Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

June 29, 2009

KONVOKESYEN KE-11 POLITEKNIK JOHOR BAHRU

Konvo lagi ke?hehe. Bukanlah..tapi sekadar nak berkongsi gambar masa konvo dip yang lepas..taktau nak bagi post apa. Ternampak gambar konvo tu yang terpikir nak letak. Layan je la ea...terima kasih=)Yang bagi ni En Sulong Yahya.Dulu Pengarah PJB sekarang naik pangkat kat putrajayamacam malam je kan?kat stadium..kiri kanan kiri...hehe

p/s:ada org tanya nape tak pakai baju melayu.jawapannye sebab xde baju melayu hitam n songkok.nak beli mahal..pastu xkan nak pakai kopiah.hehe..janji smart!

June 27, 2009

ROZILA

ni gambar kawennya..sapa nama suamimu ini?

ekin,rozila,hanis,hanim(agaknya)

Sungguh tak percaya kawan lama sudah berkahwin. Rozila...lupa pula nama ayahmu.sori ye.huhu..sampai hati tak jemput.padahal rumah kat felcra seri wangi.Dlm 10km je dgn rumah saya..nak buat macamane,lost contact.

Nak ceritakan,Rozila ni kawan saya sejak form1. Kenal bila sama sekolah agama khas. dulu hingus-hingus sekarang dah jadi isteri orang.hehe..tahniah la untukmu rozila..tengok kawan-kawan dah kawin rasa cepat masa berlalu..dulu bercinta dengan orang lain sekarang dah jadi isteri orang.hehe..Nak masukkan gambar masa sekolah dulu xde scanner.nanti2 la ye..

Betullah cakap pensyarah saya,waktu yang paling best adalah waktu ketika belajar. Ramai kawan..musuh pun boleh tahan.Kenangan xyah cerita la..jenuh nak bercerita.So,waktu nilah kalau boleh cipta kenangan-kenangan manis..dan boleh mematangkan fikiran kita!

Kepada kau rozila,kalau terbacalah post ni,aku doakan kau bahagia hingga ke anak cucu. Jadilah isteri yang solehah. Kawan-kawan jangan lupa walaupun dah kawen.huhu..(feling pulak)

Kepada kawan-kawan lain yang nak kawen,jangan lupa aku.Amaran keras ni...hehe..ok.
Wallahualam.

p/s:Terima kasih pada ekin (sumber)

June 26, 2009

MICHAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA



LOS ANGELES: Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun. Beliau meninggal dunia kerana kegagalan jantungnya.

Saya sendiri tidak meyangka kematiannya hanya perasan di yahoo apabila kematiannya dimaklumkan. Dan sebenarnya saya baru mengetahui dia sudah memasuki Islam pada 22 November 2008. Alhamdulillah..beliau mati dalam keadaan Islam.Nama Islamnya Mikaeel.

Moga Allah ampunkan dosa beliau dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Tertanya juga..mana beliau dikebumikan?Takutr menjadi perebutan dalam keluarganya.sama-sama kita doakan.kalau-kalau ada sumber maklumkan ye..

June 23, 2009

7 AMAZING HOLES


Subhanallah..tak pernah tengok pun sebelum ni. So untuk u all,tengok-tengoklah kebesaran Allah ni. Oh ye,maklumat ni dapat di blog akuandnasihat. Korang boleh terjah kat blog tu untuk 'pendetailan'..lagi satu,dah tengok tu jangan lupa sebut Subhannallah..ok.Layannnnnn



1. Diavik Mine, Canada

2.Glory Hole - Monticello Dam, California
3.Great Blue Hole , Belize
4.Kimberley Big Hole - South Africa
5.Mirny Diamond Mine , Serbia
6.Sinkhole in Guatemala
7.Bingham Canyon Mine, Utah

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Ali Imran: 190-191)



June 22, 2009

ALLAH adalah SEGALA-GALANYA

Masalah...masalah...masalah...siapa yang xde masalah angkat tangan?kecil atau besar ia tetap masalah dan memerlukan penyelesaian..siapa kat dunia ni xde masalah?kalau xde bohong sangat. sedangkan Nabi saw yang maksum itu sendiri punyai masalah dalam usaha dakwahnya..inikan kita manusia biasa yang penuh dengan dosa dan noda.




