Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

December 12, 2009

KALAU ITU KETETAPANNYA..


TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.#

Pastinya sayu membelenggu Teh Affifah Shahirah Abd Hamid,23 apabila mendengar kematian suami tercinta Mohd Ariff Ab Kadir,23 akibat kemalangan. Tambah menyedihkan kemalangan itu terjadi sejurus mereka selesai akad nikah dan lebih memilukan apabila ibu dan ayah pengantin lelaki juga turut terkorban.Hanya selepas 4jam dari pengalaman manis itu menjadi pengalaman yang pasti sukar untuk dilupakan.Tayar kereta yang dinaiki pengantin lelaki pecah dan menyebabkan kereta mereka terbabas lalu merempuh bas.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.


Begitulah janji Allah kepada manusia memperihalkan akan kematian. Tidak awal sesaat dan tidak lewat sesaat. Itulah mati.

Berkerut dahiku memikirkan bagaimana matiku nanti. Ya benar mati itu pasti. Kita akuinya. Tapi yang menjadi kita bimbang keadaan kita di saat kematian. Mereka meninggal selepas akad nikah,ada yang meninggal sebelum menunaikan haji,ada yang meninggal semasa solat..tidak dilupakan juga mati bila mana sedang melakukan maksiat kepada Allah..Lalu bagaimana matiku?..Ini yang sepatutnya menjadi kebimbangan pada kita yang akhirnya menjadikan kita manusia yang 'berhati-hati.'

"Wahai orang-orang yang beriman,takutlah pada Allah dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam"
(Surah Ali Imran:ayat 102)

Semoga dengan apa yang berlaku disekeliling kita menjadikan pengajaran yang bermakna buat kita semua. Tiap-tiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya.

Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah..Al Fatihah

p/s:macamana mati kita nanti ye..

sumber:berita harian,12 Disember 2009

December 11, 2009

SIAPA BOLEH TOLONG?

Kepada sesiapa yang ada software database (mcm sistem nak apply IPTA tu)atau yang paling ringkas gunakan Access..saya tak pandai guna.huhu...ada sapa boleh tolong?

contoh macamni

puas stadi kat internet tapi tak jadi jugak...tak phm kot.huhu

While A is true and B is false

This student scored 0/100 of a true/false communications test. How did he fail it? There were two possible answers choice and if you choose either all true or false, you still can get a least a quarter of the answers correct. This is because he checked all of them C, while A is true and B is false.

His professor sent him an email the following day:

Dear Michael,

Every year I attempt to boost my students’ final grades by giving them this relatively simple exam consisting of 100 True/False questions from only 3 chapters of material. For the past 20 years that I have taught Intro Communications 101 at this institution I have never once seen someone score below a 65 on this exam. Consequently, your score of a zero is the first in history and ultimately brought the entire class average down a whole 8 points.

There were two possible answer choices: A (True) and B (False). You chose C for all 100 questions in an obvious attempt to get lucky with a least a quarter of the answers. It’s as if you didn’t look at a single question. Unfortunately, this brings your final grade in this class to failing. See you next year!

May God have mercy on your soul.

Sincerely,
Professor William Turner

P.S. If all else fails, go with B from now on.
B is the new C

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah..syukur kepada Allah. Hari ini happy sebab dah dapat result. Cemerlang la jugak..hehe. Berapa pointer?sibuk je nak tahu.hehe..dirahsiakan.nanti kalau bagitau kata berlagak pula.org tertentu je boleh tahu.hehe. Pada awalnya xsangka boleh lulus..tp alhamdulillah..terima kasih ya Allah.

Masa tu la hp tak henti-henti dengan sms yang masuk. masing-masing tanya berapa. tanya orang tapi 'dia' taknak bagitau.mana aci.hehe...ermm..ada juga yang fail,ada yang lulus semua,ada yang kena kick...terimalah dengan hati terbuka kerana segalanya adalah kesalahan diri kita sendiri. sejauh mana result kita,sejauh itulah usaha kita..belajar dari kesilapan itu yang penting.

Kepada sahabat-sahabatku semua..teruskan perjuangan kalian. "Masih ada waktu untuk kita.."

Sirru ala baraktillah

December 10, 2009

PAHLAWAN NERAKA

Telah dicatatkan di dalam kitab sirah tentang seorang lelaki pada zaman Rasulullah s.a.w yang bernama Qotzman, dia adalah seorang yang memiliki kegagahan dan keberanian. Tetapi apa bila disebutkan namanya kepada Rasulullah s.a.w, Baginda akan bersabda ” Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka. “. Mengapa begitu?.

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara muslimin dan musyrikin Quraish di dalam peperangan Uhud . Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Qotzman juga merupakan salah seorang yang telah berjuang menentang musyrikin Quraish. Dia telah berperang dengan amat hebat. Dia merupakan orang pertama yang melepaskan panahan ke arah musuh.Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

Ibnu Kathir menyatakan bahawa Qotzman telah cedera dengan kecederaan yang amat parah akibat ditikam sehingga muslimin menyatakan kepadanya : “bergembiralah wahai Qotzman “. Tetapi dia menjawab : ” mengapa pula? Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang. “

Ketika berperang Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.

Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.

Peristiwa tersebut telah memberi pengajaran kepada kita dan mengingatkan kita kembali bahawa sesungguhnya setiap perbuatan yang mulia seperti perang dan jihad, sedekah dan pemberian, dakwah dan pendakwahan tidak akan memberikan apa-apa faedah pun kepada kita sekiranya perbuatan tersebut tidak disandarkan kepada jalan Allah s.w.t. Nauzubillahi min zalik.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : ” Wahai Rasulullah s.a.w sekiranya seorang lelaki berperang kerana ghanimah (harta rampasan perang), seorang lagi berperang kerana inginkan kemasyhuran, dan seorang lagi berperang kerana menunjukkan keberaniannya, siapakah dikalangan mereka yang berada di jalan Allah?. “. Maka Baginda menjawab : ” Sesiapa yang berperang untuk menegakkan kalimah Allah maka dialah yang berada di jalan Allah “.

Maka ini adalah peringatan kepada para pendakwah, berwaspadalah daripada menjadikan segala usaha, pengorbanan dan setiap apa yang mereka kerjakan dan keluarkan kerana dunia, sekiranya begitu kemungkinan pengakhiran mereka sepertimana Qotzman yang berperang bukan kerana Allah. Nauzubillahi min zalik.

Marilah kita sama-sama sentiasa bermuhasabah dan menjaga niat kita supaya kita tidak tergolong dikalangan ahli neraka.

Taujihad