Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

August 25, 2010

Ramadhan dua zaman





"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al Baqarah:ayat 183)

Telah menjadi syariat,ibadah puasa suatu kefardhuan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Semenjak beratus tahun dahulu sehingga pada hari ini. Berlaku dalam bulan Ramadhan. Umat Islam menunaikan ibadah puasa. Namun Allah swt mengingatkan kita,ibadah puasa ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,bukan sekadar merasai kepenatan di siang hari tetapi ibadah puasa disyariatkan untuk melihat ragam manusia sejauh mana beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

Hari ini kita melihat kedai makanan ditutup di siang hari,walaupun kedai non muslim. Orang ramai yang membanjiri bazar Ramadhan pada waktu petangnya dan malamnya menunaikan solat terawikh. Demikianlah tanda-tanda berlakunya Ramadhan. Namun, kesemua itu dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Dapat dinilai oleh kita. Tetapi yang kita tidak nampak adalah ketaqwaan kita disisi Allah.

Sebab itu Allah swt mengingatkan kepada kita bahawa umat Islam sebelum kita terlebih dahulu menyambut Ramadhan. Tetapi Ramadhan mereka penuh dengan ketaqwaan disisi Allah. Bahkan di bulan Ramadhan telah berlaku peperangan Badar Al Kubra. Bagaimana mereka berperang dalam menegakkan Islam walaupun ketika itu mereka berpuasa. Malah ketika itu, bilangan mereka terlalu sedikit berbanding tentera kuffar. AKhirnya kemenangan berpihak pada mereka.
Tetapi bagaimana puasa kita hari ini? Merasa diri kita dekat dengan Allah atau semakin jauh?
Lihat saja di bazar Ramadhan, mereka bersemangat membeli juadah berbuka puasa. Baik lelaki mahupun perempuan. Tapi....yang perempuan hadir ke bazar dengan pakaian yang menjolok mata,seksi,terdedah sana sini,tidak bertudung,pakaian yang sendat dan secara ringkasnya tidak menutup aurat. Adakah ini yang menjadikan puasa kita dekat dengan Allah swt?
Solat sunat terawikh kita yang awal Ramadhan tidak pernah tertinggal tetapi disaat akhirnya Ramadhan kita 'pencen' untuk hadir ke masjid dan solat sunat terawikh. BAgaimana Ramadhan kita?
Marilah sama-sama kita menjadikan ibadah puasa kita sebenar-benar puasa. Puasa yang menjadikan kita orang yang bertaqwa disisi Allah swt. Yang tidak memilih dalam melaksanakan hukum Allah. Hanya mengambil sebahagian yang terdapat di dalam AlQuran dan meninggalkan sebahagian besarnya..Jadilah umat Islam yang mengambil Islam secara menyeluruh.Tanpa meninggalkan sedikit pun suruhan Allah.
Moga Ramadhan kita menjadi Ramadhan yang cemerlang dan gemilang...

0 comments:

Taujihad