Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA
Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

October 19, 2010

Inilah realitinya...

the Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show, at the Monaco Sporting Club in Monte Carlo Monday

KUALA LUMPUR, Aug 10 (Bernama) -- Islamic fashion is fast becoming a lucrative business with the current market estimated to be worth more than US$96 billion (RM302 billion) a year, said Datin Seri Rosmah Mansor.

p/s:  semuanya nampak dengan duit. Bukan nampak dosa dan pahala.

"The Islamic Fashion Festival is precisely intended to end the myth that a Muslim woman cannot posses a sense of style. On the contrary, Islamic dressing is a style of its own, and today it is beginning to attract more and more attention, as mainstream trends become increasingly bold, sensual and provocative which is unappealing to the more conservative consumers," she said.

p/s: Islam tidak menghalang perubahan. Tetapi syariat perlu diutamakan. Teringat bagaimana Kamal Artatuk membawa perubahan di Turki,akhirnya mayatnya tidak diterima dengan bumi...nauzubillah..

Siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat @ penaung) program 'fesyen Islam' (sukular) ini..jawapannya ialah pada gambar di bawah....

September 16, 2010

Biarkan Ramadhan pergi..aku rela begini..

Ramadhan dah lama berlalu..
Raya la masa nak tayang baju baru (^_^)
Macam-macam fesyen sekarang..
Aku jadi pelik...pelik tapi benar..

August 25, 2010

Ramadhan dua zaman





"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al Baqarah:ayat 183)

Telah menjadi syariat,ibadah puasa suatu kefardhuan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Semenjak beratus tahun dahulu sehingga pada hari ini. Berlaku dalam bulan Ramadhan. Umat Islam menunaikan ibadah puasa. Namun Allah swt mengingatkan kita,ibadah puasa ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,bukan sekadar merasai kepenatan di siang hari tetapi ibadah puasa disyariatkan untuk melihat ragam manusia sejauh mana beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

Hari ini kita melihat kedai makanan ditutup di siang hari,walaupun kedai non muslim. Orang ramai yang membanjiri bazar Ramadhan pada waktu petangnya dan malamnya menunaikan solat terawikh. Demikianlah tanda-tanda berlakunya Ramadhan. Namun, kesemua itu dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Dapat dinilai oleh kita. Tetapi yang kita tidak nampak adalah ketaqwaan kita disisi Allah.

Sebab itu Allah swt mengingatkan kepada kita bahawa umat Islam sebelum kita terlebih dahulu menyambut Ramadhan. Tetapi Ramadhan mereka penuh dengan ketaqwaan disisi Allah. Bahkan di bulan Ramadhan telah berlaku peperangan Badar Al Kubra. Bagaimana mereka berperang dalam menegakkan Islam walaupun ketika itu mereka berpuasa. Malah ketika itu, bilangan mereka terlalu sedikit berbanding tentera kuffar. AKhirnya kemenangan berpihak pada mereka.
Tetapi bagaimana puasa kita hari ini? Merasa diri kita dekat dengan Allah atau semakin jauh?
Lihat saja di bazar Ramadhan, mereka bersemangat membeli juadah berbuka puasa. Baik lelaki mahupun perempuan. Tapi....yang perempuan hadir ke bazar dengan pakaian yang menjolok mata,seksi,terdedah sana sini,tidak bertudung,pakaian yang sendat dan secara ringkasnya tidak menutup aurat. Adakah ini yang menjadikan puasa kita dekat dengan Allah swt?
Solat sunat terawikh kita yang awal Ramadhan tidak pernah tertinggal tetapi disaat akhirnya Ramadhan kita 'pencen' untuk hadir ke masjid dan solat sunat terawikh. BAgaimana Ramadhan kita?
Marilah sama-sama kita menjadikan ibadah puasa kita sebenar-benar puasa. Puasa yang menjadikan kita orang yang bertaqwa disisi Allah swt. Yang tidak memilih dalam melaksanakan hukum Allah. Hanya mengambil sebahagian yang terdapat di dalam AlQuran dan meninggalkan sebahagian besarnya..Jadilah umat Islam yang mengambil Islam secara menyeluruh.Tanpa meninggalkan sedikit pun suruhan Allah.
Moga Ramadhan kita menjadi Ramadhan yang cemerlang dan gemilang...

September 20, 2009

RAYA ITU IBADAH..NAMUN..

Sebulan kita berpuasa. Bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi juga jaga segala pancaindera dari melakukan dosa..Apa saja yang kita lakukan sesuatu kerana Allah dikira Ibadah. Namun,disebalik ibadah yang kita lakukan ada kesilapan yang kita terlepas pandang.

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.Biasa nampak bila ada rumah terbuka.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat pengumpulan semula maksiat .Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.
OLEH : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

June 16, 2009

TUDUNG VS FESYEN

“Apa ni?pakai tudung tapi baju ‘sarung nangka’ punye”.Respon saya bila melihat ‘seseorang’ yang dimaksudkan. Diorang ni tak malu ke tunjuk yang tak sepatutnya?bangga kot..

Apa la function pakai tudung tu. Niat nak berfesyen je.Bukan niat nak tutup aurat.Niat tak menghalalkan cara.



Betullah sebagaimana sabda Nabi SAW:

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda;”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan penguasa yang punyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua,perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka(tudung diatas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.” (HR MUSLIM)

Sumber:40 hadis peristiwa akhir zaman


Saudariku seIslam,

Agama Islam memandang berat mengenai cara berpakaian seorang wanita kerana mereka adalah golongan yang mudah memasuki neraka..Kini,kita memerhatikan kebanyakan daripada kita(wanita) bukanlah ‘bertudung’ tetapi hanya memakai tudung. Hal ini semakin lama semakin menyedihkan bila mana fesyen bertudung ini dikenalkan sendiri oleh orang Islam.Islam tidak melarang untuk berfesyen tetapi mestilah mengikut batasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ini jelas disebut oleh Allah swt di dalam Al quran.


Firman Allah SWT:

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(surah An Nur:31)



“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan-perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(Surah Al-Ahzab ayat 59)


Saudariku seIslam,

Adakah kita beriman dengan segala ayat-ayat di atas.Berubahlah..kita sering menyebut,”nantilah..pelan-pelan”..”nanti dah kawin aku pakai la”..inilah statement yang keluar dari mulut kita. Persoalannya,adakah kita tahu tarikh kematian kita?belum sempat berubah kita dah meninggal..Mudah-mudahan kamu berfikir.

Allah suruh kita tutup aurat ada sebabnya. Kalau kita mengatakan ianya satu bebanan,cepat-cepatlah istighfar..seolah-olah kita menafikan Allah dalam hidup kita.

Susah ke nak pakai tudung?yang bertudung,panas ke untuk melabuhkan sedikit menutup dada?KLIK SINI SUPAYA DAPAT IMEJ YANG LEBIH JELAS.PENTING!


Saudariku SeIslam,

Wanita adalah perhiasan dunia. Harganya lebih bernilai dari emas dan permata..Kenapa kalau kita ke kedai emas,Emas yang mahal,di balut dengan kain?dijaga rapi..diletak didalam bekas..ada guard yang jaga lagi.huh..kerana Ianya sungguh BERHARGA.begitu juga wanita@perempuan..dibaluti tubuhnya kerana tidak mahu orang melukainya dan merosakkanya..kalau kita biarkan saja,ibarat diri kita seperti tidak berharga dan memudahkan orang merosakkan kita.

Wallahualam

Renung-renungkan dan selamat beramal

Taujihad