Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

May 27, 2010

Jangan dibiarkan mereka...


Saya memandang sekumpulan pelajar sekolah sebaris meja makan saya. Asyik mengeluarkan asap dari mulut dan hidung. Hebat!! seperti naga tasik chini. Mereka tak tahu yang saya cukup meluat dengan sikap mereka.





Waktu itu sekitar jam 1.30ptg. Pelajar sekolah baru merdeka dari leteran cikgu-cikgu mereka. Food court seksyen 2 menjadi port bagi mereka beristirehat dengan rokok-rokok mereka. Saya memandang kepada salah seorang mereka. Dia juga memerhatikan saya. Kami saling bertentang mata. Tanganku ringan ingin menghayun sesuatu. Nasib kau baik hari ini.

Sedang saya menunggu makan yang di tempah sampai,saya melihat gelagat mereka. Langsung tidak ada rasa malu pada orang ramai. Berpakaian sekolah,berlencana sekolah,melayu,ala-ala samseng masyuk dengan sedutan asap rokok mereka. Salah seorang dari mereka melintas dihadapan saya menuju ke gerai ABC.

Rupa-rupanya itu TOKAN dia..yang suplly rokok. Bangsatt!!..Melayu yang memperbodohkan melayu. Mereka lebih memikirkan keuntungan dari memikirkan masa depan bangsa mereka sendiri.

Selesai dari menjamu selera,saya beredar dari situ dan mereka?masih lagi dengan rokok-rokok mereka. Mereka sedang asyik dibuai mimpi. Namun begitu,saya juga kecewa dengan diri saya yang tidak ada kekuatan untuk menegur remaja itu. Kufikirkan pasti tokan itu akan campur tangan. Mungkin ada cara lain. Saya akan berjumpa dengan guru besar disitu untuk mengadu masalah itu.

Sebagai rakyat@ibu bapa@guru-guru@kerajaan dan seangkatan dengannya,kita perlu sedar akan situasi yang berlaku hari ini. Mereka adalah pewaris generasi kepimpinan. Mereka yang akan bertanggungjawab bangun dan jatuhnya Agama,Nusa dan bangsa satu hari nanti. Perlu ada tindakan yang segera bagi menangani masalah ini.

Saya berfikir sejenak:

1. Apakah didikan yang diberikan oleh guru-guru sehinggakan pelajar mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang mereka belajar disekolah. Agama Islam,Moral,sivik...adakah semua itu retorik semata-mata atau sekadar mahu melepaskan batuk ditangga? Dimana kesannya hasil didikan itu kepada pelajar?

2.Atau mata pelajaran bagi menyedarkan pelajar sekolah tidak cukup?perlu ditambah lagi? Lagi bingung guru-guru disekolah mahu mengajar. Adakah sistem pendidikan yang kita gunakan sekarang menepati kehendak Islam. Pastinya Islam itu mempunyai garis panduan dalam mendidik manusia tidak mengira peringkat usia. Kementerian perlu mengkaji masalah ini..

3. Atau didikan ibu bapa yang sambil lewa dengan melepaskan tanggungjawab mereka kepada guru-guru di sekolah? Ibu bapa keluar bekerja, dan balik malam tanpa mengambil berat tentang perkembangan anak mereka. Hanya apabila diberi surat untuk menghadiri Hari Terbuka sekolah. Ketika itu barulah tahu.."Kenapa teruk sangat akademik ko ni!!!"

4. Atau pengaruh kawan sekeliling?"kenapa aku yang salah?"si kawan menafikan. Kawan yang baik,mengajak pada kebaikan. Kawan yang jahat mengajak pada kejahatan. Barangkali boleh diguna pakai.

Lantas..pada siapa harus dipersalahkan?Bukan masanya untuk kita menuding jari mempersalahkan sesiapa. Kini masanya kita bersama dalam mengatasi masalah ini.

"Mencegah lebih baik dari merawat"

2 comments:

Anonymous said...

peduli ummah...

sebaik-baik cahaya said...

apa maksud peduli ummah??harap saudara/i boleh jelaskan

Taujihad