Aqidah merupakan simpulan atau ikatan hubungan seorang hamba dengan Tuhannya. Sebagaimana lafaz akad nikah yang diucapkan oleh si pengantin untuk membuktikan mereka suami isteri yang sah. Juga lafaz akad jual beli yang membuktikan sesuatu jual beli itu dilakukan.
Tetapi,jual beli itu berlaku antara manusia dengan manusia. Ada lafaz yang diucapkan dan ada benda yang diniagakan. Jika kahwin,isterilah yang menjadi bukti perniagaan, jika berniaga,adalah barang yang diniagakan.
Firman Allah swt:
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.”
(Ali ‘Imran: 19)
(Ali ‘Imran: 19)
Firman Allah lagi:
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridlai Islam itu jadi agama bagimu.”
(Al-Maaidah: 3)
(Al-Maaidah: 3)
Namun, lafaz akad kita dengan Allah adalah lafaz Syahadah. Yang menafikan Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad sebagai Pesuruh Allah. Maka, selepas lafaz diucapkan, ISLAM itu menjadi 'benda' yang diniagakan atau berurusan dengan Allah. Sudah pasti menjaganya lebih berat berbanding menjaga si isteri dan sesuatu barang. Melakukan perkara yang disuruh Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah. Mejadikan Nabi sebagai Pesuruh Allah dan ikutan sepanjang zaman.
Firman Allah swt:
“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) dari padanya.”
(QS. Ali ‘Iran: 85)
(QS. Ali ‘Iran: 85)
Maka kita kena bersyukur kerana Islamnya kita kerana keturunan. Lahir kita sebagai seorang muslim. Walaubagaimanpun, Allah tetap meminta kita untuk memperbetulkan syahadah kita seharian yang sering kita sebut dalam solat kerana kehidupan kita sebagai manusia yang sering lupa kepada Allah dan sering menempah kemurkaan Allh swt.
Perlu difahami, aqidah adalah berdasarkan kepada wahyu dan ianya bersifat tetap dan tidak berubah. Yang berubah hanyalah syariat. Ini bermakna, bermulanya Nabi Adam as sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw punya aqidah yang sama iaitu mentauhidkan Allah. Tidak pernah berubah. Cuma yang berubah adalah syariat untuk mengatur hidup manusia. Hubungan manusia dengan penciptanya, hubungan sesama manusia dan makhluk disekelilingnnya.
Firman Allah swt:
“Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, kami beri aturan dan jalan yang terang.“
(Al-Maidah: 48)
Syariat dan hukum selalu mengalami perubahan, setiap berubah zaman, tempat dan masyarakat. Kerana pada dasarnya hukum dan undang-undang tersebut untuk mengatur kemaslahatan manusia, maka kemaslahatan tersebut tergantung dengan keadaan masyarakatnya.
Syariat Islam merupakan sistem kehidupan manusia meliputi akhlak, ibadah, munakahat, jenayat, dan sebagainya. Tetapi semuanya itu pastilah merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah yang meletakkan segala apa yang kita lakukan di muka bumi ini untuk mendapat keredhaan Allah. Bukan untuk mendapat kemurkaan Allah.
Untuk memastikan pengurangan anak luar nikah di Malaysia, pelbagai akta dan hukuman telah ditetapkan. Namun jenayah semakin berleluasa kerana hukuman yang dilakukan bukanlah hukuman yang telah disyariatkan oleh Allah. Maka sudah pasti mendapat kemurkaan Allah. Lalu perlu ditanya, bagaimana akidah kita?apa dia bukti kita beriman kepada Allah dan Rasul?
Sebagaiman contoh, hukuman untuk mereka yang berzina:
Undang-undang Malaysia:
- Seksyen 11 [Zina] :Denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
- Seksyen 12 [Muqaddimah zina]: Denda tidak melebihi RM3000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
- Seksyen 13 [Bersubahat melakukan kesalahan zina] :Denda tidak melebihi RM3000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-undang Islam:
- Belum berkahwin: Sebat 100 kali
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.
(Surah An- Nur ayat 2)
(Surah An- Nur ayat 2)
- Sudah berkahwin: Rejam sampai mati
Dari Ubadah bin Shamit ra bahwa Rasulullah saw bersabda, “Ambillah dariku, ambillah dariku; sungguh Allah telah menjadikan jalan (keluar) untuk mereka; gadis (berzina) dengan jejaka dicambuk seratus kali cambukan dan diasingkan setahun, dan duda berzina dengan janda didera seratus kali didera dan dirajam.” (Shahih: Mukthashar Muslim no: 1036, Muslim III: 1316 no: 1690, ’Aunul Ma’bud XII: 93 no: 4392, Tirmidzi II: 445 no: 1461 dan Ibnu Majah II: 852 no: 2550).
Sudah pasti Hukuman dari Allah pasti ada hikmahnya dan itulah sebaik-baik jalan dalam menyelesaikan masalah kerana manusia tidak mampu merubahnya melainkan Allah. Maka disini,kita perlu mendalami apa itu Hudud,Qisas dan Ta'zir.
Ini jelas terbukti bila mana Acheh yang dahulunya dilanda Tsunami dek kerana terlalu rakus dengan kemaksiatannya, tetapi bangkit dalam melaksanakan hukuman sebat kepada penzina.(Acheh sekarang)
Jika melihat suasana hari ini, pegangan umat Islam semakin rapuh. Seolah-olah tiada pegangan agama. Kita takut dalam melaksanakan hukum Tuhan. Pegangan Akidah kita goyah disebabkan nafsu yang menguasai sehingga menafikan hukum Tuhan.
Maka, kembalilah kita kepada Aqidah yang shohih. Sesungguhnya pronsip yang kuat lahir dari pegangan yang kuat pada akidah. Sebagaimana keteguhan prinsip yang ditunjukkan oleh Nabi saw dan para sahabat dalam memperjuangkan Islam.
Wallaualam.
Rujukan:link 1,Pengantar Akidah,Dr sulaiman Yaasin,Risalah al Aqa'id,Imam Hassan Al Banna,hukuman zina
0 comments:
Post a Comment