Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

August 20, 2010

Balik kampung...ooo..balik kampung..





Balik kampung...yeahhh!!!! perkara yang setiap orang suka. Berjumpa keluarga dan orang yang tersayang. Aku turut berkongsi perasaan ini sebab aku akan balik cuti raya nanti. hehe..Baru tadi beli tiket..

Teringat masa sekolah dulu, aku nak sangat belajar di luar negeri. Luar negeri Johor je..masih di semenanjung. Tapi peluang tu tak dapat. Sebab aku rasa mesti best bila waktu cuti..naik bas..rasa balik kampung..Tapi bila rumah dekat dengan sekolah,suruh ayah je yang ambil. mudah dan jimat. Ada satu masa tu ayah datang dengan bas sekolah.waahhhh.....hehe..

Bila lepas sekolah, aku sambung belajar di Politeknik. pun di Johor Bahru. Walaupun perjalanan hanya 1jam setengah,aku jarang balik sebab terlibat dengan pelbagai program. Orang putih kata 'busy'.hehe...aku pun memang sibukkan diri. Aktif. Jadinya jarang la balik. Kadang-kala sampai mak call tanya "tak balik ke?"huhu..bila dah cakap macam tu aku balik la..Boleh terlupa nak balik, bukan terlupa sebab ada ibu bapa. Bagi aku, walaupun aku tak balik tapi aku buat kerja yang boleh mendatangkan faedah dan bukankah doa anak yang soleh itu diperlukan bila mereka sudah tiada nanti..so, Ila mardhotillah...

Sekarang dah masuk UITM Shah Alam. Jauh la jugak...hehe...ada la 4jam perjalanan. Dapat la merasa seperti orang lain beli tiket bas ekspress. Tapi kekurangan duduk jauh ni sebab duit nak beli tiket la. mahal..So, aku pun lagi la jarang balik. Kadang-kadang jeles jugak tengok kawan-kawan balik kampung tapi aku kat UITM pun mengaktifkan diri dengan program-program. Dah biasa dengan ke'busy'an ni...kadang-kadang bila hujung minggu takde program rasa macam tak percaya.hehe...

Walaubagaimanapun ayah dan mak aku selalu pesan,jaga akademik."Baiklah mak ayah!" hehe...mereka tak larang aku nak berorganisasi. Mereka tahu anaknya semakin matang dalam membuat keputusan. "Terima kasih mak ayah!" Cuma mereka bimbang dalam kesibukan aku berprogram,akademik terabai. dan aku kena tunjukkan yang semuanya mudah bila kita bersungguh-sungguh. Kejayaan aku semasa di Politeknik memberikan mereka sedikit keyakinan bahawa anaknya berjaya dalam kedua-dua perkara.Akademik dan Organisasi. Aku pun meneruskan 'cara hidup' aku di UITM dan nampak hasilnya. Aku masih boleh berbangga kerana dalam kesibukan aku masih dapat meneruskan pengajian. Ada mereka yang tidak aktif langsung tetapi tak dapat meneruskan pengajian kerana masalah akademik. Bukan senang nak senang..

Aku yakin bila kita menolong Agama Allah (ISLAM), maka Allah akan menolong kita. Bukankah ini sudah tercatat dalam firmanNya. cuma kita sebagai hambanya kena beriman dengan firmanNya.

Ok...jauh pulak cerita kita. Jadinya...saya dah beli tiket dan menanti waktu untuk balik kampung. Anda dah beli tiket?hehe..

p/s: fokus Ramadhan dulu...

0 comments:

Taujihad