Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

March 2, 2012

Kuliah Master dan PHD


Manusia ni Allah cipta sebaik-baik kejadian. Hebatnya sebab ada akal fikiran.  Tak sama macam binatang dan pokok yang membesar, tapi takde akal mcm kita. Ayam kerja dia kais pagi makan pagi,kais petang makam petang. Kalau kita tengok ayam g memancing memang tak logik sebab memang Allah dan jadikan kehidupan ayam macam tu. Tapi manusia, Allah bagi akal untuk kita pilih rezeki yang terbaik untuk kita. Hebatnya Allah.

Tapi hebat macamane pun akal fikiran manusia, tetap ada batasannya. Fikiran yang terbatas. Sebab tu Al quran dan Sunnah sebagai panduan kita. Kalau tak ikut memang sesat. Hebat macamane kita mengkaji kejadian manusia, tapi manusia tak mampu nak mencipta manusia. Tu yang lahir cacat,mata satu.

Baru sudah bagi kuliah maghrib depan student master dan PHD. Biasanya bagi depan pakcik makcik je. Aku bagi la tajuk Ilmu yang bermanfaat.

Aku pun belajar sampai PHD. Tapi Pondok Haji Deraman. Tak pun Pizza Hut Delivery. hehe..

Muqadimah.

Rasulullah saw ada bersabda bahawa pengenalan agama Islam adalah mengenal Allah. Nak bagitau kat sini, ilmu mengenal Allah tidak ada peringkatnya. Sampai mati kita kena kenal Allah. Banding dengan Ilmu duniawi ni sampai PHD je..lepas PHD ni g mana?

Tapi bukan maksud aku tak perlu sambung sampai PHD. Rasulullah sendiri suruh kita belajar sampai ke liang lahad. Cuma nak bagitau bila belajar ilmu duniawi jangan lupa belajar ilmu ukhrawi.


Kalau kita jadi manusia yang pakar dalam kejuruteraan, tapi jahil dalam dirikan solat, kita GAGAL pada pandangan Allah.
Kalau kita jadi manusia yang hebat dalam pakar motivasi tapi jahil dalam melaksanakan apa motivasi dari Allah, kita juga GAGAL.
Kalau kita mampu cakap omputih macam air, tapi gagap dalam membaca Al Quran, kita juga gagal.

Begitulah yang ingin aku sampaikan. Ilmu yang bermanfaat.

Rasulullah saw bersabda:
"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- 
Hadis sahih riwayat Abu Daud

Belajarlah setinggi mana sekalipun, pastikan ilmu kita bermanfaat. Jangan sia-siakan masa kita belajar bertahun, tapi rupanya tidak bermanfaat pada kita dan orang lain.

Bagaimana kita nak tahu ilmu kita bermanfaat atau tidak?

Imam Hassan Al Banna mengajar kepada kita bagaimana untuk tahu ilmu kita bermanfaat:

Pertamanya, pastikan kita tidak sombong dalam menuntut ilmu. Belajar di peringkat tertinggi barangkali ada perasaan takbur dan bangga. Maka perbetulkan niat kita supaya ikhlas kerana Allah.

Kedua, bila kita belajar, pastikan membawa diri kita dekat dengan Allah. Mampu melahirkan rasa taqwa dan semakin tawadhuk kita kepada Allah. Ilmu itu milik Allah. Semakin jauh kita mengenal Allah, semakin takut kita dalam melanggari perintahNya.

Ketiga, Jangan kedekut dalam menuntut ilmu. Allah suka kepada orang yang menuntut ilmu. Tapi Allah sangat suka kepada orang yang belajar dan mengajar...Bukan sahaja untuk kita, tapi juga untuk orang lain.

Semoga ilmu yang kita belajar memberi manfaat kepada kita dan orang lain. Meskipun kita sudah tiada suatu hari nanti.


Wallahualam.

5 comments:

Mujahid Muda said...

syukran atas perkongsian..

anwar said...

afwan=) terima kasih baca

Unknown said...

Alhamdulillah, ana suka post ni, insyaAllah cuba untuk sentiasa belajar dan mengajar, ana doakan yang terbaik untuk semua sahabat... jazakallah.

a said...

syukran..

Ina Abdullah said...

perkongsian yg bermanfaat,syukan.

Taujihad