Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

June 18, 2011

perjalanan dai'e muda dalam menuju redha Allah

Hari Jumaat lepas,17hb Jun 2011 aku memberi kuliah di Jabatan Penilaian Kementerian Kewangan di Jalan Meru Klang. aku dijemput oleh pekerja disitu yang juga merupakan ahli qariah masjid seksyen 17.

Kuliah bermula 9.00pg. Aku memulakan pengenalan siapa diri aku yang sebenar..aku bukan seorang ustaz,tapi baru nak start..=) kerana mereka menyangka aku jurusan agama islam.bukan,"saya dari bidang kejuruteraan". aku memberi keyakinan kepada mereka yang akan aku sampai kan kepada mereka yang mana hak dan mana yang bathil.

mereka yang mendengar,semuanya pekerja di jabatan tu dan kebanyakan daripada mereka adalah golongan muda..maka kenalah tajuk yang aku bagi pada hari tu iaitu tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat nanti. tajuk ini akan aku kupas di post yang lain.

sehinggalah jam 10.00pg aku berhenti kuliah kerana masa yang diberikan satu jam. di akhir kuliah aku memberi pesan:

"Tuan puan yang dirahmati Allah, apalah nilai hidup ini kalau di dunia kita menjadi orang yang hebat, kaya dan disanjungi tapi di akhirat kita menjadi manusia yang miskin papa,di hina dan dipinggirkan Allah. Bukankah hujung hidup kita berjumpa dengan Allah? bekerjalah  dalam apa bidang sekalipun kerana ia merupakan tuntutan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Namun, tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar sebenarnya tergalas di bahu kita. bagaimana ibadah kita,isteri dan anak-anak kita?bagaimana aurat isteri dan anak perempuan kita?adakah kita berusaha menjauhkan mereka dari azab api neraka Allah?renungkan tuan puan. maka menjadi tanggungjawab pada kita mempelajari ilmu agama dan menyampaikannya..wallahualam."

aku pun meninggalkan majlis dengan senyuman =)



balik dari majlis, hal ehwal pelajar telefon aku yang menyatakan aku dipilih untuk mewakili uitm shah alam dalam pertandingan tilawah antara uitm semalaysia. siapa yang menang akan mewakili uitm untuk bertanding peringkat IPTA seluruh Malaysia. Subhanallah....ENgkau sayang pada hambaMu ini Ya Allah...Terima Kasih Ya Allah. aku pun minta tolong ust syukri akademi quran untuk mengajar aku taranum...insyallah kita akan cerita di lain masa.

June 10, 2011

Alahai Imam Muda...

Malam ni aku kene bawak tahlillll...

Dah lama aku tak bawa tahlil ni sebenarnya sejak di Politeknik dulu. Bila dah berkecimpung dunia Imam ni memang kene ingat balik la doa tahlil.huhu..


Sekarang ni cuti sekolah. Musim orang kawen. Maka biasanya sebelum esok walimah, malamnya ada doa selamat dan tahlil. Pendek cerita, malam ni di kawasan aku ada dua tahlil. Yang ada Imam 1 je...Imam dua bercuti kat China...huahua...aku plak imam ke-3..nak tak nak memang aku kene bawak tahlil...

Tengah makan ringan lepas solat isyak, bilal bagitahu rumah yang aku kena bawak tahlil tu dah ada orang bawak. Alhamdulillah..lega!! aku pun pergi la dengan Imam 1 ke rumah yang lagi satu tu..

Rumah yang aku pergi tu Imam 1 yang bawak..aku duk sebelah dia.mana tahu tiba-tiba dia semput.hehe...sambil-sambil aku belajar macamane pembawakan tahlil di shah alam ni. Kalau di Johor ni lain...Lain tempat lain caranya.

Tiba-tiba je bilal panggil aku. kene pergi rumah lagi satu yang tadi tu. takde imam nak bawak...macam tu pulak. aku pun pergi la macam nak rawat org kene histeria..hehe...sampai je..."ha...imam muda ada...masuk dulu imam muda" itulah panggilan orang taman pada aku.

nasib baik aku bawak yasin. Kalau tahlil aku ingat, doa tahlil aku tak ingat. so, bermula la sesi tahlil...yang paling kelaka ada sampai ayat dalam surah al baqarah tu aku termasuk ayat kursi..sikit je la..dah terlajak nak undur tak boleh dah..makmum pun ikut je..hehe..(dont try this at home). sampai la doa..doa ok la,..sebab baca. lepas ni kene hafal...lagi satu kat cni nama kene sebut.kalau 20 nama,20 nama kene sebut. sebelum ni kat johor sebut untuk jama' je..xpe la..kita raikan tempat org.


selesai tahlil, apa lagi. makan la....aku makan sikit je. takde member. semua orang tua. budak-budak umah ada hal..nak wat macamane.  cabaran Imam Muda..

Alahai Imam Muda....

Taujihad