Agama buat kehidupan di akhirat,harta buat kehidupan di dunia.Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara.-Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Raya..masa yang paling sesuai untuk bertemu teman-teman lama. Sampai dah xkenal pun ada. Yang dulu kurus jadi gemuk. Yang gemuk bertambah gemuk.haha..yang ensem still ensem..mcm saya la.huhu..
Semalam saya berjumpa teman-teman lama semasa menuntut di SMK Jalan Kolam Air. Sekarang sudah bertukar nama yang saya xingat namanya. Kami menuntut sama-sama dari form 1-form 3. Banyak kenangan bersama. Maklumlah nakal-nakal semuanya. Tapi yang xboleh tahan kawan-kawan saya ramai yang jadi cikgu.hehe..nak tergelak pun ada. dulu bukan main gengster. jadi cikgu dah..haha..credit utk diorang.
Tapi semalam xdapat berkumpul semua.memang muka yang sama tiap-tiap tahun. Tapi ada juga yang last jumpa masa form3 la..ada la 5tahun xjumpa..Yang dah kawen pun ada. So,memang best!
Moga raya akan datang kita akan berjumpa lagi and bertambah lagi yang akan join. Moga bertambah ikatan persaudaraan antara kita..
duduk (dari kiri): amin@gemuk,saya@ateng,Hamdi@Dr,Izudin diri (dari kiri):ridwan@wan jak,Imran@merak,agoes,fikri@dot
Bulan Ramadhan yang lalu bulan yang menguji kesabaran kita semua. Sabar dalam menempuh kehidupan harian ketika diri menahan lapar dan dahaga..
Tetapi,bulan syawaljuga tidak diketepikan dalam bulan yang menguji kesabaran kita semua. Mana taknye, jalan yang penuh sesak, kemalangan, org potong line, hilang beg duit, tertukar baju melayu(hehe)..dan mugkin banyak lagi yang boleh anda senaraikan.
“ish..ni jem sampai yong peng ni.”kata kwnku . Ketika ini baru tiba di parit yaani. Perjalanan yang biasanya memakan masa 15minit,tetapi kerana kereta yang terlalu banyak menyebabkan perjalanan mengambil masa selama satu jam lebih.
Masa ni, jalan yang selorong boleh jadi tiga lorong. Last-last jadi selorong balik. Itu yang punca sesak sebenarnya. Sebabnya sifat sabar semakin berkurangan dalam diri kita..masing-masing nak cepat . kena ikut turn la..beradab sikit.
Bila sabar pun dah hilang..jangan pula nanti nangis kehilangan nyawa. Masa ni menyesal pun dah xberguna.
Tapi bila kita bercakap soal SABAR ni memang payah. SABAR ni bukan macam benda yang boleh kita nampak secara zahirnya. Bukan benda yang boleh kita keluarkan dan simpan. Tapi ianya bersifat batiniah yang letaknya di hati. Dan ianya berkait rapat dengan ketaqwaan kita kepada Allah..sebab itu nabi saw bersabda,”Sabar itu sebahagian daripada iman.” Bukan iman anak buah saya, tapi iman yang menjadikan kita semakin dekat dengan Allah swt dan menjadi penghalang dari kita melakukan kesilapan.
Saya berbincang tentang benda ini sebab kata-kata mak saya masih terngiang di telinga saya. Tentang SABAR.Menyebabkan saya selalu bermuhasabah diri sendiri. Terima kasih mak..
Semasa saya di wad akibat denggi, satu tahap saya mengalami tension yang amat sangat. Kepala rasa nak pecah. Suhu badan 39 darjah celcius. Saya nak mengamuk je kejenya. Serba tak kena. Menangis..Bila mak saya datang melawat, saya merungut dengan mak..lepas tu mak cakap,”Kau kan selalu cakap,bila kita sakit ni kan ujian Allah. Mesti ada hikmahnya. Tanda Allah sayang kita.”Zuuuuppppp...terus masuk dalam diri saya. Tersentak saya..terdiam.”betul mak....”kata hati saya. Masa nilah saya dapat mengontrol diri. Lebih tenang..
YA. Kita sering berpesan kepada orang lain bila mana mereka diuji dan kita berpesan,”sabarlah..”Lepas tu kawan pun cakap,”boleh la ko cakap sabar,ko tak rasa apa yang aku rasa.”Kita balas balik,”mesti ada hikmahkan..”
Tapi bila kena batang hidung sendiri?amek kau sekali!.huhu..perkara ni yang selalu bermain di fikiran saya dan sentiasa bermuhasabah.
Maka..apa yang kita cakap kena fikirkan. Bukan main cakap je. Kawansaya selalu cakap,”ko ni cakap macam xde otak.”maksudnya ikut sedap mulut. Sebenarnya dengan percakapan kita bermuhasabah.
Allah swt berfirman:
“Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.”
(As-saff:2-3)
Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala,
taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan
hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala
harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa
mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam
Sebulan kita berpuasa. Bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi juga jaga segala pancaindera dari melakukan dosa..Apa saja yang kita lakukan sesuatu kerana Allah dikira Ibadah. Namun,disebalik ibadah yang kita lakukan ada kesilapan yang kita terlepas pandang.
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.Biasa nampak bila ada rumah terbuka.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat pengumpulan semula maksiat .Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat. OLEH : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Hari ni hari terakhir bulan Ramadhan..ada task buat aku.
1.Bersih+cuci+renovate kolam ikan 2.Gosok+sental lantai depan yang berkeluasan 15kaki x 5kaki (kaki aku).haha..
1.Operasi bersih+cuci+renovate kolam ikan
-kerja yang biasa bagiku.1st,basuh batu-batu dalam kolam.lepas tu keluarkan ikan letak dalam baldi. opocottt...melompat pulak ko ikan.Lepas tu basuh kolam la..mak aihh..sakit pinggang..tengok je la gambar ni ea..nak cite pun takut xpaham.
hehe..lawak je.Ok..kerja rumah dah setel. Petang ni keluar cari butang baju melayu dan songkok.Maklumlah..time raya aku sorang je pakai kopiah.hehehe..k.layannnnn
Khairul Anwar Bin Ateh, nama diberi.Lahir pada 23hb Disember 1987 di Hospital Batu Pahat.Anak ke-4 daripada tujuh orang.lebih mesra dipanggil nuar.
PENDIDIKAN:
*UiTM Shah Alam (Mechanical Manufacturing)
*Politeknik Johor Bahru (Mechanical Am)
*SMKA Segamat
*SMK Jln Kolam Air (RKA)
*SKSB, Yong Peng.
Selamat melayari Sebaik-baik Cahaya.