Cukuplah dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku, kelahiran anak luar nikah yang meningkat, dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang semakin serius..
"Terima kasih kerana berjaya menghancurkan rakyat" -Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman
Saya menggelengkan kepala. Apa sudah jadi dengan kita? di saat Indonesia di landa Tsunami kali ke-2, gunung Merapi yang meletus,kita pula semakin berani melawan hukum Allah swt. Semakin berani untuk melanggar syariat Allah semata-mata mahu memenuhi nafsu yang membunuh.
Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, kerajaan mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.
Dalam satu kenyataannya kepada Malaysiakinihari ini, Azman Azha berkata, tindakan itu dapat memudahkan pemantauannya daripada aspek keselamatan dan jenayah kerana menurutnya pusat hiburan sekarang ini ada di mana-mana dan sukar dikawal.
1. Tidakkah kalian memikirkan masa depan anak muda. Haruskah mereka disogok dengan hiburan yang jauh dari mengingati Allah swt. Adakah masalah anak luar nikah, zina, dan perihal yang seumpamanya berkurangan..kita tidak dapat mampu mengawalnya sehingga mendirikan sebuah sekolah harapan untuk mereka.
2. Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat? mengapa perlu dibina hub hiburan ini sedangkan kelab malam yang sedia ada tidak mampu untuk diawasi dan semakin menjadi masalah sosial. Mengapa tidak kita perbanyakkan majlis ilmu yang membawa mereka dekat dengan Allah swt. Mengapa kita tidak mendidik mereka sebagaimana Nabi saw mendidik para sahabat sebelum Nabi saw meninggalkan mereka. Kerana Nabi saw tahu Baginda akan wafat dan perlu ada yang menggantikan baginda. Siapa yang akan menggantikan kalian?pastinya anak muda sekarang.
3. Sebelum wafatnya Nabi saw, baginda berpesan kepada umatnya:"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,nescaya kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepadanya iaitu Al Quran dan Sunnah". Lalu acuan atau resepi apa kalian menggunakan untuk mencorak masa depan anak muda.
4. Sayangilah kami anak muda. Disaat remaja semakin melupakan identiti sebagai seorang muslim,sepatutnya kita bangkit dan menjadi penyelamat kepada mereka. Sesungguhnya mereka memerlukan didikan agama. Bukan dengan mendidik mereka dengan hiburan yang melalaikan.
Sebuah kisah untuk renungan:
Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja. "Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja. "Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?" "Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka. "Segera katakan apakah itu." Desak raja. "Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya," jawabnya tegas. Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.
Kami pewaris agama,bangsa dan negara..
1 comments:
mabrukkkk
Post a Comment