yang Allah larang. Tapi saya buat..hinanya saya ustaz. Saya bercinta dan sekarang saya dah putuskan hubungan dengan dia. Saya dah nekad. Cuma sekarang ni kenangan-kenangan tu keluar. Tapi ustaz, saya rasa tenang sangat dalam hati. Tak pernah rasa setenang ni.” Akhirnya ‘point’ utama keluar juga.

“Ermm...awak patut bersyukur sebab Allah masih sayangkan awak walaupun awak buat dah buat banyak silap.” Ustaz Zohdi mula memberi respon.

“ Berapa lama awak dengan dia?”

“Dah lima tahun ustaz.”kataku.

“Lama jugak tu. Ustaz pun macam kamu jugak dulu. Bercinta masa remaja. Tapi sekejap je. Biasa la tu darah muda. Cuma kesedaran yang kita dapat anggaplah ianya tanda kasih sayang Allah pada kita. Bukan semua orang dapat. Ada yang terus hanyut dan asyik dengan dunia cinta mereka. Tapi tidak pada awak.”

“Bila kita berubah ni Allah pasti akan uji kita. Betul tak? Sebab Allah nak tengok sejauh mana hambaNya nak berubah. Dah berapa lama awak putus dengan dia?”tanya ustaz.

“ada la sebulan ustaz..”kataku ringkas.

“Ha..satu bulan lama tu. Awak berjaya hadapi ujian tu. Lama-lama nanti ianya sebati dalam hidup awak. Dan akhirnya awak boleh lupakan semua masalah tu. Awak pun dah nampak kesannya..hati awak tenangkan?”kata ustaz yang membuatkan aku kembali semangat.

“Awak ni baik Sham. Cuma nakal je. Tentang jodoh ni kerja Tuhan. Apa yang ada depan awak belum pasti jadi milik awak..Sebab semua ni milik Allah. Cuma Allah akan janjikan yang terbaik buat hambaNya yang bertaqwa.Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.Ok? sekarang ni awak rapatkan diri awak dengan Allah dan sibukkan dalam gerak kerja. Tumpukan belajar ok. Dan jangan sekali-kali awak ber’sms’ dengan dia buat masa ni. Kalau tak awak akan tewas” Pesanan yang ustaz tinggalkan memberikan peringatan buatku.

“Ermm..terima kasih ustaz. Susahkan ustaz je.” Ketika ini tangisanku mula reda.

“Eh takpelah..hal kecil je tu.sekarang lagi tenang kan?”katanya sambil memberi senyuman kepadaku.

“Oklah. Kalau takde apa-apa lagi ustaz balik dulu ya. Isteri ustaz tunggu nak makan luar malam ni..Assalamualaikum.”

“waalaikummussalam.”

Kami bersalaman dan berpelukkan. Begitulah akrabnya aku dengan ustaz zohdi. Semasa perjalanan pulang ke rumah sewa, aku bernasyid sambil membawa motor. Sudah menjadi hobiku mengalunkan lagu-lagu ciptaan sendiri yang memuji tuhan. Kadang-kadang sedap juga di dengar.hehe. Tanpa sedari air mataku menitis..merasai kebesaran Tuhan yang tak terhingga.

Taujihad