Pada mulanya aku dipanggil Imam Muda..kerana aku menjadi Imam di tempat aku.
Selepas itu,aku dipanggil ustaz kerana memberi kuliah di masjid yang sama
Pada minggu depan aku akan membaca khutbah...fuhhhh...
Alhamdulillah...rezeki Allah. Walaupun tak dapat masuk Imam Muda tapi rezeki Allah itu ada di mana-mana.
Aku teringat kata Ustaz aku bila aku tanya pandangan dia bila nak masuk Imam Muda.
"Kenapa enta nak masuk imam muda?"soalnya.
"Ana nak tambah ilmu ust,bila ada rezeki menang..boleh maju kehadapan lagi."jawabku.
"kalau pergi kuliah kat masjid tak boleh tambah ilmu ke?"soalnya lagi.
Aku merenung panjang..ada betulnya.
"sebenarnya ustaz,kalau ana menang,ana nak kahwin."aku berterus terang.
"kalau mcm tu betul.."ulasnya ringkas.
Mungkin sebab itu aku xmenang. Maka maknanya aku tak boleh kawen!!huhu...Tapi Allah bagi aku rezeki yang aku tak sangka.Alhamdulillah
Tapi gelaran Ustaz yang diberikan pada aku kadangkala membuatkan aku tidak senang. kalau Imam Muda boleh gagah lagi.
Saya bukan ustaz..tapi baru nak start...
kataku permulaan memberi kuliah.
Aku tahu dalam memberi Ilmu kepada masyarakat atau pendengar,perlukan ilmu yang mendalam. Perlu belajar dalam bidang agama..punya kelulusan..Tapi aku bidang engineering.bukan agama...Inilah anugerah Allah untukku.aku bersyukur.
Aku merenung..
ilmu dunia menjadi satu tuntutan untuk kita mempelajarinya. Tapi Ilmu agama satu kewajipan mempelajarinya. Tak kiralah siapa pun kita,ilmu agama perlu dipelajari. Isteri dan anak-anak tidak berminat jika kita bercerita tentang kerja kita,tapi bila berbicara tetang agama kepada mereka satu kewajipan.suka atau tidak,mereka perlu mempelajarinya. Jika kerja kita mereka tidak dapat memahami,tidak mengapa...tapi bagaimana kalau mereka tidak tahu solat dan mengaji?bukan sahaja berdosa,tapi akan diazab oleh Allah swt.
Maka sebab itu aku memberanikan diri dalam memberi kuliah. Aku menyampaikan sekadar yang aku tahu. jika orng bertanya,dan aku tidak tahu,maka katakan saja "aku tidak tahu". kerana tidak tahu juga merupakan satu ilmu kata saidina Ali.
Soal kelulusan..adakah segulung ijazah itu membuktikan kita faham kesemuanya ilmu yang kita pelajari?atau membuktikan ianya sudah lengkap?
bukankah ilmu Allah itu luas..kita hanya belajar ilmu Allah ibarat setitik air di lautan..Tapi tidaklah bermakna aku tidak mempelajari sebelum mengajar. Aku juga mengikuti kuliah agama dari ustazku dan usrah. Disitulah aku mempelajari ilmu agama. Sebab itu aku berpesan kepada adikku yang kini sedang mengambil pendiidikan agama Islam. Bakal menjadi seorang guru. Aku berpesan,sekadar mendapar ilmu di dalam kelas,ia tidak cukup. kerana yang menterjemahkan adalah manusia.dan manusia punya pemikiran yang terbatas....mustahil dia dapat memahami keseluruhannya...maka perlu kita berusaha untuk mencari sumber-sumber yang lain.
Berbalik kepada isu yang dibincangkan...gelaran ustaz bagi aku terlalu berat.Tapi aku cuba meraihnya. Cuba mengekalkannya. Moga gelaran itu membuatkan aku ingat dan takut pada Allah.
Bukan apa..diri ini bukanlah maksum.tercela dari kecacatan..aku juga manusia biasa.melakukan silap...aku bimbang hanya kesilapan yang sedikit menyebabkan orang memandang buruk padaku..maklumlah,jiwa muda,gaya jua muda...apatah lagi belum berkahwin.orang akan nampak aku tidak matang...saya sudah matang la!!hehe..
begitulah diriku hari ni...rezeki,ujian silih berganti...doa kalian sangat-sangat aku harapkan agar aku jadi manusa yang bertaqwa disisi Allah swt.
Wallahualam
1 comments:
Assalamu'alaikum..subhanallah..alhamdulillah..inilah kelebihan buat dirimu wahai shbt..selagi mana enta yakin dengan rezeki Allah itu ada dimana2 dan enta usaha insyaAllah Allah permudahkan segala urusanmu..ana pengikut setia blog enta..sering ana ikuti perkembangan imam muda seorang ni..ana berharap sgt dapat istiqamah mcm enta..org nmpk ade kelebihan dlm diri enta sbb tu org bg enta peluang utk beri kuliah, khutbah dan menjadi imam..alhamdulillah..wah sememangnya imam muda berjiwa muda dan gagah :)doakn ana dpt menjadi seperti tu..kalau pun xboleh sekurang2nya doa supaya ana dpt jd yg lebih baik dr smlm..berbalik pd topik "saya bukan ustaz", ana juga digelar sebegitu tp Allahu Robbi..rasa byk sgt dosa smpai xlayak digelar sebegitu..tp pesan seorang shbt pd ana, biarlah kate2 org lain itu menjadi doa utk kite...moga2 dimakbulkn alhamdulillah..ana juga doakn smg enta dpt jd imam muda lantas ke peringkat lebih atas iaitu gelaran ustaz...insyaAllah :) teruskn perjuanganmu wahai shbt..doa utk semua juga :) wassalam
Post a Comment