Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

November 14, 2011

Bangunan Yang Tidak Rosak


Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyakan setiap pengunjung adakah ada cacat cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanya tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.


"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja. 
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. 
Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?" 
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya," jawabnya tegas. 

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.

Kisah Luqman Al-Hakim Dengan Telatah Manusia


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinanny(iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

November 11, 2011

Dunia ni bulat...


kalau kita bagi motivasi atau ceramah..kita selalu cakap baik-baik dengan orang.jawab soalan pun lembut je...

Tapi kalau sesama kita,dengan orang yang kita dah kenal...cakap pun mcm orang tu batu je takde perasaan.

Hal yang lama tak payah la nak ungkit...orang tu pun ada perasaan dan maruah...dah besar pun...

jangan salahkan dia kalau orang lain buat macam tu kat kita...




November 5, 2011

Aku bukan robot


Kini usiaku 24tahun. Layak mengundi..tapi aku bukan nak cerita tentang siapa aku nak undi. Tapi aku nak share dengan korang semua tentang fitrah kita sebagai manusia...


Aku manusia..bukan robot.

Maka,sudah pasti aku diciptakan punya fitrah yang tersendiri. Menangis,ketawa,gembira,sedih,marah dan banyak lagi. Kebanyakkan fitrah ini kita boleh katakan perasaan manusia yang fitrah Allah jadikan. Sesabar mana pun dia,tetap punyai rasa marah. Marah macamane pun dia tetap punyai kelembutan. Begitulah manusia yang diciptakan Allah.

Ada satu fitrah yang manusia tak boleh lari. Bahkan Allah sebut di dalam Al Quran..Firman Allah SWT:

"Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya."( Surah Yassin:36)


"dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)."(Surah Dzariyaat:49)

Ya. Fitrah hidup berpasangan. Tapi sebelum hidup berpasangan sudah pasti ada satu perasaan iaitu cinta.

Perasaan Cinta itu juga fitrah. Sebagaimana Allah swt menyintai kekasihNya Nabi Muhammad saw. dan sebagaimana cinta Nabi Muhammad saw kepada umatnya...kitalah..

maka mustahil pada kita tidak ada perasaan cinta. Cinta boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. bOleh juga digunakan untuk pelbagai tujuan.

Dan aku skopkan cinta ini pada cinta manusia.sesama manusia.


Sebelum aku meneruskan ayat aku...mesti ada yang memberi pandangan/ulasan:

"Belajar dulu!!!"

"Kau nak bagi anak dara orang makan apa?"

Sila bertenang ye....

Ini yang aku nak bicarakan....fitrah ini tidak akan lari...usia yang semakin dewasa,tidak mungkin dapat menafikan perasaan ini. setuju?baiklah..akan kuteruskan.


"Wahai sekalian pemuda, sekiranya kamu berkemampuan, berkahwinlah dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. – (Hadis Bukhari)

Aku tidak suka menggunakan ayat AL Quran atau hadis untuk menghalalkan atau membenarkan apa yang aku bicarakan. Bahkan ianya dilarang di dalam Islam.Cuma aku ingin sampaikan bahawa inilah fitrah manusia yang diceritakan oleh Allah dan RasulNya. Lalu bagaimana untuk kita salurkan?

Berpuasa?sudah dilakukan...
Berkahwin?ni je yang belum...

Huh...apa saja yang aku ingin karangkan...
Barangkali boleh kusambung di lain hari....

Mungkin post ini pasal abg aku yang nak kawen...

Maaf,andai post ini menimbulkan kontroversi...jangalah kalian marah padaku kerana inilah fitrah manusia.

October 30, 2011

Pertama kali

Inilah pertama kali dalam hidup aku selama 4tahun di shah alam menjejakkan kaki di stadium shah alam. Selama ini aku hanya melintasinya atau memerhatikan dari jauh. Apatah lagi kehadiran aku untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malay,Malaysia bertemu Vietnam. Sekalipun dalam perlawanan persahabatan,tetapi saat dan ketika itu sangat-sangat menggembirakan dalam hidupku.

Aku bersama dengan teman-teman lain menuju ke stadium pada jam 5ptg. Alhamdulillah,cuaca agak tenang tetapi agak kemuraman seperti biasa. Setibanya di stadium tidak tergambar perasaanku. gembira...hehe. Teringat pada adik-adikku..mungkin mereka sepertiku. Insyallah ada masa akan ku bawa bersama.

Hujan mula turun dengan lebat pada separuh masa kedua. Tetapi perlawanana diteruskan. Sekali lihat seperti budak yang berkubang bersama kerbau..hehe..kelakar pula rasanya.

Tahniah buat Malaysia yang menang 4-0 terhadap Laos. Moga kejayaan ini diteruskan pada perlawanan akan datang.








Taujihad