Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

May 21, 2010

Kesedaran yang mendesak perubahan

Lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di "Sebaik-baik Cahaya" ini. Seakan-akan gelap tanpa "Cahaya" yang sememangnya menerangi. Sambil mendengar bacaan Al Quran,surah Al Waqiah by Mohamed Taha Al-Junaid. Bacaan yang menenangkan jiwa-jiwa yang resah. Mendapatkan mood untuk mengarang sesuatu..

Barangkali tiada post yang khusus yang ingin saya karangkan. Mungkin ulasan apa yang berlaku disekeliling saya.

Baru sebentar tadi saya membaca keratan akhbar harian Metro."Calon Imam Muda mula berdebar". Ada di kalangan mereka(Abe Syara) yang terpilih pernah bersama dengan saya di stage ke-2. Selamat berjuang untuk kalian. Pakat-pakat tengok 28hb Mei ni.jam 9mlm dalam astro aosis.Satu-satunya program realiti yang saya pergi audition. Dan itulah pengalaman saya di'temuduga'. Terlalu banyak untuk saya pelajari.

Golongan muda perlu maju kehadapan dalam menyampaikan risalah dakwah walau di mana kita berada. Walau apa pun tugas dan tanggungjawab kita sememangnya amar makruf dan nahi mungkar itu menjadi kewajipan kepada kita sebagai hambaNya. Hatta diri bergelar sebagai seorang pelajar.

Saya membelek lagi keratan akhbar. Kes kematian semakin meningkat. Malah kematian yang adakalanya tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras. Kanak-kanak berumur 9tahun mati dihempap sinki tandas. Pasangan suami isteri membunuh diri selepas membunuh anak mereka sendiri. Pelacur bertubuh sasa (Gay). Benarlah janji Allah. Mati itu tidak cepat sesaat dan tidak lewat sesaat. Kun fayakun....

Tidak lagi ditambah dengan kes-kes jenayah yang menakutkan. Mangsa "cinta terlarang" yang semakin meruncing. Judi dihalalkan .Kes pembunuhan dan banyak lagi yang boleh kita jangkakan pada setiap akhbar. Setiap hari. Setiap saat. Menakutkan. Seakan-akan tiada undang-undang di negara ini. Seakan-akan tiadanya pihak berkuasa. Kes jenayah meningkat. Hukuman Jel bertahun-tahun, Sebat berkali-kali, denda beribu ringgit. Tapi semua itu tidak memberi kesedaran kepada masyarakat kerana hukuman manusia hanya menyakitkan tapi hukuman Allah penuh dengan kasih sayang dan menyedarkan. Kita lebih agung dengan hukuman ciptaan manusia. Lihatlah kesannya sendiri..

Kejadian yang berlaku disekeliling kita sebenarnya adalah satu peringatan dari Allah swt kepada hambaNya. Sama ada sedar atau tidak inilah kehidupan mengikut acuan kita sendiri. Tidak mengikut acuan Tuhan Rabbul Alamin. Seseorang yang ingin menyampaikan risalah yang sohih, diwajibkan memiliki tauliah dan sebagainya. Tetapi orang yang ingin berjudi diberi lesen, Kelab-kelab malam, Pusat pelacuran seakan-akan kita menjadi buta dan pekak bila memperkatakannya.

Dalam diri yang penuh kelemahan ini, hanya mampu menyuarakan dengan pena penulisan. Moga dakwahku ini sampai kepada mereka semua. Moga ianya juga diterima Allah. Saya tidak mahu menjadi mereka yang tergolong dalam senarai ahli neraka Allah pabila ayat-ayat Allah dibaca. Hukum-hukum Allah diperingatkan. Ianya untuk peringatan saya bersama. moga dengan pena ini dapat meningkat iman saya yang semakin menurun ini.

Wallaualam.

0 comments:

Taujihad