Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

October 3, 2011

Gelombang Hudud

Berani sangat ke aku ni nak respon isu hudud ni?

Isu yang hangat ini menyebabkan kita berasa takut untuk mengulas atau memberi pandangan berkaitan hudud. Inilah matlamat pihak tertentu yang mahu menjadikan masyarakat khususnya umat Islam jahil terhadap ilmu agama. Tanya la pada diri kita semua,adakah kita faham apa itu hudud,qisas dan ta'zir. Adakah hanya menjadi tanggungjawab para alim ulama' dan agamawan sahaja yang perlu memahami apakah itu hudud, qisas dan ta'zir?bahkan  isu yang melibatkan fardhu ain pun belum tentu kita mampu menjawabnya. Justeru, Ketahuilah menutut ilmu itu satu kefardhuan.

FITRAH

Fikirkan,undang-undang sistem badan kita tidak boleh menerima lebihan gula. Jika tidak,kencing manis jadinya. Garam juga perlu ada sukatannya. Darah tinggi nanti akibatnya...begitulah kejadian Allah. Bukankah Allah yang menciptakan segala apa di bumi ini. Sudah pasti DIA mempunyai aturannya sendiri.

Pada diri manusia itu sendiri Allah jadikan fitrah padanya. Itu sekecil-kecil perkara. Apatah lagi dalam soal undang-undang dan pentadbiran. Fitrahnya ada disitu...

ISLAM itu adil


Baiklah, cuba kita bayangkan hidup ini sekiranya tidak ada undang-undang. Sudah pasti haru biru jadinya. Si perogol akan terus merogol. Si pencuri akan terus mencuri habis-habisan. Penjenayah menjadi pekerjaan yang terhangat di pasaran kerana di sana tidak ada undang-undang. Maka sudah pasti semua bersetuju bahawa undang-undang perlu ada dalam menjaga keselamatan,kebajikan, keadilan dan kemananan.

Namun yang menjadi persoalan,adakah hukuman yang dikenakan ke atas pesalah setimpal dengan apa yang dilakukan? adakah berbaloi dengan kesedihan, keperitan dan kesusahan yang dialami si mangsa?

Adil Allah pada hambaNya tidak sama adil yang diletakkan oleh manusia. Adil Allah meletakkan si miskin dengan kebahagian, si kaya dengan keresahan dan kegelisahan. Sudah pasti keadilan yang diletakkan oleh Allah ada keberkatannya. Manusia sering mengutamakan nafsu sehingga mengetepikan keberkatan itu sendiri. Dalam menghukum manusia ditentukan oleh hukuman yang telah ditetapkan manusia sendiri. Yang difikirkan kepuasan hati tanpa memikirkan keberkatan dan keredhaan dari Allah swt.

Bayangkan ibu anda di bunuh,si penjenayah hanya dipenjara bertahun lamanya,diberi layanan percuma,makanan minum percuma dan segalanya terjaga. Si pencuri juga begitu. Di sumbat dalam penjara. Akhirnya bertemu 'kawan' mereka yang juga punya kemahiran dalam mencuri. Reunion pencuri. Mereka keluar dari penjara menubuhkan pasukan yang kuat untuk mencuri bank pula....

Undang-undang manusia berubah-ubah,tetapi undang-undang dari Allah tetap,kekal dan releven untuk sepanjang zaman.

TUAN segala tuan

Kalian punya harta benda?Bagaimana sekiranya harta benda anda dirampas dan dirosakkan sesuka hati oleh perosak yang durjana?sudah pasti sangat menyakitkan. "Kalau rosak kena ganti balik!! "begitulah biasanya sebab anda tuan kepada barang anda.

Begitulah kita. Manusia di dunia ini adalah ciptaan Allah. Kitalah barang itu. Kita milik TUAN kita. TUAN kita adalah ALLAH SWT. Allah jua yang berkuasa ke atas diri kita.

Sekiranya mesin-mesin di kilang mempunyai buku manual masing-masing. Manusia juga punyai manualnya iaitu Al Quran dan As Sunnah. Bagaimana agaknya jika mesin jahit digunakan untuk mengadun tepung. Sudah pasti tepung tak empuk,bahkan mesin jahit akan rosak. Manusia hidup dalam peraturan@undang-undang. Jika halal maka halal lah ia, jika haram maka haramlah ia. Ayam yang halal dimakan,kita mengharamkan pula...agak-agak kenduri kawen nak makan apa??

Percayalah, kita hidup bertuhan. DariNya kita datang, kepadaNya kita pergi. Dunia yang bersifat sementara menipu manusia yang lalai dan leka. Tapi tidak bagi orang beriman. Dunia dijadikan kebun bagi amalan-amalan mereka kerana mereka hanyalah hamba yang ditugaskan untuk menanam dan hasilnya akan diserahkan kepada TUAN mereka.

HUDUD MILIK ALLAH

Mendengar namanya saja sudah menakutkan. Pelbagai alasan untuk dilaksanakan. Ketakutan yang membelenggu diri sendiri. Bukankah hudud ini untuk pesalah. Sepatutnya mereka yang bersalah saja yang berhak untuk takut. Jika kita dikalangan orang yang benar,tidak melakukan kesalahan, untuk apa ditakutkan hudud ini. Bukankah ia menjanjikan keamanan dan keadilan?


Hakikat undang-undang dari Allah itu untuk menakutkan manusia. Itu baru hukuman di dunia,belum lagi di akhirat. Tapi bagaimana undang-undang kita hari ini? manusia tidak takut untuk melanggarnya. Undang-undang Allah pun pakai hentam je,inikan undang-undang manusia.

Kalau kita bekerja ada polisinya. Pekerja milik bos. Lambat datang boleh jadi kita dibuang. Surat 'Cinta' akan dikeluarkan.Kerana takut dibuang kerja kita pun terpaksa bangun awal sedikit untuk datang awal. Tapi dalam mengaplikasikannya dalam peraturan Allah jauh sekali. Kerana perasaan takut pada Allah itu sudah hilang. Bayangan firaun itu bersama kita. Firaun mengakui dialah tuhan. Matinya tidak diterima bumi. 

Di dalam Al Quran terkandung segalanya. Merangkumi kehidupan manusia. Tiada cacat celanya. Kenapa kita  mengamalkan hanya sebahagian daripadanya. Kita mengakui hudud itu suruhan dari Allah tapi berani kita menafikanya dalam perlaksanaan. Sekalipun kita tidak boleh menerimanya jangan sesekali berani untuk melafazkannya. Ia mampu membawa kita keluar dari Islam.

Tiada tuhan selain ALLAH


Aku mengharapkan kita semua benar-benar bersaksi dengan apa yang disuruh oleh Allah dan apa yang dilarang oleh Allah. Janganlah ada keraguan di hati kita dengan apa yang diturunkan oleh Allah swt. Tidak berhak ke atas manusia untuk menafikannya. Di akhirat nanti DIAlah tuhan yang kita akan merayu untuk diampunkan dosa-dosa yang dilakukan. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Akhbar Malaysia yang berani menghina hukum Allah

Wallahualam.






0 comments:

Taujihad