Pages

SELAMAT DATANG KE SEBAIK-BAIK CAHAYA

October 24, 2011

Bersama adik SMTISP...

Hari Jumaat,21 Oktober yang lepas aku dijemput oleh pihak Sekolah Menengah Tahfiz Integrasi Sri Pintar untuk membawa slot muhasabah kepada pelajar tingkatan 2. Ini jemputan ke-2 selepas aku memberi motivasi pada tahun lepas. Cuma kali ini muhasabah pula.

Mereka semua dari golongan keluarga yang berpendapatan sederhana sehinggalah yang kaya. Kebanyakan ibu bapa mereka dari kalangan orang yang sibuk bekerja. Namun tindakan yang bijak dari ibu bapa menghantar anak ke sekolah tahfiz supaya lebih terjaga akhlak dan sahsiahnya.

Namun tidak dinafikan mereka juga seperti remaja yang lain. Punya hati dan perasaan. Punyai keinginan dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Kesilapan yang dilakukan membuktikan bahawa tidak ada manusia yang maksum melainkan Rasulullah saw.

Sesi muhasabah yang dilakukan selama 1jam 30minit ini menyedarkan kepada adik-adik bahawa Islam adalah agama yang menjanjikan ketenangan dan kebahagian pada setiap insan. Hidup ini punyai Tuhan yang mencipta dan mentadbir segalanya. Ibu bapa yang wajib ditaati. Guru yang perlu dihormati. Kawan yang perlu senangi. Semuanya membuktikan adanya hubungan antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Pencipta(Allah).

Moga slot ini memberi kesedaran buat aku dan mereka semua...amin.



















1 comments:

Ateh Salim said...

Tahniah dari ayah.

Ayah berceramah di Sabah, anak di Selangor.

Taujihad