Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

August 29, 2011

Aku Berjaya!!!!

Semalam ayah aku beli daun kelapa (daun palas apa plak?hehe)..buat apa lagi.buat ketupat la. Sebenarnya aku memang tak reti anyam ketupat. Mengaku lebih baik dari menipu...hihi. Tapi semalam telah mengubah masa depan aku..yeahhh!!

AKU BERJAYA !!!

aku dah pandai anyam ketupat...

muka tak boleh blah betul...hihi

Nak tahu kisah seterusnya?bacalah blog ayah aku ateh dot com(tlg promosi blog.hehe). Mesti ayah aku bangga ada anak macam aku..berusaha bersungguh-sungguh...

Bertemu dan berpisah kerana Allah


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” 
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Berat pada awalnya untuk aku pergi. Tapi bila memikirkan hadis di atas ku gagahi juga...

Petang tadi aku berbuka bersama kawan-kawan UITM di restoran Pokok Sena. Betul-betul di bawah pokok Sena yang rendang. Sahabatku,Amin yang belanja kami berbuka puasa. Alhamdulillah,dpt makan nasi beriani kambing..fuhhhh...menyengat!!

Perjumpaan kami bermula seawal jam 4ptg. Menunggu ketibaan kawan-kawan. Selepas Asar di isi dengan tazkirah dan juga perkembangan semasa masing-masing. Jam 6ptg kami pun bergerak ke Restoran Pokok Sena..bukan Pokok Sena Keda..jauh tu...ni kat Batu Pahat je..

Sebelum berbuka,kami buat tazkirah berantai. setiap orang 5minit..Firman Allah swt"Sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat kepada orang mukmin." Selepas itu kami solat maghrib di Masjid Tun Ismail di Batu Pahat. Usai solat kami pun pulang membawa kenangan bersama.


























August 28, 2011

Ayam,daging,limpa,hati....hati...?


Seawal jam 6 pagi lagi aku,ayah dan mak bergerak ke pasar di Batu Pahat. Begitulah setiap kali raya..ingin merebut parking kereta. Setibanya di pasar jam 7pagi parking kereta sudah dipenuhi..Tapi masih ada lagi kekosong,cuma kena berjalan jauh sedikit.

Aku macam biasa la...pemerhati dan pembawa barang. Kali ini ada troli...mudah sikit. Kedai pertama pergi kedai daging...la...baru sampai peniaga.lembut tak gantung lagi..katanya tunggu tengahari..lama pulak tu..maka beralih arah ke kedai lain.

Harga memang mahal la..semua 20hinggit ke atas...apa yang murah?hehe

gambaran dari depan..yang ni jual barang kering...barang basah belakang lagi

belum ditimbang lagi..


kedai yang dah siap

tu dia...puan sharifah

beli udang ye puan?


big boss kat belakang..hehe


udang harimau...apa kaitan udang dan harimau?





beli ayam...4ekor..ekor ayam je...nge nge



bangunan lama....macam zaman parameswara..hehe

kesimpulan: bersabar dalam apa jua keadaan....=)


August 26, 2011

Kejakunan aku di Melaka

Percutian aku selama 3hari 2malam di hotel SKPK Melaka membuatkan aku rasa teruja...hehe...aku dapat berjalan-jalan di Melaka. dibantu pemandu pelancong bapakku sendiri..hehe..apatah lagi di bulan ramadhan,memaniskan lagi pengalaman aku.

Aku ke Melaka kerana ingin mencari kasut 'Giant'...Giant pun xcari..tapi aku cari..maknanya akulah giant itu..haha...mencari kasut bersize 12 memang mencabar...kadangkala terpaksa menebalkan muka. Bukan aku tak bayar...tapi yang ini ayah aku belikan.terima kasih ayah!

So,waktu malam aku berbuka di rumah ketua menteri melaka...sahur pula hanya beli bungkus. petang dan malam pergi mencari barang raya....

Cakap banyak pun takde gunanya pun..saksikan la gambar ini aduyai...(johan said)



 nilah perigi hang tuah

 ni masuk kampun portugis







 ni bangunan ape ntah..tp mcm bersejarah jgk


 ni sekolah duyung....mgkin hang tuah sekolah kt cni

ni masuk kampung portugis


last sekali.....betul ke hang tuah wujud?cer citer...

Taujihad