Aku dijemput Pegawai Pendidikan Daerah,PPD untuk bagi kuliah kepada pelajar darjah enam SK Shah Alam di Sek 16. Tidak jauh dengan rumahku. Kebetulan Pegawai Pendidikan Daerah tu,imam di kawasan perumahan tempat aku sewa sebelum ni. Baru-baru ini aku bertemu dengannya.Selepas dari itu,dia telefon aku mintak ganti tempatnya berceramah di sekolah tersebut. Terima kasih En Sabirin.
|
Gaya sempoi
|
Pada mulanya aku diberitahu hanya beri kuliah dalam tempoh masa sejam. Aku berandaian ianya dilakukan di surau. Jadi aku berpakaian seperti pergi ke surau. Nasib baik tak pakai kain.hehe...Cuma berselipar..sebab memikrkan masuk surau mana pakai selipar!! kebetulan juga hujan...al kisah....
Sampai sahaja di sekolah tersebut aku mengimamkan solat isyak. Selepas itu,aku ngeteh dulu dengan cikgu Rashid dan Saiful. Orang jawa!! tapi aku tak reti omongan jawe =( Masa tu aku baru dimaklumkan tentang tajuk sebenar dan tempoh masa aku bagi pengisian.Sudah la slide aku sikit sahaja(agak untuk temph satu jam atau kurang dari itu).rupanya, Ceramah beb..bukan kuliah!
Aku pun selawat banyak-banyak...insyallah..boleh!! cuma pakaian tidak seberapa mengurangkan sedikit keyakinan. Apa pun teruskan usaha!
Masuk ke dewan aku berasa yakin dan mampu lakukannya. Berhadapan dengan pelajar seramai 68orang tidak memberi getaran pada kakiku. Apatah lagi ada guru-guru dan ibu bapa yang melihat dan mendengar(sambil tutup mata).
Aku memberi ceramah pada malam itu bertajuk Wasiat Luqman Al Hakim yang Allah swt sebut dalam surah Luqman dari ayat 12-19. Di dalam ayat tersebut terkandung 10wasiat Luqman Al Hakim kepada puteranya. Tetapi aku hanya membicarakan 3 daripadanya sahaja. Jangan syirikkan Allah, Hormat pada ibu ayah dan Jangan tinggalkan solat.
Objektif ceramah aku yang diberikan pihak sekolah adalah memberi peringatan kepada adik-adik yang akan melangkah ke alam remaja dan sekolah menengah. Dunia yang penuh pancaroba. Sedikit pengalaman dan nasihat diberikan dariku.
|
berzikir di awal slot |
|
memppularkan diri |
Alhamdulillah walaupun asalnya diberitahu hanya satu jam setengah,tapi aku terus sehingga dua jam atas permintaan cikgu dan pelajar..hehe..seronok rasanya.
|
melayani lawak burukku |
|
guru-guru dan ibu-ibu yang memerhati |
|
"bunyi kucing gatal.." |
|
"bunyi harimau.." |
|
dari atas pentas |
|
pelajar perempuan yang sporting |
|
muka yang khusyuk |
|
menekankan pentingnya ibu bapa kepada kita |
Ketika aku membahaskan mengenai hormat ibu dan ayah,ada guru dan pelajar yang menangis. Aku bukan buat motivasi...Tapi itulah yang lahir dari hatiku. Aku juga anak yang tidak lari dari kesilapan. Bukan untuk kalian,tapi untuk aku. Itu yang dipesan guruku bilamana kita memberi pengisian.
|
sebahagian slide yang aku sediakan |
|
mendendangkan lagu anak soleh |
Alhamdulillah,tepat jam 11mlm aku berhenti. Kepuasan pada hatiku kerana adik-adik tidak tidur dan seronok. Sepanjang penglibatan aku dalam kerjaya motivator ini,aku mengalami banyak pengalaman dan di situlah aku belajar apa yang patut seorang motivator lakukan. Pengalaman yang mematangkan.
Moga ada masa kita jumpa lagi. Terima kasih kerana menjemput saya...=)
2 comments:
Tahniah.....
tahniah!..
Post a Comment