Firman Allah SWT:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Ya..sudah terjawab. Masalah dan ujian yang kita hadapi sememangnya dari Allah. Bagi mengetahui sama ada kita orang yang benar ataupun berdusta. Bahkan,ujian dari Allah membuktikan kasih sayang Allah kepada kita dan ketika inilah Allah mengangkat darjat kita sebenarnya.







Firman Allah SWT:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)

Dan tiada siapa yang mengetahui hikmah disebalik masalah dan ujian yang kita hadapi..

Firman Allah SWT:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Siapa pun kita..Pemimpin,golongan atasan,alim ulama',ustaz ustazah,hatta perunding motivasi..juga punyai masalah..Allah tidak membezakan-bezakan kita.Masalah dan ujian untuk melihat sejauh mana kita beriman kepada Allah SWT. Justeru Allah melihat perbezaan orang mukmin adalah dari sudut ketaqwaan kita kepada Allah..

Orang yang tinggi taqwanya kepada Allah menerima masalah dan ujian dengan berlapang dada dan bersyukur dengan ujian itu. Orang yang rendah nilai taqwanya menerima masalah dan ujian dengan penuh keluh kesah,merungut dan secara xlangsung menambah 'masalah' dalam dirinya.

Secara jujur dan realitinya,bila kita diuji dan ditimpa masalah ketika itulah kita mengingati Allah. Bila kita senang,sihat dan apa saja yang membahagiakan kita ketika itu amat sedikit kita mengingati Allah. Tetapi Allah SWT tetap ingat kepada kita dengan memberikan ujian kepada kita untuk membuktikan sifat Rahman dan RahimNya..Allahuakbar...

Lantas pada siapa seharusnya kita meminta pertolongan?tentu sekali Allah SWT.Kerana apa?Allah mencipta kita dan telah mengatur hidup kita.Jangan kita menyelesaikan masalah bukan pada tempatnya.Barangkali ianya menambah mudarat kepada kita semua..Bukan kita yang mengawal segala-galanya..

Firman Allah SWT:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
Saya juga punyai masalah. Pada masa yang sama orang datang berjumpa kita mengadu masalah. Kita pula mengadu pada orang lain. Biasanya mak yang menjadi mangsa.hehe..sori mak.Cuma apa yang saya nak kongsi pada anda semua..

1.Janganlah kecewa dengan ujian yang kita hadapi.
2.Berimanlah dengan apa yang ditetapkan Allah.
3.Usahalah selagi mana kita mampu meskipun mati yang kita terima
4.anggaplah ujian yang kita hadapi adalah sekecil-kecil ujian,mungkin ada yang sedang menghadapi ujian yang lebih dasyat.

Kita bukanlah pakar perunding masalah. Tetapi kita cuba menjadi manusia yang tinggi taqwanya disisi Allah. Walaupun kita sering terperosok,tersungkur tapi semua itu demi kemanisan dan kenikmatan yang xterhingga dari Allah SWT.Sudah masanya kita semua beriman dengan ayat-ayat Allah. Bukan hanya membaca tapi tidak mengamalkannya.

Muhasabalah diri kita setiap masa. Luangkan masa kita bersama Allah selepas solat. Berzikir,bertahmid dan bertakbir memuji Allah..Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Solatlah seperti ianya solat terakhir bagi kita. Belajarlah menangis dengan mengingati mati. Dekatilah Al quran dan bacalah. Semuanya itu bagi menyucikan hati kita yang penuh titik-titik hitam..

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran ayat 200)


Akhir kalam..dunia ini akan terus berputar tanpa kita mengetahui kesudahannya. Sebelum kita terlambat, bersamalah kita mengislah diri(perbaiki) dan merenung dosa-dosa yang kita lakukan. Teruskan usaha kita dalam menempuh ujian dan masalah..kerana kita tahu ALLAH adalah SEGALA-GALANYA.





"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 12)


Renung-renungkan Selamat beramal!

Taujihad